window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia?

Zamil Syaheer · Jul 11, 2021 02:00 PM

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 01

Setelah sebulan setengah Honda Civic (FE) 2022 sedan membuat debut global, Civic Hatchback pula dilancarkan pada bulan lepas. Ada banyak pertanyaan dari pembaca WapCar – BM tentang model ini, oleh itu jom kita bincangkan.

Apa yang baru dengan Civic Hatchback?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 02

Sama seperti sedan, disebalik penampilan baru yang nampak lebih matang, Civic Hatchback juga menerima pelbagai naik taraf dari segi prestasi, keselamatan, dan teknologi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 01

Duduk di atas tanah seluas 1,600 ekar, kilang seluas 30 ekar ini menghasilkan 250,000 kenderaan setiap tahun, iaitu Civic, CR-V, dan Insight untuk pasaran Amerika Utara.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Civic Hatchback, model ini akan dihasilkan di kilang Honda Manufacturing of Indiana di Greensburg. Ini berikutan penutupan kilang Swindon, United Kingdom yang memasang Civic Hatchback (FK) generasi sebelumnya.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 02

Civic Hatchback generasi ke-11 akan mula dijual di Amerika Syarikat dan Jepun pada akhir tahun ini.

Lebar, tinggi, dan panjang Honda Civic Hatchback?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 03

Honda Civic Hatchback ini lebih rendah, kurang lebar, dan pada masa yang sama lebih panjang daripada pendahulunya. Anda boleh lihat perbezaan dimensi dibawah:

Dimensi Honda Civic Hatchback 2022
Model Civic HB serba baru Civic FK
Panjang (mm) 4,549 (+30) 4,519
Lebar (mm) 1,801 (+3) 1,798
Tinggi (mm) 1,415 (-15) 1,430
Jarak Roda (mm) 2,736 (+36) 2,700

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 04

Perubahan dimensi lain termasuk tiang A yang digerakkan ke belakang sebanyak 50 mm (meningkatkan penglihatan depan menjadi 87 darjah, naik dari 84 darjah sebelumnya), dan jarak roda belakang yang 12.7 mm lebih lebar berbanding sebelumnya.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 05

Dari depan ke belakang: Civic Hatchback, Civic sedan

Di belakang pula, ada mekanisme engsel yang ditempatkan semula untuk bonet belakang yang mengurangkan ketinggian di kawasan engsel sebanyak 50 mm.

Juga baca: Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya?

Ada apa-apa penambahan lain di interior?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 06

Senang cerita – sejibik macam sedan. Peningkatan terbesar oleh Civic Hatchback generasi ke-11 adalah penambahan 36 mm di ruang kaki belakang berbanding pendahulunya.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 07

Ruang kepala 949 mm di bahagian belakang pula sama dengan Civic FK.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 08

Sementara itu, bukaan but telah diperluas sebanyak 41 mm, memudahkan akses berguna ke boot yang luasnya 639 liter.

Apakah ciri yang ada pada Civic Hatchback?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 09

Sistem infotainment berukuran 9 inci dari Civic sedan.

Peyambungan Apple CarPlay dan Android Auto pada unit infotainment skrin sentuh berukuran 7 atau 9 inci adalah standard di seluruh varian Civic Hatchback.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 10

Ciri-ciri yang bergantung pada varian termasuk kluster instrumen separa-digital 7-inci (varian paling tinggi di AS dan Jepun mendapat yang kluster 10.25 inci digital sepenuhnya), tempat duduk kain atau kulit ‘perforated’, dan juga pengecasan tanpa wayar Qi.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 11

Varian paling tinggi juga dilengkapi dengan 12 pembesar suara daripada Bose.

Ada Honda Sensing?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 12

Semestinya. Dah tahun 2021 kan. Sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing ini standard bagi kesemua varian, dan ia merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control with Low-speed Follow (ACC w/ LSF)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind Spot Monitor with Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Low-speed Braking Control (LSBC)

Juga baca: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Bagaimana pula dengan prestasi?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 13

Bagi peminat pemanduan – Civic Hatchback masih lagi ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Bagi mana yang nak santai, ada pilihan transmisi automatik CVT.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 14

Enjin 1.5 liter pada Civic di Jepun.

Seperti barisan model Civic terdahulu, ia mengekalkan penggunaan pacuan roda depan. Terdapat tiga pilihan enjin – dua untuk AS, dan satu untuk Jepun:

Trenkuasa Honda Civic Hatchback 2022
Pasaran AS

1.5L, turbo 4-silinder

180 PS / 240 Nm

2.0L, NA 4-silinder

158 PS / 187 Nm

Pasaran Jepun

1.5L, turbo 4-silinder

182 PS / 240 Nm

Transmisi CVT / Manual 6-kelajuan

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 15

Dari segi kawalan pemanduan pula, Honda mengatakan struktur badan baru memberikan peningkatan 19 peratus ketegaran torsi berbanding model sebelumnya. Struktur yang lebih keras menyokong peningkatan perjalanan, pengendalian dan penyempurnaan.

Bagaimana pula dengan Civic Type R?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 16

Lakaran oleh Best Car Web.

Anda kena tunggu, sebab Honda Civic Type R hanya akan diperkenalkan pada tahun 2022.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 17

Terdapat laporan mengatakan bahawa Honda mungkin akan memasangkan motor elektrik dengan enjin 2.0 liter 4-silinder berpengecas turbo K20C dari Civic Type R FK8, menjadikannya sebuah hibrid.

Juga baca: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 18

Varian e: HEV kemungkinan besar akan menggunakan sistem i-MMD

Bercakap pula tentang hibrid, katanya Honda akan memperkenalkan varian e:HEV (hibrid sepenuhnya) pada tahun depan.

Berapakah harga Civic Hatchback serba baru?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 19

Bukan ketam dah, jadi ni apa eh?

Setakat ini, Honda belum lagi mengumumkan harga Civic Hatchback. Tetapi seperti biasa, jangkakan harganya akan naik – maklumlah sedan pun dah mahal sikit.

Persoalan penting – masuk Malaysia ke tak?

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 20

Ampun 'gais' – jawapannya adalah TIDAK. Sifat pasaran automotif Malaysia (struktur cukai dan permintaan pengguna) tidak menyakinkan Honda Malaysia untuk melabur dalam Civic Hatchback.

Juga baca: Honda Civic Hatchback 2022 akan dilancarkan di Malaysia? Ini adalah jawapan Honda sendiri!

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 21

Ini bermakna jiran kita di Thailand dan Indonesia akan kekal menjual model ini.

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 22

Civic sedan.

Pasaran Malaysia hanya akan mendapat Civic sedan. Ada kemungkinan ia akan dipratonton tahun ini, tetapi itu bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 23

Nak datang Malaysia, kasi bakar Toyota Corolla Cross.

Lagipun, pengenalan Honda HR-V 2021 untuk pasaran Malaysia juga terpaksa ditunda.

Jangan sedih, kita akan dapat hatchback daripada Honda juga!

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 24

City Hatchback di pasaran Thailand.

Apa yang sudah pasti adalah pengenalan Honda City Hatchback, menggantikan model Jazz yang popular. Cuma bila itu, kena tunggu.

Juga baca: Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Konklusi

Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia? 25

Inilah dia, segalanya yang kami tahu tentang Honda Civic Hatchback yang telah kami rungkaikan. Jika anda berminat dengan topik sebegini, jangan risau – ada lagi! Tunggu ya!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda