window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama?

Zamil Syaheer · Feb 6, 2022 10:00 AM

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 01

Seperti yang (mungkin) anda pernah baca, Honda Civic 2022 (generasi FE) akhirnya tiba di Malaysia. Ia membina kejayaan dan populariti generasi terdahulu (FC) dalam pelbagai aspek. Nama Civic itu sendiri amat hangat, maka tak heran kenapa ramai yang ingin membelinya.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 02

Setelah banyak kata-kata di laman internet, dalam rencana kali ini, kami meletakkan Honda Civic dengan Toyota Corolla Altis. Mari kita lihat jika perbandingan ini menghasilkan kesimpulan terdahulu yang diandaikan oleh semua orang (Civic 'tapau' Altis berkilo-kilo – betul ke?).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perang risalah - Civic mengatasinya

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 01

Untuk berlaku adil, mari kita bandingkan kedua-dua varian julat teratas - Honda Civic RS dan Toyota Corolla Altis 1.8G - yang disertakan dengan semua ciri dan kelengkapan.

Perbandingan Spesifikasi
  Honda Civic RS Toyota Corolla Altis
1.8G
Lampu LED Ada Ada
A/C Zon tunggal
automatik
Dwi-zon
automatik
Corong A/C belakang Ada Ada
Tempat duduk
belakang boleh lipat
Ada Ada
Tempat duduk
depan berkuasa
Pemandu sahaja Pemandu sahaja
Kamera undur Ada Ada
Android Auto/
Apple CarPlay
Ada Ada
Sistem Audio 8 pembesar
suara
6 pembesar
suara
Ruang but 497
liter
470
liter
Beg udara 6 7
ACC Ada Ada
AEB Ada Ada
FCW Ada Ada
LKA Ada Ada
BSM LaneWatch Ada

Jika dilihat, tidak banyak perbezaan dari segi spesifikasi bagi kedua-dua Civic dan Corolla Altis. Untuk harga yang diminta bagi setiap model, Honda atau Toyota tidak akan membuatkan anda berasa serba kekurangan. 

Juga baca: Rebiu: Toyota Corolla Altis 1.8G 2020 – Tak selaju Civic, tapi lagi selesa!

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 02

497 liter ruangan but dalam Civic

Walau bagaimanapun, Civic - sebagai kereta yang lebih baharu - mempunyai sedikit kelebihan dari segi kelengkapan dan but yang lebih besar.

Luaran - Kedua-duanya menarik, tetapi Civic nampak lebih garang

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 03

Varian RS

Apabila ramai yang pertama kali melihat Honda Civic FE, terdengar jeritan cemuhan. Ramai yang mengeluh kerana ia kelihatan membosankan dan nampak selamat selepas generasi FC. Setelah melihatnya dengan mata kepala kami sendiri - kami tidak bersetuju sama sekali.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 04

Roda 18-inci pada varian RS

Honda Civic FE, dengan profil sisi ala fastback kelihatan bersahaja tetapi juga matang, anggun dan elegan dengan cara yang hanya boleh diimpikan oleh generasi FC. Kalau Civic FC pula, banyak yang mengatakan rupanya terlalu “boy racer”, sebab itu ramai “ah beng” atau “kaki belanja kat dataran” minat.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 05

Adik dan abang

Oleh itu, reka bentuk Civic FE mungkin tidak menarik banyak “ah beng” atau “kaki belanja kat dataran” seperti Civic FC, tetapi bagi kebanyakan orang awam yang membeli kereta biasa, hala tuju reka bentuk baharu ini akan adalah satu kebaikan. Tiada siapa yang mahu diprovokasi untuk berlumba setiap kali berhenti di lampu isyarat.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 06

Penyataan ini bukanlah untuk mengatakan bahawa Corolla Altis tak cantik - jauh sekali. Corolla Altis menggabungkan perkadaran yang benar-benar atletik dengan garis sudut yang betul. Ya, terdapat petunjuk Toyota Camry XV70 di sini, dan kami maksudkan itu dengan cara yang baik. Ia benar-benar menampilkan reka bentuknya dengan sangat anggun dan sofistikated, walaupun ia kelihatan lebih tradisional berbanding Civic.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 07

Namun, Corolla Altis kalah dari segi ini kerana auranya tidak setanding Civic FE. Lihat, walaupun ianya cantik, Corolla Altis tidak mempunyai sudut tebal atau profil sporty untuk menarik perhatian anda. Sesetengah orang mungkin suka dengan ini. Bagi yang lain, mungkin mereka terasa seperti “amenda belanja mahal-mahal tapi kurang stailo?”

Interior – sekali lagi, Civic mendahului

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 08

Interior Civic memang WOW!

Walaupun kedua-dua Civic dan Corolla Altis mempunyai bahagian luaran yang menarik, naratif berubah dengan agak drastik apabila anda duduk di dalam kedua-dua kereta. Honda sentiasa mempunyai kelebihan dengan menawarkan bahagian interior yang praktikal dan difikirkan dengan baik, tetapi kurang dari segi kualiti bahan.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 09

Trim honeycomb memang kelasss gitu

Kini, Civic FE berjaya mengubah tanggapan kami. Interior Civic FE menggabungkan tahap ruang dan kemasan keseluruhan Honda dengan pemilihan bahan yang premium. Ia terasa seperti sebuah kereta yang berharga satu segmen lebih tinggi, atau lebih.

Segala-galanya daripada trim honeycomb (bukan hani-chom ye), kawalan HVAC dan titik sentuhan terasa amat premium. RM 144k mahal ke untuk Civic? Rasa macam tak je!

Juga baca: Honda Civic FE 2022: 3 varian - E, V, dan RS – taktau mana satu nak beli? Kami pilih untuk anda!

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 10

Nampak macam kereta orang tua eh?

Bukti betapa baiknya interior Civic FE adalah ia membuatkan interior Corolla Altis terasa biasa sahaja. Dail dalam kelompok instrumen nampak ketinggalan zaman, timbunan infotainment di bahagian tengah nampak macam 'add-on', dan beberapa bahagian permukaan hanyalah magnet cap jari dengan kemasan berkilat.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 11

Secara asasnya, tidak ada yang salah dengan interior Corolla Altis dari segi kualiti binaan dan pemilihan bahan. Namun, ia tidak akan membuatkan anda berasa teruja untuk memandunya. Oleh itu, Civic FE akan membuatkan anda rasa untuk bersantai lebih lama tidak kira ketika bergerak ataupun statik.

Juga baca: Honda Civic FE - RM 3.7k untuk servis 5 tahun/100k km, hanya lebih RM 320 dari FC je!

Pengalaman pemanduan – Civic memang gempak, Altis terasa lemau sikit

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 12

Gaya ada, pengendalian pun ada!

Okay, kami berterus terang sahajalah. Honda Civic generasi FE, di bahagian pengalaman pemanduan, mengatasi sepenuhnya Corolla Altis dalam setiap cara yang anda boleh bayangkan.

Pecutan di jalan lurus? Civic. Keselesaan perjalanan? Civic (di permukaan litar Sepang yang sempurna, buat masa ini). Penghalusan? Civic. Pengendalian di selekoh? Civic. Keseronokkan? Civic.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 13

Enjin turbo lah padu, apa barang NA?

Dalam segmen ini, Civic sentiasa menjadi salah satu kereta yang lebih berkuasa, dan ini berterusan dengan model FE yang menggunakan enjin pengecas turbo 1.5 liter yang kini mengepam 182 PS dan 240 Nm (Civic FE di Malaysia mempunyai output tertinggi di rantau ASEAN).

Juga baca: Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 14

Kualiti perjalanan dan pengendalian yang padu, tetapi itu tidak mencukupi lagi

Perlu kami nyatakan disini bahawa Toyota Corolla Altis tidak menjadi satu produk yang hampeh dalam sekelip mata. Ia hanyalah disebab oleh satu perkara menjengkelkan yang dipanggil: KEMAJUAN.

Hanya dalam satu generasi, Honda telah mengubah kelemahan Civic FC (iaitu tahap keselesaan yang kurang padu dan pengendalian yang bergelombang) kepada kekuatan pada Civic FE. Ia bukan Accord kecil - ia sangat bagus sehingga boleh menyaingi BMW 3 Series.

Juga baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 15

Lancar tetapi jangan haraplah nak 'tapau' Civic

Memang benar bahawa Toyota Corolla Altis masih mempunyai casis yang sangat padu dan seimbang. Segala yang kami gemari tentang platform TNGA Altis masih sangat jelas. Apa yang mengecewakan adalah kekurangan dari segi trenkuasa (hanya 139 PS dan 172 Nm), dan itu adalah satu perkara yang pembeli pada zaman ini sangat ambil berat, sama ada anda mengaku ataupun tidak.

Juga baca: Kebaikan dan Keburukan: Toyota Corolla Altis 1.8G - Keselesaan dengan sedikit kompromi?

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 16

Apa yang kami cuba katakan di sini ialah, Honda Civic memang ‘tapau’ Corolla Altis pada banyak sudut. Malah ciri-ciri yang sebelum ini menjadi kekuatan Toyota, Honda kini mempunyai jawapan untuk semua itu. Kami tidak dibayar satu sen pun oleh Honda – memang Civic FE ini amat padu.

Pendapat WapCar:

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 17

Selama ini, kami di WapCar.my memang mempunyai pujian yang tinggi terhadap platform Toyota yang berteraskan TNGA, dan kami tidak akan mengubah pendapat kami. Toyota berjaya mencipta resipi yang sesuai dalam banyak aspek, tetapi Corolla Altis kini menemui padanannya dalam Honda Civic generasi FE.

Honda Civic RS 2022 vs Toyota Corolla Altis 1.8G - Adakah ini pertarungan yang adil dan saksama? 18

Dalam segmen yang telah menyaksikan permintaan yang semakin berkurangan, tidak ada keraguan bahawa Honda Civic FE akan teruas popular seperti biasa. Terdapat sedikit perkara yang kami tidak disukai dalam pakej ini, dan ia adalah kereta yang jauh lebih baik daripada FC.

Jika anda salah seorang yang lebih gemarkan sedan daripada SUV, kurangkan senarai beli-belah anda and masukkan Civic FE ke dalam senarai tersebut.

Juga baca: Sedan vs SUV: Nak beli Honda Civic 2022 serba baharu ke, atau tunggu HR-V yang akan datang?

@wapcar_zamil Amacam, cun tak? Abang @wapcar_jay peminat tegar 🤭 #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #kelastiktok #belajaronline #honda #hondacivic #vtec ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda