window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa?

Haris · Jun 21, 2021 03:00 PM

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 01

Honda Motor Company Inc telah mengumumkan model Honda Civic 2022 telah mula dijual di Amerika Syarikat. Model baharu ini adalah generasi ke-11 Honda Civic sedan di mana model hatchback bakal menyusul dengan debut global pada 24-Jun 2021.

Lihat dahulu spesifikasi Honda Civic pasaran US ini dan jangkakan apa pula spesifikasi Malaysia nanti?

Harga Honda Civic 2022

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasaran US menerima 4 varian untuk Honda Civic sedan. Berikut adalah harga dan varian tersebut.

Harga Honda Civic di US
Varian Harga
LX USD 21,700
Sport USD 23,100
EX USD 24,700
Touring USD 28,300

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 01

Pertamanya, Honda Civic FE memperlihatkan peningkatan harga pada harga asas USD 21,700, lebih USD 450 lebih mahal berbanding model FC. Namun, kenaikan harga sudah dijangkakan oleh kerana model ini sangat popular di seluruh dunia.

Sebagai perbandingan, Toyota Corolla bermula pada harga USD 20,025 manakala Mazda 3 bermula pada harga USD 20,650.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 02

Kenaikan harga Honda Civic adalah dijangkakan secara global berikutan peningkatan ciri kelengkapan yang jauh lebih baik berbanding dahulu.

Ciri kelengkapan Honda Civic 2022

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 03

10.2-inci kluster instrumen digital instrument

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 04

Instrumen semi digital dengan Multi Info Display

Dilengkapi dengan ciri keselamatan ADAS Honda Sensing, Honda Civic 2022 ini turut menerima Adaptive Cruise Control (ACC), Traffic Jam Assist (TJA) and Lane Keeping Assist (LKA). Ini meletakkan nilai keselamatan dan ciri kelengkapan Honda Civic 2022 lebih dekat dengan Honda Accord satu segmen atas.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 05

Hadir standard untuk semua varian adalah lampu LED depan dan belakang, brek parkir elektrik (EPB), serta sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Varian Touring paling tinggi menerima sambungan ini secara nirwayar.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 06

Sport

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 07

Touring

Selain daripada sambungan nirwayar, varian Touring juga menikmati skrin infotainment sebesar 9-inci berbanding model lain yang hanya sebesar 7-inci.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 08

Kerusi kemasan fabrik

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 09

Kerusi kemasan kulit

Corong penyaman udara Honda Civic 2022 juga nampak lebih menarik, bersepadu dengan papan pemuka dan tidak kelihatan terasing seperti kereta lain. Gril honeycomb yang menarik ini turut menerima kawalan sistem penyaman udara automatik. Tiada corong penyaman udara pada bahagian belakang.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 10

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 11

Honda Civic 2022 turut hadir dengan 4 dan 8 susunan pembesar audio. Untuk varian Touring sahaja, sistem audio keliling Bose dipadankan dengan 12 pembesar suara yang lebih mantap. Terdapat juga pengecas nirwayar pada bahagian hadapan (varian Touring).

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 12

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 13

Dilengkapi tempat duduk lipat 60:40

Terdapat juga penambahan aksesori seperti tempat duduk pemandu pelarasan elektronik, bumbung jenis moonroof dan seperti biasa, perbezaan saiz rim dari 16 hingga 18 inci bergantung kepada varian.

Trenkuasa Honda Civic 2022

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 14

Honda Civic FE mungkin sedikit lebih besar berbanding generasi FC namun ia masih mengekalkan spesifikasi trenkuasa yang dipercayai.

Trenkuasa Honda Civic 2022
Enjin dan transmisi

1.5-liter bercaj turbo

180 PS / 240 Nm

CVT

(EX,Touring)

2.0-liter NA

158 PS / 187 Nm

CVT

(LX, Sport)

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 15

Enjin 1.5 liter bercaj turbo

Enjin 4-siliner 1.5 liter bercaj turbo dipertingkatkan dengan peningkatan kuasa sebanyak 4 PS dan 20 Nm berbanding enjin terdahulu. Sementara itu, enjin 2.0 liter NA masih lagi enjin yang sama dengan model generasi sebelum

Honda Civic 2022 untuk Malaysia

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 16

Beberapa aspek yang boleh dicerminkan di pasaran Malaysia adalah kenaikan harga dan juga pilihan spesifikasi yang sama. Hal ini bermakna, enjin 1.8L NA dan 1.5L turbo yang ada pada model Honda Civic FC pasaran Malaysia berkemungkinan besar akan turut ditawarkan pada Honda Civic FE.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 17

Dengan projek CKD, Malaysia mungkin perlu menunggu lama sedikit kerana rantau ASEAN akan dimulakan dengan Singapura terlebih dahulu yang sudah pun membuka tempahan. Model Singapura boleh didapati seawal Oktober 2021.

Honda Civic 2022 rasmi untuk pasaran US, Malaysia dah boleh jangka dapat spesifikasi apa? 18

Anda mungkin melihat Honda Civic FE tampil lebih matang atau 'baby Accord' namun kami yakin bahawa ini adalah untuk menarik lebih ramai spektrum pembeli dengan rekaan selamat dan tanda nama popular. Strategi ini mungkin bertujuan untuk mengukuhkan Honda Civic dengan imej tahan lasak berbanding imej muda dan agresif seperti yang ditonjolkan sebelum ini. Anda setuju?

Bacaan lanjut:

Honda Civic gen 11 (FE) mungkin masuk Malaysia awal, apa yang menarik?

BOCOR: Honda Civic Hatchback 2022 terdedah sebelum anda patut lihat – bakal jadi Type R baru!

Pembeli Honda Civic 2022 di Singapura bakal terima seawal Oktober - lagi mahal daripada Civic FC!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda