window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya?

Zamil Syaheer · May 10, 2021 03:00 PM

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 01

Setahun setelah debut rasminya di Indonesia, Honda Civic Type R (FK8) yang telah dikemaskini sudahpun dilancarkan di Indonesia. Varian tunggal ini berharga 1.177 juta rupiah (RM 339,282). Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Rallye Red, Championship White dan Brilliant Sporty Blue Metallic.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 02

Dari segi eksterior, terdapat penambahan sirip berwarna badan pada di liang kemasukan udara (air intake) palsu dan ventilasi pada bampar depan dan belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 01

Selain itu, gril depan juga telah direka semula untuk menyalurkan lebih udara kepada enjin 2.0 liter 4 silinder VTEC berpengecas turbo yang masih lagi menghasilkan 310 PS dan 400 Nm tork. Kesemua kuasa dan tork ini dipacu ke roda depan melalui transmisi 6 kelajuan manual. Syukur ianya masih belum elektrik lagi.

Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 02

Selain itu, terdapat rotor brek 2-piece baru dan pad brek direka untuk mengurangkan pudar (fade) dan meningkatkan kecekapan pada kelajuan tinggi.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 03

Sistem suspensi juga telah ditala semula dengan penyerap hentak adaptif yang dinaik taraf, sesendal (bushing) yang lebih keras, dan sistem stereng yang telah ditala bagi meningkatkan kualiti pemanduan, keselesaan, serta cengkaman.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 04

Pada interiornya pula, terdapat stereng yang dibalut Alcantara, bersama dengan rekaan tombol gear baru serta lemparan penukaran gear yang lebih pendek.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 05

Kelengkapan lain yang standard termasuklah pengecas telefon tanpa wayar baru dan sistem pemantauan tekanan tayar, sementara senarai kit yang lain termasuk roda aloi 20 inci, tempat duduk dan pedal sports, kluster instrumen TFT tujuh inci dengan pelbagai paparan, dan unit infotainment skrin sentuh berukuran 7 inci.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 06

Bagi mana yang berminat untuk membeli Civic Type R yang dikemas kini di Malaysia, anda sebenarnya boleh menempah secara khas melalui Honda Malaysia. Tetapi, harganya tidak diketahui kerana ia berdasarkan permintaan sahaja.

Honda Civic Type R (FK8) ‘facelift’ 2021 dilancarkan di Indonesia, RM 339k – Malaysia seterusnya? 07

Ketika Honda Civic Type R (FK8) dilancarkan di Malaysia pada November 2017, ia dijual pada harga RM 320,000 (diatas jalan, tanpa insurans). Untuk model 2021 ini pula, kami yakin anda perlu membayar wang yang lebih dari angka itu sekiranya anda berhajat untuk memilikinya.

Bagaimanapun, ini bukanlah model Type R terakhir dari Honda kerana mereka sedang mengembangkan model berasaskan Civic generasi ke-11.

Juga baca: Lakaran: Honda Civic Type R 2022, raja pacuan 'tarik depan'?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda