window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic terpakai dilarikan, jurujual buat laporan palsu?

Mersita · Jul 12, 2021 11:00 AM

Honda Civic terpakai dilarikan, jurujual buat laporan palsu? 01

Sebuah kedai kereta terpakai di Taman Melodies, Johor Bahru pada Jumaat lalu menerima dua orang ‘pelanggan’ palsu yang berminat dengan sebuah Honda Civic Type R sebelum kereta itu dibawa lari.

Namun, jurujual yang hadir ke balai untuk membuat laporan polis berkenaan kes kecurian kereta itu tidak menceritakan situasi sebenar – besar kemungkinannya takut disaman kerana beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata jurujual berkenaan didapati membuat laporan palsu setelah disoal siasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah. Kereta Honda itu sebenarnya dilarikan oleh seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an yang berpura-pura menjadi pelanggan di kedai kereta terpakai berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic terpakai dilarikan, jurujual buat laporan palsu? 01

Gambar hiasan

"Bertindak atas maklumat, pada Sabtu kira-kira jam 10 pagi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D4 Johor Bahru Selatan dengan dibantu anggota Balai Polis Simpang Renggam telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Berjaya, Simpang Renggam," katanya dalam satu kenyataan.

Kereta yang dilaporkan hilang itu berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan dan kedua-dua suspek ditahan. Semakan polis mendapati pasangan berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan dalam senarai dikehendaki polis. Kedua-duanya ditahan reman selama 4 hari untuk membantu siasatan.

Mohd Padzli berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun serta denda. Jurujual yang membuat laporan palsu itu pula disiasat di bawah 379A/182 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 – jika sabit kesalahan boleh dipenjara 6 bulan, kompaun RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda