window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

Haris · Aug 6, 2021 07:00 PM

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 01

Honda Automobile Thailand menjadi pengedar pertama di rantau ini yang telah melancarkan Honda Civic FE serba baharu 2021. Sedan segmen C terbaru dari Honda ini bakal menyambung legasi Civic yang mendominasi pasaran ASEAN bermula di Thailand.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 3 varian yang ditawarkan untuk pasaran Thailand yang menjadi penanda aras bagi varian-varian di rantau ASEAN iaitu:

  • 1.5 EL berharga THB 964,900 (RM 122,066)
  • 1.5 EL+ berharga THB 1,009,900 (RM 127,759)
  • 1.5 RS berharga THB 1,199,900 (RM 151,795)

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 01

Pilihan trenkuasa dikekalkan untuk Honda Civic FE 2021 dengan enjin 1.5 liter turbo VTEC (178 PS, 240 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Terdapat 3 mod pemanduan yang boleh dipilih iaitu Econ, Normal dan Sport namun hanya tertakluk pada varian RS sahaja.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 02

Pada bahagian luar, sedan ini menampilkan rekaan yang jauh lebih matang berbanding generasi sebelum. Rekaan baharu Honda Civic generasi ke-11 ini memberi rekaan bergaya sedan ‘fastback’ nampak lebih eksekutif dan sangat sesuai untuk diposisikan di bawah Honda Accord.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 03

Ciri kelengkapan yang ditawarkan pada Honda Civic FE 2021 ini adalah lampu LED depan dan belakang, rekaan gril yang lebih kemas, cermin sisi yang dipasang pada badan kenderaan untuk pandangan monokular yang lebih baik

Selain itu, rim aloi 17-inci hitam yang pertama kali didedahkan untuk pasaran Thailand melengkapi Honda Civic FE varian RS. Varian lain menerima rim 16-inci biasa. 

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 04

Kabin dalaman tampil lebih kemas dengan sistem infotainment yang hadir dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay. Paparan meter digital sepenuhnya menjadi tatapan pemandu di samping tombol kawalan udara fizikal berbanding digital yang menyenangkan.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 05

Varian paling atas menggunakan kemasan kulit pada bahagian stereng, kerusi dan panel pintu manakala varian lain menggunakan kemasan fabrik. Fungsi yang boleh didapati termasuklah kawalan iklim satu zon, brek parkir elektrik dan pelarasan kerusi kuasa untuk baris hadapan.

Tiada corong udara belakang manakala kerusi belakang boleh dilipat pada nisbah 60:40 bagi memberikan lebih ruang kepada pengguna.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 06

Pakej keselamatan standard Honda Civic terdiri daripada brek ABS dengan EBD, ESC, 6 beg udara dan kamera pandang belakang.

Honda Thailand turut menawarkan ciri bantuan keselamatan ADAS yang terdiri daripada ACC & Low Speed Follow, LKA, LDW, AEB, dan AHB dengan tambahan fungsi Amaran Titik Buta (BSM) dan semestinya Honda Lanewatch untuk kesemua varian.

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 07

5 warna yang ditawarkan untuk model Honda Civic FE ini adalah seperti berikut:

Warna EL EL+ RS
Ignite Red Metallic
Morning Mist Blue Metallic
Platinum White Pearl
Meteoroid Grey Metallic
Crystal Black Pearl
Lunar Silver Metallic

Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k! 08

Keseluruhan pakej Honda Civic FE yang melakukan penampilan sulung di ASEAN ini tampak memberangsangkan bagi menyambung legasi model Civic. Selepas Thailand, Singapura dilihat bakal menjadi negara kedua yang menerima Honda Civic FE serba baharu ini. Malaysia turut dalam perancangan awal namun tergendala sedikit akibat wabak pandemik yang meruncing.

Baca jugaHonda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda