window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya?

Zamil Syaheer · Mar 2, 2021 01:00 PM

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 01

Kira-kira empat bulan setelah Honda Civic 2021 serba baru membuat debut global di platform streaming video Twitch, ada laporan mengatakan bahawa ia akan dilancarkan di Filipina pada tahun ini.

Apa yang menarik pasal Honda Civic baru ni?

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 02

Presiden Honda Cars Philippines, Inc. (HCPI) Masahiko Nakamura mengesahkan laporan tersebut dalam wawancara dengan media Filipina.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 01

Namun Masahiko tidak mendedahkan sebarang garis masa, tetapi laporan Auto Industriya mengatakan ia mungkin akan tiba pada suku tahun ke-2 2021, termasuklah Honda City Hatchback.

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 02

Spesifikasi Honda Civic generasi ke-11 masih lagi menjadi tanda tanya, jadi apa yang anda boleh lihat ialah rekaan eksterior anggun yang selari dengan bahasa rekaan Honda terkini.

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 03

Rekaan anggun ini juga ada pada interior yang nampak agak minimalis. Selain itu, Honda Civic baru ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing yang telah dinaik taraf.

Juga baca: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 04

Tiada sebarang info tentang trenkuasa, tetapi terdapat kemungkinan bahawa enjin 1.8 liter 4 silinder aspirasi natural dan 1.5 liter 4 silinder bercas turbo dari Civic terkini akan dikekalkan, tetapi diberi naik taraf agar lebih efisyen.

Bila nak masuk Malaysia?

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 05

Honda Civic serba baru ini kerap kali dilihat di Thailand dalam ujian pandu uji. Adakah ini bermakna ia akan dilancarkan di Malaysia secepat mungkin?

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 06

Mungkinkah Honda Civic Type R nampak seperti ini?

Kami cadangkan supaya anda mengurangkan tahap jangkaan tentang model ini kerana Honda Malaysia perlu mengambil kira sumber tempatan dan pemasangan (CKD). Masa yang diperlukan adalah antara sembilan bulan hingga satu tahun setelah debut antarabangsa.

Ini bermakna ia mungkin akan dilancarkan pada akhir 2021, tetapi rasanya awal 2022 lebih masuk akal.

Juga baca: Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak?

Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya? 07

Buat masa kini, Honda Civic generasi ke-10 (FC) masih lagi gah menyusur di jalan raya kita. Maklumlah, ramai peminat lambang "H". Anda boleh baca rebiu kami disini, dan juga lihat video rebiu dibawah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda