window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus?

Mersita · Sep 29, 2020 04:00 PM

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 01

Persaingan antara dua sedan segmen C paling popular di Malaysia ini masih berterusan sejak dulu lagi. Untuk harga yang ‘sama’, anda boleh pilih Honda Civic 2020 facelift ataupun Toyota Corolla Altis 2020 dengan sistem infotainmen yang dipertingkatkan. Tanpa membuang masa lagi, jom kita bandingkan kedua-dua sedan ini dengan lebih mendalam lagi.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 02

Harga yang dinyatakan termasuk SST

Tren Kuasa – Civic menang

Dalam aspek prestasi garis lurus, pemenangnya amat ketara antara Honda Civic berpengecas turbo dengan Toyota Corolla Altis. Dalam ujian yang kami jalankan, kami berjaya mencapai 0 – 100 km/jam dalam masa 8.6 saat dengan Honda Civic. Manakala, pecutan sama untuk Toyota Corolla Altis pula lengkap dalam masa 11.4 saat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, tren kuasa Corolla memberi respon lebih pantas apabila anda menekan pedal pecutan manakala Honda Civic pula mengalami sedikit kelambatan yang boleh dirasai.

Tahap Kelengkapan – Hampir-hampir sama

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 01

Kedua-dua sedan ini memaparkan lampu hadapan penuh LED dan lampu tinggi automatik. Tapi, Corolla mempunyai sistem masuk tanpa kunci pada sebelah pintu pemandu sahaja, manakala fungsi sama pada Civic dipasang pada kedua-dua belah pintu hadapan.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 01

Bagi sistem infotainmennya pula, Corolla diberi penambahbaikan awal tahun ini dengan paparan skrin sentuh 9 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem infotainmen pada Civic pun ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tapi saiz skrin sentuhnya lebih kecil iaitu 7 inci.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 01

Kualiti audio pada sistem 6-speaker di dalam Corolla adalah lebih bagus berbanding tetapan 8-speaker di dalam Civic. Sistem bunyi Corolla mempunyai kualiti audio yang lancar dengan ‘bass’ yang bertekstur lembut serta ‘mids’ dan ‘treble’ yang jelas.

Di dalam Civic pula, sistem audionya kurang menyeronokkan. ‘Treble’nya kasar sedikit, terutama sekali apabila pelarasan dalam tetapannya dinaikkan. ‘Bass’ jadi terlalu dalam apabila dinaikkan – lebih elok jika dibiarkan pada paras neutral saja. Tapi, tanpa mengira pelarasan yang ditetapkan, ia kurang perincian dan tidak terasa halus.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 02

Fungsi Keselamatan Civic vs. Corolla Altis

Bagi kelengkapan keselamatan pula, sistem bantuan keselamatan pemandu (ADAS) terutamanya, didatangkan dalam bentuk pakej Honda Sensing di dalam Honda Civic manakala bagi Toyota Corolla Altis pula, Toyota Safety Sense.

Honda Sensing di dalam Civic termasuklah:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF)
  • Auto High-Beam

Manakala, kelengkapan bagi Toyota Safety Sense Corolla Altis pula merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist & Lane Tracing Assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Blind Spot Monitor (BSM)

Kedua-duanya dilengkapi dengan perincian yang lebih kurang sama, melainkan LaneWatch pada Civic dan BSM pada Corolla Altis. Dari segi prestasinya pula, Toyota Safety Sense lebih lancar sedikit apabila beroperasi dari segi brek, pecutan, dan stereng. Tapi, perbezaannya dengan Honda Sensing amatlah sedikit – boleh dikatakan sama sahaja.

Kepraktisan

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 03

Salah satu kritik yang kami berikan pada Toyota Corolla Altis ialah kekurangan ruang simpanan di dalam kabinnya. Ruang simpanan di sisi pintunya bersaiz sederhana dan tiada ruang simpanan tambahan pada konsol tengahnya.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 04

Jika anda masuk ke dalam Civic pula, serta-merta anda akan terasa kabinnya yang lebih lebar dan cukup luas untuk pergerakan lebih bebas. Ruang simpanan di sisi pintunya agak besar dan ia juga ada ruang simpanan dua tingkat di konsol tengahnya. Tambahan pula, ruang simpanan tengahnya sangat besar.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 05

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 06

Kapasiti ruang butnya juga lebih kecil untuk Toyota Corolla Altis iaitu 470 liter. Kapasiti Honda Civic pula ialah 519 liter. Perkara ini disebabkan oleh tetapan suspension ‘double-wishbone’ di dalam Corolla yang memakan ruang simpanan belakangnya.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 07

Satu perkara yang bagus tentang Corolla ialah tempat duduknya dipasang lebih tinggi dan ini memudahkan proses keluar-masuk kereta terutama sekali bagi penumpang warga emas. Sudut pandangan dari dalam Corolla juga lebih bagus disebabkan oleh garis tingkap yang rendah, tiang A yang nipis dan cermin sisi yang dipasang pada pintu.

Keselesaan pemanduan dan Pengendalian

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 08

Toyota Corolla ialah sedan segmen C paling selesa di pasaran setakat ini. Suspensionnya lembut dan tempat duduknya sangat-sangat selesa. Gabungkan aspek ini dengan tren kuasanya yang lancar; Corolla sangat-sangat selesa dipandu.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 09

Bagi Honda Civic pula, suspensionnya ditala untuk tetapan yang lebih seimbang. Ia tidak menyerap hentakan jalan tidak rata sebaik Corolla. Tapi, kelebihan Civic terletak pada keseimbangan dan cengkaman ke atas jalan ketika meluncur di lebuhraya.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 10

Keselesaan tempat duduk dimenangi oleh Corolla. Kerusi hadapannya mempunyai lebih sokongan dan ia ‘memeluk’ badan penumpang dan pemandu. Tambahan lagi, kerusi pemandu mempunyai fungsi pelarasan lumbar – sesuatu yang tiada pada Civic. Kerusi belakang di dalam Corolla dipasang lebih tinggi dan ini memberikan postur duduk yang lebih selesa.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 11

Luas, tapi tempat duduk belakang Civic agak rendah

Dari segi penebatan bunyi pula, kami merekodkan sekitar 69 dB bagi kedua buah kereta ini pada kelajuan 110 km/j. Tapi, secara subjektifnya, Civic terasa lebih senyap disebabkan oleh frekuensi bunyi tayar. ‘Pitch’nya lebih rendah di dalam Civic dan ini kurang memenatkan bagi perjalanan jauh.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 12

Bagi kualiti pengendaliannya pula, nisbah stereng di dalam Civic nyata lebih cepat. Ini bermaksud yang sterengnya lebih responsif dan tajam. Di dalam Corolla pula, sterengnya agak keras, ‘off-centre’, dan ia membuatkan pemanduannya terasa agak jinak.

Tapi, selain dari sterengnya, chassis Corolla jauh lebih bagus daripada Civic. Ada sesuatu yang terasa lancar dalam cara Corolla dikemudikan dan ia terasa stabil apabila dipusing dan dibelok.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 13

Tahap cengkamannya tidaklah setinggi Civic, terutama sekali apabila ia dipasang dengan tayar Michelin PS4 yang lebih lebar dan melekat. Walaupun Civic mempunyai cengkaman yang lebih tinggi, ia tidak bermaksud yang pemanduannya lebih menyeronokkan.

Untuk memberi anda gambaran lebih jelas tentang bagaimana rasanya memandu kereta ini di selekoh, Civic memaut jalan dengan kuat manakala Corolla pula mengalir dalam luncurannya di selekoh dan simpang.

Mana satu yang mempunyai pengendalian lebih baik? Penulis berpendapat yang Corolla lebih bagus disebabkan prestasinya dalam corak jalan berselekoh. Kelancaran dan ketetapannya bukti chassisnya yang ditala rapi.

Penggunaan Petrol

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 14

Setelah perjalanan berjarak 100 km dilengkapkan - dengan campuran 70 peratus luncuran di lebuhraya dan 30 peratus dalam keadaan lalu-lintas kawasan bandar yang terhenti-henti – bacaan bahan api Civic menunjukkan 7.9 liter/100 km, manakala Corolla pula 7.7 liter/100 km.

Kesimpulan

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 15

Civic mempunyai lebih kuasa, lebih ruang, dan kabin yang lebih praktikal. Tapi, tempat duduknya agak rendah dan ini boleh jadi isu jika penumpang kerap anda ialah warga emas. Tempat duduknya juga kurang sokongan dan kurang selesa berbanding Corolla.

Honda Civic 2020 vs. Toyota Corolla Altis 2020 – Mana satu lebih bagus? 16

Corolla ialah kereta paling selesa dan segmennya. Suspensionnya sangat-sangat lentur dan tempat duduknya mempunyai sokongan yang mencukupi. Tapi, ruang kabinnya lebih sempit tanpa ruang simpanan yang mencukupi.

Sistem keselamatan pemandu lebih kurang sama antara kedua-dua sedan ini. Tapi, secara keseluruhannya, Honda Civic mempunyai pakej yang lebih menarik dengan gabungan tren kuasa hebat, ruang kabin dan kepraktisannya.

Mana satu yang anda suka – Honda Civic atau Toyota Corolla Altis? Jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda