window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini!

Haris · Mar 26, 2023 11:59 AM

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 01

Honda Civic FC secara meluas dianggap sebagai mahakarya terbaik Honda, mengukuhkan status legendanya dengan penggunaan enjin turbo, pemanduan seimbang yang memenangi hati peminat kereta, dan kabin luas yang sangat dihargai.

  • 2018 Honda CIVIC I-VTEC 1.8

    RM 90,800
    RM 995
    /bulan

    44,322 km

    5.5 years

    Petaling Jaya

  • 2017 Honda CIVIC I-VTEC 1.8

    RM 87,700
    RM 981
    /bulan

    60,851 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2019 Honda CIVIC S 1.8

    RM 85,000
    RM 1,019
    /bulan

    35,904 km

    4.5 years

    Petaling Jaya

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 01

Jika pada satu masa ia berada pada harga yang sukar dicapai, hari ini ia boleh menjadi milik anda. Harga Civic FC terpakai di Malaysia bermula dari RM 85,000 (lebih murah daripada Toyota Vios 2023 baharu), dan meningkat jika anda menyukai model facelift dan lebih terkini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga Honda Civic FC terpakai di Malaysia
Model Anggaran harga

Pra-facelift

2016 - 2020

~RM 85,000 - RM 100,000

Facelift

2020 - 2022

~RM 105,000 - RM 120,000
*Berbeza mengikut tahun dibuat, varian

Latar belakang Honda Civic FC di Malaysia

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 01

Model pra-facelift dijual di Malaysia dari 2016 hingga 2020, dengan model facelift datang tepat pada kemuncak pandemik sebelum akhirnya memberi laluan kepada Honda Civic FE generasi ke-11 serba baharu pada 2022.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 02

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 03

1.8 NA di atas, 1.5 turbo di bawah. Perhatikan pelekat Earth Dreams

Tidak kira tahun mana yang anda pilih, terdapat tiga varian Civic FC dengan dua pilihan enjin iaitu:

  • 1.8 S - Aspirasi Semulajadi R18 SOHC (141 PS/174 Nm)
  • 1.5 TC/TC-P - Turbocaj L15B7 DOHC (173 PS/220 Nm)

 

Setiap varian dijual dengan transmisi CVT automatik. Berdasarkan pengalaman pandu uji kami, enjin yang disedut secara semula jadi sama lancar dan halus seperti enjin turbo, dengan perbezaan kecil hanya dirasai dari segi prestasi sahaja.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 04

Namun ruang dalaman yang cemerlang dan terkemuka dalam kelasnya sangat mempengaruhi pembeli. Di bahagian dalam, anda akan mampu memuatkan kira-kira hampir 4 bola tenis pada ruang kaki, dan 1 bola tenis pada ruang kepala untuk seseorang yang mempunyai ketinggian biasa.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 05

Terdapat 519 liter ruang di bahagian but belakang. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa model facelift membolehkan anda menambah sedikit praktikaliti kerana tempat duduk belakang kini boleh dilipat 60:40. Model Honda Civic pra-facelift hanya mempunyai bangku tetap tanpa lipat.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 06

Senarai ciri kelengkapan juga agak panjang. Tanpa membezakan antara model facelift atau tidak, ini adalah ciri standard yang ditawarkan:

  • Lampu siang LED DRL
  • Kerusi pemandu pelarasan kuasa 8 arah
  • Lubang pendingin hawa belakang
  • Sistem infotainment 7 inci dengan Android Auto/Apple CarPlay
  • Gugusan instrumen digital LCD berwarna 
  • 6 beg udara
  • Bantuan kestabilan kenderaan (VSA)
  • Brek letak kereta elektronik dengan pegangan brek automatik (EPB, ABH)
  • Cruise Control

 

Pada varian pra-facelift, lampu depan LED hanya boleh didapati pada 1.5 TC-P. facelift teratas dan varian sekunder 1.5 TC juga.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 07

Selain perbezaan luaran, model facelift membawa kembali butang sentuhan pada sistem infotainment dan stereng

Kemudian model facelift menambah sensor tempat letak kereta depan, dan pengelap cermin automatik. Fungsi Honda LaneWatch juga diperkenalkan buat pertama kalinya ketika itu; muncul pada varian 1.5 TC dan TC-P.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 08

Kamera Honda LaneWatch

Jika ADAS Honda Sensing adalah satu kemestian untuk anda, maka pilihan anda terhad kepada 1.5 TC-P model facelift yang disertakan dengan set lengkap ciri-ciri keselamatan pasif aktif tersebut. Perlu diingat ia juga mendapat rim 18-inci yang lebih besar dan garang.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 09

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 10

Model facelift juga memberikan sistem suspensi yang dikalibrasi semula, jadi pemanduannya terasa sedikit lebih mewah dalam kemaskini model Honda ketika itu. Ia merupakan model Honda yang paling mantap pada ketika itu dan memulakan posisi memandu rendah Civic yang dikenali sehingga hari ini.

Kos: Penyelenggaraan dan masalah biasa Honda Civic FC

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 11

Rim 18 inci untuk Civic 1.5 TC-P facelift

Tiada apa-apa yang luar biasa apabila berkaitan dengan cukai jalan, bahan api, dan kos tayar, namun perhatikan bahawa varian TC-P facelift mempunyai tayar yang lebih besar. Kos asas untuk memelihara Civic ini kelihatan seperti berikut:

Kos pemilikan Honda Civic (FC)
Varian 1.8 S 1.5 TC 1.5 TC-P
Cukai Jalan (RM) 280 90 90
Saiz Tayar 215/55R16 215/50R17

215/50R17 (PFL)

235/40R18 (FL)

Tayar/unit (RM) ~320 - 450 ~520 - 630

~520 - 630 (PFL)

~650 - 1000 (FL)

Bateri (RM)  NS60LS/65B24LS
~RM 400

Sangat penting untuk diperhatikan: Honda Civic (FC) mempunyai tiga penarikan semula produk yang berasingan sepanjang 2016 hingga 2019. Berikut adalah butirannya:

  • 2016: Hos enjin 3 penjuru
  • 2018, 2019: Pam minyak

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 12

Untuk keselamatan, pastikan anda semak nombor pengenalan kenderaan (VIN) kereta dan layari laman web penarikan semula Honda Malaysia di sini.

Sekiranya kereta yang anda tinjau tersenarai dalam sebahagian daripada penarikan semula produk, jangan risau, hubungi Honda dan selesaikan urusan yang diperlukan.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 13

Ketika baharu, Honda Civic FC datang dengan jaminan perbatuan 5 tahun / tanpa had, justeru beberapa model keluaran 2018-2020 masih dilindungi waranti.

Beri perhatian kepada rekod semakan penyelenggaraan dan waranti kerana biasanya jika kereta telah diubah suai atau terlepas satu sela perkhidmatan yang terlalu lama, jaminan akan terbatal.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 14

Honda Civic FC menggunakan sistem suspensi belakang multi-link, justeru kos tambahan juga perlu diambil kira

Selain itu, Civic FC agak mudah diselenggara. Pada kebiasaannya, pemilik melaporkan masalah haus dan lusuh seperti rak stereng. Komponen lain seperti lower arm, hujung tie rod, dan pautan (mounting) enjin juga kerap dilaporkan rosak selepas bertahun-tahun digunakan.

Kos baik pulih masalah biasa Honda Civic FC
Bahagian Simptom Anggaran kos
Rak stereng Bunyi gerigi/terasa ringan ~RM 1k - RM 7k
Lower arm hadapan Gegaran/Bunyi ~RM 300 - RM 800
Tie rod Stereng ringan/bunyi ketukan ~RM 200 - RM 300
Pautan enjin Gegaran ketara ~RM 600 - RM 1k

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 15

Adalah suatu disiplin yang baik untuk memeriksa tayar (jika berumur lebih daripada 5 tahun), ketebalan pad brek, dan tahap bendalir sebelum anda menandatangani sebarang garisan putus-putus untuk menukar hak milik.

Baca: Masih minat Honda Civic FB? Terus ke CARSOME Autofair pada 17-19 Mac - diskaun sampai RM 8k!

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 16

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 17

Beberapa senarai model terpakai

Nak lagi mudah, dapatkan Honda Civic FC terpakai daripada Carsome Certified, atau Carlist Qualified dengan semua tugas-tugas ini dilakukan sedia untuk anda. Kedua-dua tawaran ini masing-masing mempunyai set jaminan lanjutan sendiri.

Untuk masa yang terhad, dapatkan tawaran tunai sehingga RM 1,500 apabila anda trade-in kereta anda dengan unit kereta terpakai CARSOME baharu.

Honda Civic FC terpakai dari RM 85k - model Honda paling digemari, masih dicari sehingga kini! 18

CARSOME hari ini juga mempunyai pusat servis CARSOME mereka tersendiri yang muncul di kawasan berhampiran anda, menawarkan perkhidmatan dan pembaikan yang berkualiti pada harga yang menarik.

Baca: CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda