Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal?

Haris · Nov 13, 2020 10:00 AM

Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal? 01

Berminat dengan Honda Civic? Anda kini boleh mula menabung untuk Honda Civic 2022 serba baru. Beberapa gambar acah telah dilaporkan sebelum ini tetapi nampaknya Honda Global mahu menaikkan lagi hype model mercu mereka ini.

Honda telah memuatnaik video acah untuk Honda Civic 2022 prototaip, bakal dilangsungkan melalui saluran Twitch, Honda Head2Head pada jam 10:45pm pada 17 November 2020.

Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimana pula dengan imej terbaru Honda Civic 2022? Honda dilihat selalu mengubah setiap rekaan generasi Honda Civic secara keseluruhan dan Honda Civic 2022 dijangka akan tampil dengan imej berbeza. Menurut imej render kami, ia mungkin akan mengenakan imej yang lebih matang, cenderung kepada Honda Accord.

Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal? 01

Walaubagaimanapun, ia masih boleh digayakan dengan imej sporty seperti di atas. Seperti yang ramai sedia maklum, Honda Civic Type R mempunyai antara rekod terpantas di litar Nurburgring.

Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal? 02

Bukan itu sahaja, Honda Civic 2022 dikatakan sudah diintip di negara jiran, Thailand. Adakah ini bermakna, Malaysia juga akan menjadi antara negara terawal untuk menerima Honda Civic 2022?

Honda Civic 2022 generasi baru prototaip akan didedahkan! Malaysia bakal terima awal? 03

Honda Civic sememangnya antara model Honda paling laris di dunia, bukan sahaja di Malaysia. Adakah anda teruja dengan perubahan baru pada Honda Civic 2022? Nyatakan di bahagian komen.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda Civic International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru