window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat?

Faisal · Nov 19, 2020 12:30 PM

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 01

Prototaip Honda Civic generasi ke-11 telah diperkenalkan pada tempoh hari. Untuk maklumat anda, nama “Civic” pada awalnya digunakan pada sebuah kereta rakyat. Sejak daripada itu, ia telah berkembang menjadi kereta yang lebih besar. Pada tahun 1997, versi Type R dirasmikan dimana ia meningkatkan lagi populariti Honda Civic di dalam industri automotif.

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 02

Dengan pengumuman prototaip untuk generasi ke-11, apa kata kita lihat semula permulaan Honda Civic yang dianggap sebagai “humble beginnings” dari generasi yang pertama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Generasi pertama

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 01

Pada permulaannya, Honda Civic ialah sebuah kereta ekonomi dengan enjin 1.1L (50 PS). Kuasa ini dipadankan dengan pilihan transmisi manual 4 kelajuan atau automatik 2 kelajuan.

Pada tahun 1974, Honda Civic menerima beberapa kemaskini. Antaranya ialah enjin yang lebih besar (1.2L, 52 PS), varian 1200 RS, transmisi manual 5 kelajuan, dan varian station wagon. Sebelum zaman VTEC, Honda terkenal dengan teknologi CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) dimana ia menumpukan pada fasa sebelum pembakaran untuk menghasilkan campuran air dan udara yang lebih efisien.

Generasi kedua

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 02

Dengan ukuran yang lebih besar berbanding generasi pertama, Honda Civic generasi kedua memperagakan elemen daripada Honda Accord. Generasi ini juga kelihatan lebih panjang dan berlekuk. Dari segi tren kuasa, ia hadir dengan enjin 1.3L yang menghasilkan 55 PS manakala enjin 1.5L CVCC menghasilkan 68 PS.

Pilihan transmisi pula merangkumi manual 4 kelajuan, manual 5 kelajuan, dan automatik 2 kelajuan HondaMatic. Pada tahun 1981, transmisi automatik 3 kelajuan diperkenalkan.

Generasi ketiga

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 03

Untuk generasi ini, Honda Civic telah menghentikan penggunaan gril krom. Selain itu, era ini menyaksikan perasmian Honda CR-X dan Civic Si. Civic yang lebih berprestasi ini dikuasai oleh enjin ZC1 4-silinder yang menghembuskan 120 PS dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.9 saat.

Pada tahun 1986, Honda Civic menerima transmisi automatik 4 kelajuan dengan fungsi overdrive.

Generasi keempat

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 04

Honda Civic generasi ini mengekalkan rekaan yang sama tetapi dengan penampilan yang lebih rapi.

Untuk pengetahuan anda, teknologi VTEC (enjin B16A) diperkenalkan buat kali pertama pada Honda Civic melalui varian SiR. Varian yang lebih bawah pula menggunakan enjin siri-D. Selain teknologi VTEC, generasi ini juga memperkenalkan susunan suspensi independent di belakang dimana ia memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mantap. Di samping itu, Honda CR-X juga mula dibangunkan sebagai model yang berasingan.

Generasi kelima

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 05

Dikenali sebagai Civic “peluru” di Malaysia, Honda Civic EG menampilkan gaya 90-an dengan begitu cantik. Profil versi hatchback 3-pintu pula kelihatan cukup sporty. Varian yang paling berkuasa pada generasi ini menggunakan enjin B16A.

Di Eropah, enjin B16A2 pada Honda Civic VTi menghasilkan 160 PS. Di Jepun pula, Honda Civic SiR, SiR-II, dan SiR-S hadir dengan enjin B16A1 yang menghasilkan 170 PS. Menariknya, Honda Civic generasi ini masih popular dalam kalangan peminat disebabkan oleh kehebatan enjin siri-B ini.

Generasi keenam

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 06

Dikenali sebagai EK, Honda Civic generasi ini mempunyai wajah yang lebih moden melalui penampilan gril di antara kedua-dua lampu hadapan. Buat kali pertama, versi Type R diperkenalkan (hanya di Jepun). Honda Civic yang berprestasi tinggi ini dikuasai oleh enjin B16B yang menghasilkan 185 PS. Tenaga sebanyak ini dipadankan ke transmisi manual 5 kelajuan.

Generasi ketujuh

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 07

Memasuki abad ke-21, Honda Civic ES kelihatan lebih lembut berbanding generasi sebelumnya. Di Malaysia, kereta ini hadir dalam bentuk sedan sahaja. Dari segin tren kuasa, ia didatangkan dengan pilihan enjin 1.7L dan 2.0L. Malangnya, versi Type R (EP3) masih tidak dijual secara rasmi. Walau bagaimanapun, prestasi jualan untuk Honda Civic generasi ini tidak memberangsangkan sama sekali.

Generasi kelapan

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 08

Honda Civic bangkit semula dengan perasmian generasi FD. Wajah hadapan yang begitu moden telah memenangi hati ramai. Di Malaysia, ia hadir dengan pilihan enjin 1.8L (141 PS), enjin 2.0L (157 PS), dan enjin hibrid.

Menariknya, Honda Civic Type R (FD2R) hanya didatangkan untuk pasaran Jepun dan Malaysia. Pasaran Eropah pula menerima versi hatchback (FN2). Untuk maklumat anda, inilah Honda Civic Type R terakhir yang menggunakan enjin aspirasi natural.

Generasi kesembilan

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 09

Walaupun generasi FD diterima dengan begitu baik, perkara menjadi sebaliknya buat generasi FB. Penampilannya tidak begitu diminati oleh ramai. Secara teknikal, ia didatangkan dengan tren kuasa yang sama seperti generasi sebelumnya tetapi dengan beberapa pembaharuan.

Walau bagaimanapun, ia masih terasa hambar.

Generasi kesepuluh

Honda Civic di dalam 10 generasi – warisan Honda yang terhebat? 10

Mengikut kebangkitan yang pernah dilakukan oleh Civic FD, Honda melakukan perkara yang sama buat generasi FC. Sebagai contoh, ia memperagakan reka bentuk yang unik dengan pelbagai lekuk yang menarik di beberapa sudut.

Sering dikenali sebagai “ketam”, Civic FC hadir dengan pilihan enjin 1.5L turbo atau enjin 1.8L aspirasi natural. Kedua-duanya enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT buat kali pertama.

Rekaan yang agresif sebegini telah menjadikannya satu tumpuan yang besar di dalam segmen C sehingga kini. Selain itu, ia didatangkan dengan versi Type R (FK8) yang sepatutnya. Masih sebuah hatchback, versi yang berprestasi tinggi ini dikuasai oleh enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 320 PS.

Dengan generasi ke-11 yang hampir siap, Honda Civic manakah yang paling anda minati?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda