window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan!

Faisal · Jun 24, 2021 09:28 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 01

Sebelum ini, Civic Hatchback siri FK dilihat seperti sebuah Civic FC yang dikecutkan. Kali ini, Civic Hatchback nampaknya mempunyai identiti yang tersendiri.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 02

Dari mata kasar, Honda Civic Hatchback generasi ke-11 ini memperlihatkan perbezaan pada bahagian belakang yang mana ia hadir dengan profil but belakang yang begitu landai dan lampu yang tersendiri. Malah, lampu ini turut disambungkan dengan unsur lampu yang melintang.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 03

Bergantung pada varian, Civic Hatchback 2022 boleh didapati dengan roda bersaiz 16 – 18 inci dan perincian yang berbeza.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 04

Lakaran Honda Civic Type R oleh kami.

Tidak lupa juga bahawa inilah gambaran awal yang bakal membentuk Honda Civic Type R yang baru.

Juga bacaLakaran: Honda Civic Type R 2022, raja pacuan ‘tarik depan’?

Interior

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 05

Falsafah ‘Man Maximum, Machine Minimum’ yang sinonim dengan Honda nampaknya meningkatkan lagi keluasan kabin dan praktikaliti pada sebuah Civic Hatchback.

Sebagai sebuah hatchback, but belakangnya lebih praktikal daripada Civic sedan. Malah, kapasitinya mencecah 452 liter berbanding 419 liter pada model sedan. Apapun, kelegaan kepala dan kaki buat penumpang adalah lebih kurang sahaja.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 06

Selain daripada itu, bahagian dalamnya diambil bulat-bulat dari Civic sedan.

Begitu juga dengan ciri yang ditawarkan. Antaranya seperti brek parkir elektronik, kluster instrumen digital, dan infotainment dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 07

Antara ciri baru yang didatangkan buat kali pertama pula ialah sistem bunyi Bose dengan 12 pembesar suara dan pengecas telefon tanpa wayar.

Trenkuasa

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 08

Honda Civic Hatchback 2022 didatangkan standard dengan transmisi CVT tetapi peminat tegar boleh mendapatkannya dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Juga bacaMengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 09

Ia juga kekal dengan pacuan roda depan. Malah enjin yang ditawarkan juga mirip Civic sedan.

Trenkuasa Honda Civic Hatchback 2022

Enjin 1.5L turbo

182 PS / 240 Nm tork

CVT / manual 6 kelajuan

Enjin 2.0L aspirasi natural

158 PS / 187 Nm tork

CVT / manual 6 kelajuan

Juga bacaVideo: Boleh ke Honda Civic FE 2021 ‘tapau’ Toyota Corolla dan Mazda 3 dalam perlumbaan drag?

Sebagai perbandingan, enjin 1.5L turbo pada generasi terdahulu menghasilkan 173 PS dan 220 Nm tork.

Varian e:HEV dan Type R pula akan menyusul pada tahun 2022.

Juga bacaKereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Keselamatan

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 10

Seperti Civic sedan, Honda Civic Hatchback baharu ditawarkan dengan sistem ADAS Honda Sensing yang terkini yang mana ia mendatangkan ciri baru seperti Blind Spot Monitor, Traffic Jam Assist, dan Low Speed Braking Control.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 11

Dipasang di kilang Honda di Indiana, Amerika Syarikat, Civic Hatchback 2022 akan mula dijual dalam tahun ini juga.

Walaupun Civic Hatchback didatangkan di sesetengah pasaran ASEAN seperti Indonesia dan Thailand, produk seperti ini tidaklah begitu meyakinkan untuk pasaran Malaysia.

Honda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan! 12

Apapun, ia bakal bersaing sengit dengan Mazda 3 Hatchback.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 naik harga di US - lagi mahal daripada Mazda 3?

Untuk kita, Honda Civic sedan (FE) 2022 lebih relevan dan lebih diminati oleh ramai.

Juga bacaHonda Civic gen 11 (FE) mungkin masuk Malaysia awal, apa yang menarik?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda