window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal?

Faisal · Nov 18, 2020 09:47 AM

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 01

Tidak perlu diteka lagi, inilah dia Honda Civic generasi ke-11 secara keseluruhan! Imej-imej ini telah tertular sebelum debut yang rasmi.

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 02

Mengikut aspek kejuruteraan, fasa ini mewakili 90% daripada produk yang sebenar. Yang tinggalnya hanyalah uji pandu dan sedikit perubahan untuk menyempurnakan hasil yang terakhir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 01

Berdasarkan lakaran yang pernah kami hasilkan sebelum ini, prototaip Honda Civic generasi ke-11 yang dirasmikan di Amerika Syarikat ini kelihatan hampir sama.

Eksterior – lebih rapi dan matang

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 02

Seperti lakaran yang pernah kami hasilkan, Honda Civic kali ini kelihatan lebih matang. Perkara ini lebih jelas pada bahagian belakang dimana ia beransur daripada rekaan lampu ‘ketam’ kepada bentuk yang lebih rapi dan lurus.

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 03

Wajah hadapan juga masih dilengkapi dengan lampu LED. Selain itu, Honda Civic 2021 mengekalkan profil fastback beserta lekuk di tiang-C seperti Honda Accord.

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 04

Walau apapun, ia masih di dalam fasa prototaip. Oleh itu, perubahan kecil mungkin diterapkan dimana ia akan kelihatan lebih konservatif setelah produksi dimulakan.

Interior – minimalis

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 05

Bahagian dalam pada Honda Civic generasi ke-11 ini kelihatan lebih ringkas dan kemas dengan kluster instrumen digital sepenuhnya. Walau apapun, perubahan kecil dijangka berlaku untuk menyesuaikan dengan pasaran dan saingan.

Prestasi

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 06

Tren kuasa Honda Civic sedia ada

Butiran dari segi tren kuasa masih samar. Walau apapun, tidak mustahil sekiranya Honda menggunakan tren kuasa yang sama pada Honda Civic yang sedia ada. Namun demikian, sedikit talaan mungkin dilakukan untuk mematuhi undang-undang persekitaran yang terkini.

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 07

Perincian mengenai Honda Civic Type R masih belum dijelaskan namun ia dijangka akan beransur tidak lama selepas pelancaran global.

Honda Civic 2021 sudah ada di Malaysia?

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 08

Berbalik kepada negara yang tercinta, Honda Civic baharu pernah diintip ketika menjalani uji pandu di Thailand.

Honda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal? 09

Berdasarkan maklumat yang kami terima juga, terdapat satu unit Honda Civic 2021 di kilang pemasangan Honda di Melaka. Dengan itu, uji pandu di Malaysia akan beransur tidak lama lagi. Oleh itu, ikuti kami untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Honda Civic generasi ke-11.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda