window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k!

Haris · Aug 5, 2021 04:00 PM

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 01

Honda Motor Company telah mengumumkan bahawa Honda Civic Hatchback 2022 generasi ke-11 (dipanggil FL) akan mula dijual di Jepun pada 3-September 2021 ini. Dua varian akan tersedia - LX dan EX - masing-masing berharga JPY 3.19 juta (sekitar RM 123k) dan JPY 3.54 juta (sekitar RM 136k).

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 02

Tidak seperti Honda Civic generasi FC sebelum ini, Honda Civic 2022 baharu hanya ditawarkan dalam versi hatchback di Jepun. Versi sedan telah dihentikan jualan di Jepun justeru memberi fokus terhadap versi hatchback sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 01

Ketika pelancaran, Honda Civic Hatchback 2022 spesifikasi Jepun dijana oleh enjin 4-silinder 1.5 liter turbo VTEC dengan puncak kuasa 182 PS dan 240 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT.

Honda turut memberi kenyataan bahawa Honda Civic hibrid yang dipacu sistem hibrid 'e: HEV' (mirip Honda City RS di Malaysia) 2-motor dan varian Type R akan tiba pada tahun 2022.

Baca: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 02

Imej bayangan Honda Civic Type R

Seperti yang dilaporkan ketika artikel debut global, Honda Civic Hatchback generasi ke-11 adalah lebih besar berbanding model sebelumnya. Peningkatan ini juga meningkatkan ruang dalaman dengan tambahan ruang kaki belakang sebanyak 36 mm. Julat penglihatan juga dipertingkatkan dengan penggunaan kaca depan yang lebih menegak.

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 03

Dari segi ciri kelengkapan, kedua-dua varian datang dengan rim 18-inci yang sama tetapi kemasan dalaman yang berbeza. Varian EX menambah lampu kabus LED, lampu selekoh aktif, tempat duduk kuasa baris hadapan, skrin infotainment 10.2-inci, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara dan kemasan baldu untuk tempat duduk.

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 04

Untuk ciri standard, Honda Civic Hatchback 2022 dilengkapi dengan suite bantuan pemandu ADAS Honda Sensing yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC w / LSF)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Low-speed Braking Control (LSBC)

Honda Civic Hatchback 2021 bakal menjengah Jepun pada 3-Sept, harga sekitar RM 123k! 05

Sebagai makluman, Honda Civic Sedan 2022 baharu kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran debut ASEAN di Thailand. Bagi proses pelancaran Malaysia pula, ia telah ditangguhkan dari rancangan awal iaitu pelancaran pada akhir suku ke-3 / 4 tahun ini ke suatu tarikh yang masih belum diputuskan.

Bacaan Lanjut: 

Produksi kembali semula ke Jepun, inilah Honda Civic buatan UK yang terakhir!

Thailand negara pertama ASEAN lancar Honda Civic FE 2022, pelancaran minggu depan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda