window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak?

Mersita · Nov 20, 2020 10:00 AM

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 01

Honda telah melancarkan Honda Civic 2021 serba baru melalui siaran langsung di platform Twitch pada Rabu lepas.

Berdasarkan apa yang dapat kami lihat setakat ini, ia nampak hebat dan peminat-peminat Civic pastinya sedang tak sabar-sabar menantikan ketibaan Civic Type R pula.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa ini, apakah perubahan-perubahan yang ada antara Civic generasi ke-11 serba baru ini dengan Civic FC generasi ke-10 yang ada di pasaran sekarang?

Luaran – Selamat tinggal, lampu ‘ketam’

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 01

Bagi yang kurang faham, lampu brek berbentuk sepit ketam yang cukup kontroversi telah diubah pada Civic serba baru ini. Lampu gantinya kali ini mempunyai rekaan yang konvensional tapi lebih elegan yang memberikannya aura lebih ‘sporty’, lebih kurang seperti Alfa Romeo Giulia (atau Proton Saga).

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 02

Tambahan pula, paip ekzos berkembar dan berbentuk bujur serta ‘spoiler’ pada penutup butnya melengkapkan lagi gaya ‘sporty’ bahagian belakangnya.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 03

Di muka hadapannya pula, Civic serba baru ini mungkin kelihatan serupa dengan Civic FC, tapi rupa bentuk keseluruhan bahagian depannya telah direka-semula untuk nampak ‘sporty’ tanpa terlalu menonjol.

Lampu hadapannya juga telah direka-semula, mengingatkan kita kepada Honda Accord.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 04

Rekaan ‘fastback’ pada sedan Civic FC dikekalkan bagi Civic generasi ke-11 yang serba baru ini, tapi ia tidak begitu ketara berbanding model terdahulu. Ia juga memaparkan lekuk yang cantik pada ‘C pillar’ yang memberikannya rupa bentuk ‘sporty’ dan elegan pada masa yang sama.

Memandangkan ia masih lagi satu prototaip, Civic generasi ke-11 ini mungkin akan diberi perubahan sedikit apabila ia mula produksi nanti. Kami harap ‘spoiler’ penutup but itu dikekalkan.

Ruang dalaman – Moden tapi ‘kurang garang’

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 05

Honda hanya mengeluarkan satu gambar yang menunjukkan ruang dalamannya setakat ini. Walaupun ia hanyalah satu lakaran menunjukkan papan pemukanya, ruang dalamannya tampak seperti lebih selesa bagi mereka yang sudah berumur.

Ya, papan pemukanya tampak lebih moden dan rapi berbanding Civic FC tapi kami harap versi produksi bagi Civiv serba baru ini nanti akan memberikan lebih ‘oomph’ pada ruang dalamannya.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 06

Rongga udaranya yang dihiasi jaring dengan rekaan sarang lebah diletakkan pada satu bar melintang serupa dengan HR-V. Manakala skrin infotainmen terapung bersaiz 9 inci memberikan Civic generasi ke-11 ini satu aura moden, tapi adakah ini mencukupi untuk memikat golongan muda?

Prestasi – Kebanyakannya sama saja

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 07

Enjin 1.5 liter berpengecas turbo pada Civic FC

Honda belum lagi mengumumkan maklumat terperinci tentang tren kuasa Civic generasi ke-11 ini. Tapi, ada kemungkinannya yang tren kuasa yang sama dengan Civic yang dijual sekarang akan dipasang pada model ini, tapi dengan kecekapan minyak yang lebih bagus.

Di Malaysia, enjin 1.5 TC-P di dalam Civic FC di pasaran sekarang ialah yang paling berkuasa dalam kelasnya (173 PS/220 Nm). Enjin VTEC turbo memacu Civic dari 0 – 100 km/jam dalam masa hanya 8.6 saat.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 08

Namun, Honda menyatakan yang Civic serba baharu ini akan jadi lebih ‘sporty’ dan dilengkapi dengan chassis baru yang seronok dipandu.

Kelengkapan keselamatan – Dipertingkatkan

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 09

Sama seperti tren kuasanya, Honda belum lagi memaklumkan samada Civic generasi ke-11 ini akan diberi suite ADAS Honda Sensing dalam versi yang dinaiktaraf. Ini ialah kelengkapan yang boleh didapati pada Civic 1.5 TC-P spesifikasi tinggi di negara kita.

Melainkan suite ADAS yang dipertingkatkan, Civic generasi ke-11 juga didatangkan dengan struktur badan Advanced Compatibility Engineering (ACE) Honda dalam versi baharu yang diperhalusi.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 10

Honda menyatakan yang struktur baru yang lebih tegap ini akan membantu dalam perlindungan perlanggaran melibatkan kereta atau orang awam selain daripada mempertingkatkan dinamik pemanduan kereta tersebut.

Kesimpulan – Cukup mengancamkah bagi golongan muda?

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 11

Penggunaan platform Twitch untuk pelancaran Civic serba baru ini sepatutnya bertujuan untuk menyasarkan golongan muda, kerana Honda mendapat tahu yang kebanyakan pembeli Civic di Amerika terdiri daripada milenial dan Gen Z.

Walaupun terlalu awal bagi kita untuk melihat keberkesanan strategi pemasaran ini, Civic generasi ke-11 nampak gayanya menepati semua jangkaan bagi pengganti Civic FC yang hebat.

Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak? 12

Civic generasi ke-11 ini akan mengambil masa yang lama sedikit untuk tiba di Malaysia. Tapi, buat masa sekarang, Civic FC masih lagi satu pembelian yang bagus bagi mereka yang mahukan sedan segmen C yang berbaloi dengan harganya seperti yang kita dapat lihat dalam rebiu kami di bawah serta analisis kelebihan serta keburukannya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda