window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k!

Haris · Aug 12, 2021 07:29 PM

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 01

Harinya telah tiba untuk pelancaran Honda Civic FE 2022 di Singapura. Jiran selatan itu menjadi negara kedua di ASEAN yang menerima Honda Civic FE 2022 selepas debut di Thailand minggu lepas.

Hanya 1 varian sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Singapura pada harga SGD 122,999 (~RM 383k).

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pilihan trenkuasa Honda Civic FE 2021 adalah enjin 1.5 liter turbo VTEC (131 PS, 180 Nm) dengan padanan transmisi automatik CVT. Menariknya, kuasa puncak yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding biasa (178 PS, 240 Nm) disebabkan oleh cukai karbon yang lebih tinggi di Singapura.

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 01

Kesemua rekaan yang ada pada Honda Civic FE seperti yang selalu dilihat tetap dikekalkan. Honda Civic FE 2022 pasaran Singapura menggunakan rim aloi 16-inci untuk varian tunggal tersebut.

Spesifikasi lanjut: Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

Beberapa ciri kelengkapan yang ditawarkan termasuklah:

  • Kunci pintar berbentuk kad
  • Penghidup enjin jarak jauh
  • Kluster meter digital 7-inci
  • Sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci
  • Android Auto / Apple CarPlay

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 02

Ciri bantuan keselamatan ADAS yang terdiri daripada ACC & Low Speed Follow, LKA, LDW, AEB, dan AHB dengan tambahan fungsi Amaran Titik Buta (BSM) dan semestinya Honda Lanewatch untuk kesemua varian adalah penambahan yang dinanti-nantikan pada Honda Civic FE 2022 Singapura.

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 03

Lebih banyak pilihan warna

Pakej keselamatan standard Honda Civic FE 2022 pula terdiri daripada brek ABS dengan EBD, ESC, 6 beg udara dan kamera pandang belakang.

Baca: Honda Civic FE 2022 buat anda nampak stailo dengan kunci jenis kad, baru ramai gadis nak!

Honda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k! 04

Setakat ini, hanya 2 negara ASEAN yang telah menerima Honda Civic FE 2022 manakala Malaysia dijangka akan menjengah pada tahun hadapan. Model pasaran Malaysia juga telah dirancang sebagai model CKD oleh itu model domestik kita mungkin menerima sedikit penambahbaikan atau ciri unik tempatan. Apakah ciri tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda