window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu!

Faisal · Jan 15, 2022 02:00 PM

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 01

Semalam, Honda Civic FE 2022 baru sahaja dilancarkan ke pasaran Malaysia. Generasi baharu buat nama yang cukup ‘legend’ ini ditawarkan dari harga RM 125,634 hingga RM 144,350.  Persoalannya, berapa gaji minimum dan bayaran bulanan yang diperlukan supaya anda dapat memilikinya?

Secara amnya, Honda Malaysia menawarkan Civic FE dengan varian 1.5 E, 1.5 V dan 1.5 RS. Sekali pandang, ia RM 10,000 lagi mahal daripada Civic FC terdahulu.

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kali ini, semua varian menggunakan enjin 1.5L turbo (182 PS, 240 Nm) dan pasaran Malaysia mendapat talaan yang paling berkuasa di rantau ASEAN.

Juga bacaHonda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 01

Untuk bayaran pendahuluan minimum 10%, anda pertama sekali perlu ada sebanyak ini:

Anggaran bayaran pendahuluan untuk Honda Civic FE 2022
Varian Harga (RM) Bayaran pendahuluan (RM)
1.5 E 125,634 12,560
1.5 V 138,043 13,800
1.5 RS 144,350 14,440

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 02

Honda Civic 1.5 E

Dengan harga RM 125,634 dan kadar faedah umum 2.7%, bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 9 tahun hanyalah serendah RM 1,300.

Jadi, berdasarkan saranan umum yang mengatakan bahawa anda tidak sepatutnya bayar kereta bulanan melebihi 20% daripada hasil pendapatan, gaji minimum yang anda perlu untuk membeli varian ini adalah sekitar RM 6,500.

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 03

Lagi satu, untuk perihal kereta seperti kos insurans, penyelenggaraan atau tayar, anda tidak seharusnya berbelanja melebihi 30% daripada gaji bulanan yang diperoleh.

Kalau ditambah dengan kos penggunaan sebanyak 10%, anda sebenarnya memerlukan RM 1,950 setiap bulan.

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 04

Honda Civic 1.5 V.

Honda Civic 1.5 V

Varian ini pula berharga RM 138,043. Dengan kiraan sama, bayaran bulanan yang diperlukan adalah serendah RM 1,430.

Jadi, gaji minimum yang anda harus peroleh adalah sebanyak RM 7,150. Tetapi kalau mengambil kira segala kos penggunaan dan penyelenggaraan, perbelanjaan bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM 2,150.

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 05

Honda Civic 1.5 RS

Varian paling hangat diperkatakan ini pula berharga RM 144,350. Kiraan yang sama menunjukkan bahawa bayaran bulanan yang perlu anda usahakan adalah serendah RM 1,500. Pendapatan bulanan minimum yang anda harus peroleh pula adalah RM 7,480. Kalau dimasukkan sekali dengan kos penggunaan dan penjagaan, komitmen bulanan untuk memiliki varian ini sebenarnya adalah sekitar RM 2,240.

Ansuran bulanan untuk 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.5 E 125,634 1,300
1.5 V 138,043 1,430
1.5 RS 144,350 1,500

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 06

Apapun, kiraan ini semua adalah untuk tempoh pinjaman 9 tahun. Untuk 5 tahun dan 7 tahun, kami telahpun pecahkan dalam rajah di bawah:

Ansuran bulanan untuk 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.5 E 125,634 1,600
1.5 V 138,043 1,760
1.5 RS 144,350 1,840
Ansuran bulanan untuk 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.5 E 125,634 2,140
1.5 V 138,043 2,350
1.5 RS 144,350 2,460

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 07

Secara keseluruhan, panduan ringkas ini hanyalah untuk membantu anda menilai kemampuan masing-masing secara rambang. Walau bagaimanapun, kadar faedah yang diluluskan oleh bank adalah subjektif. Jadi, ukurlah baju di badan sendiri.

Juga bacaLagi mahal? Apadehal, Honda Civic FE 2022 mendapat 1,200 tempahan sebelum pelancaran – 1.5 V paling popular

Honda Civic FE 2022 bikin ‘stim’? Ini gaji minimum & bayaran bulanan yang WAJIB anda tahu! 08

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda