Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi?

Faisal · Jan 27, 2021 08:00 PM

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 01

Anda mungkin pernah terdetik untuk memilih diantara Honda Civic dengan Toyota Corolla Altis. Untuk maklumat anda, Honda Civic 1.5 TC-P berharga RM 134,661 (termasuk pengecualian SST). Toyota Corolla Altis 1.8 G pula berharga RM 134,505. Mengenai kedua-dua sedan segmen C yang terhangat ini, apakah perbezaan diantaranya?

Tren kuasa – Civic lebih laju

Keseluruhan
Model Honda Civic 1.5 TC-P Toyota Corolla Altis 1.8 G
Harga RM 134,661 RM 134,505
Enjin

1.5L

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

4 silinder

Turbo

1.8L

4 silinder

Aspirasi natural

Kuasa 173 PS @ 5,500 rpm 139 PS @ 6,400 rpm
Tork 220 Nm @ 1,700 - 5,500 rpm 172 Nm @ 4,000 rpm
Transmisi CVT CVT

Honda Civic hadir dengan 2 pilihan tren kuasa – enjin 1.8L aspirasi natural (141 PS, 174 Nm tork) dan enjin 1.5L turbo (173 PS, 220 Nm tork). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 01

Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Altis hanya didatangkan dengan enjin 1.8L aspirasi natural yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 02

Seperti Civic, Corolla Altis juga menggunakan transmisi CVT yang menghantar kuasa ke roda depan.

Dimensi dan berat
Model Honda Civic 1.5 TC-P Toyota Corolla Altis 1.8 G
Panjang (mm) 4,648 4,630
Lebar (mm) 1,799 1,780
Tinggi (mm) 1,416 1,435
Jarak roda (mm) 2,700 2,700
Berat (kg) 1,372 1,365

Tanpa diragui, Honda Civic turbo memberikan prestasi yang lebih baik. Berdasarkan ujian kami, ia berupaya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.2 saat. Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Altis melakukannya dalam masa 11.4 saat.

Namun begitu, transmisi CVT pada Corolla Altis sebenarnya lebih baik kerana ia terasa lebih semula jadi.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 03

Penggunaan minyak pada Civic turbo di imej atas berbanding Corolla Altis

Dari segi penggunaan minyak, Civic turbo mencatatkan bacaan realistik sebanyak 7.9 liter/100 km. Sebagai perbandingan, Corolla Altis berupaya mencatat penggunaan minyak serendah 7.7 liter/100 km.

Ciri-ciri – Civic lebih praktikal

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 04

Kedua-dua saingan ini mempunyai ciri yang hampir sama. Antaranya seperti lampu LED, kerusi pemandu dengan pelarasan elektronik 8-hala, kerusi kulit, dan penyaman udara automatik 2-zon.

Selain itu, mereka berdua turut mempunyai ciri lipatan kerusi belakang 60:40.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 05

Dari segi but, Civic mempunyai kapasiti seluas 517 liter. But pada Corolla Altis pula sekadar 470 liter sahaja.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 06

Dari segi praktikal, kabin Corolla Altis sebenarnya agak sederhana. Ia terasa lebih kecil daripada Civic. Malah kepelbagaian tempat meletak barang juga tidak seberapa. Uniknya, ia hadir dengan ciri pengecas telefon tanpa wayar.

Infotainment – Corolla Altis lebih lengkap

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 07

Skrin infotainment pada Corolla Altis di imej bawah berbanding Honda Civic 

Sistem infotainment pada Civic dan Corolla Altis mempunyai sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Walaupun paparan skrin infotainment 7 inci pada Civic nampak lebih cantik, ia sebenarnya lebih kecil berbanding Corolla Altis - 9 inci.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 08

Namun begitu, ia hanya mempunyai 6 pembesar suara berbanding Civic - 8 pembesar suara. Menariknya, Toyota Corolla Altis mempunyai Vehicle Telematics Security System dimana ia boleh mengesan lokasi kenderaan anda.

Keselesaan dan pengendalian – Keutamaan masing-masing

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 09

Untuk mereka yang minat memandu, Civic lebih sesuai kerana ia mempunyai enjin yang lebih berkuasa dan dinamik pemanduan yang lebih sporty.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 10

Walau bagaimanapun, pengendalian Corolla Altis tidak kekurangan sama sekali memandangkan ia diasaskan oleh platform TNGA yang serba mantap. Malah platform ini menjadikan ia lebih selesa daripada CIvic.

Ciri keselamatan – Hampir sama

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 11

Honda Civic 1.5 TC-P hadir dengan sistem bantuan keselamatan ADAS melalui rangkaian Honda Sensing. Antaranya seperti:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Auto High Beam (AHB)

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 12

Ciri keselamatan unik yang terdapat pada Honda Civic ialah kamera Honda LaneWatch.

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 13

Sebagai perbandingan, Corolla Altis dilengkapi dengan sistem bantuan keselamatan ADAS yang sama tetapi di bawah rangkaian Toyota Safety Sense (TSS). Antaranya seperti:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan Stop&Go
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 14

Ciri keselamatan unik buat Corolla Altis ialah kamera 360-darjah, dash cam DVR, amaran titik buta, dan 7 beg udara.

Konklusi

Honda Civic 1.5 TC-P vs Toyota Corolla Altis 1.8 G – mana lebih berbaloi? 15

Dengan kelebihan yang tersendiri, tidak hairanlah sekiranya kedua-dua saingan ini berada di tangga teratas dalam pasaran sedan segmen C. Walau apapun keputusan yang dibuat, anda dijamin dengan nilai dan kepuasan hati untuk tempoh penggunaan yang lama.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda Civic International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru