window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek!

Zamil Syaheer · Jul 18, 2021 11:59 AM

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 01

Honda Civic generasi FC adalah produk yang amat berjaya, sehingga penggantinya, Civic FE, perlu membuktikan bahawa ia produk yang lebih mantap apabila tiba di Malaysia.

Bagaimana ia berubah dari pendahulunya, generasi FC, yang masih lagi laris di Malaysia walaupun jangka hayatnya kian pendek?

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah media automotif Jepun telah duduk bersama Ketua Projek Besar Honda Civic FE, Yosuke Sato, orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan model ini.

Ngam-lah, siapa lagi yang sesuai untuk berkongsi mengenai pembaharuan yang dilakukan pada Honda Civic generasi FE kan?

Berikut adalah petikan wawancara tersebut.

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 01

S: Sebelum ini, anda memberi penjelasan bahawa Civic generasi FC bukan sahaja dibeli oleh orang berusia 40an dan 50an yang menghargai prestasi pemanduan, tetapi juga oleh orang berusia 20an yang menghargai reka bentuk luaran. Adakah ini kerana anda ingin menarik lebih banyak pelanggan baru?

Sato: Civic (FC) generasi sebelumnya menunjukkan nilai emosi dengan pakej yang mudah difahami, tetapi kami telah mengubah cara kami mempersembahkannya pada model baru ini dengan menurunkan gril dan menyambungkan lampu depan.

Juga baca: Rebiu: Honda Civic 1.5 TC-P facelift, terbaik dari Corolla Altis dan Mazda 3?

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 02

Khususnya, generasi muda kini lebih cenderung mencari intipati produk, dan pada masa yang sama mereka tidak ingin nampak flamboyan. Contohnya, mereka tidak mahu jam tangan Rolex atau Omega, tetapi Skagen Eropah.

Mereka mencari cara untuk mengekspresikan keperibadian mereka sendiri, jadi kami telah mengembangkan produk kami dengan reka bentuk yang mampu menyampaikan emosi dan tekstur.

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 03

Civic generasi terkini.

S: Selain reka bentuk, apakah trend utama yang anda perhatikan daripada para pengguna Civic generasi sebelumnya?

Sato: Dari segi pemanduan, bunyi enjin ketika menghidupkannya, deruman enjin pada 1,500 – 2,000 rpm, dan perasaan 'rubber band' dari CVT. Atas sebab ini, model baru mempunyai CVT step-shift untuk pecutan lebih lancar, dan kuasa pecutan daripada enjin juga lebih kuat.

Juga baca: Kelebihan dan Keburukan transmisi CVT - apa yang kami suka, dan apa yang kami tidak suka

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 04

S: Civic generasi sebelumnya menunjukkan pengalaman pemanduan yang baik, tetapi banyak bunyi di jalan raya. Adakah in antara fokus yang diberikan untuk memperbaikinya dalam model baru.

Sato: Para pelanggan pernah menaikkan isu bunyi bising di jalan raya, jadi kami telah mengambil langkah untuk menaik taraf tahap kesenyapan, getaran dan kekerasan (NVH).

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 05

Civic generasi terkini.

S: Civic generasi sebelumnya (FC) juga amat baik dari segi tahap keselesaan dan pengendalian perjalanan, tetapi model baru nampaknya telah berkembang lebih jauh.

Sato: Sebagai contoh, kami telah menaik taraf ‘bushing’ belakang, serta talaan penyerap hentak.

Juga baca: Honda Civic 2021 serba baru – Baru vs lama, lagi power atau tak?

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 06

Civic generasi terkini.

S: Betul. Sejujurnya, kami bimbang model baru ini akan merosakkan tahap kesempurnaan pemanduan generasi sebelumnya.

Sato: Saya rasa anda akan rasa karakter stereng sebaik sahaja anda menggunakannya. Walaupun anda tidak meningkatkan kelajuan, anda boleh mengikuti jejak yang anda ingin ikuti. Saya rasa anda akan dapat merasakan perbezaan yang ketara dari generasi sebelumnya.

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 07

S: Bagaimana pula dengan sistem brek, adakah ia telah diganti dari generasi sebelumnya?

Sato: Model semasa (FC) mendapat pujian tinggi untuk sistem breknya, jadi kami tidak membuat sebarang perubahan besar. Namun, kami telah membuat beberapa penyesuaian penalaan untuk meningkatkan konsistensi dan tindak balas pengereman daya rendah dan daya tinggi.

Juga baca: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 - Power, luas, bergaya, selamat tapi apa kekurangannya?

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 08

S: Dari segi tempat duduk belakang, model semasa mempunyai ruang kaki yang banyak tetapi ruang kepala tidak mencukupi. Model baru juga nampaknya tidak banyak berubah. Adakah terdapat aduan daripada pengguna mengenai perkara ini?

Sato: Kami tidak mempunyai sebarang aduan mengenai ruang kepala dari pengguna di seluruh dunia, tetapi garis bahu tingkap sisi telah diturunkan sedikit, dan kedudukan kaca seperempat telah diperbaiki, jadi saya rasa tahap kelapangan telah ditingkatkan berbanding generasi sebelumnya.

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 09

S: Setuju atau pun tidak bahawa perubahan yang paling ketara dalam model baru (FE) adalah kualiti interior yang lebih baik?

Sato: Ya, betul. Sebagai contoh, kita sekarang menggunakan logam berlubang, konsol tengahnya dibuat dari serat berwarna yang tidak dicairkan tetapi dicat.

Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek! 10

S: Ada benar untuk kami menganggap bahawa platform Civic FE adalah versi yang lebih baik dari generasi sebelumnya?

Sato: Platform model semasa (FC) mendapat sambutan yang bebgitu baik, jadi ya, kami telah membuat pelbagai penambahbaikan secara keseluruhan, termasuklah casis.

S: Kami memang menantikan Civic FE yang baru. Terima kasih!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda