window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli?

Haris · Jun 27, 2021 06:00 PM

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 01

Bukan lagi satu rahsia apabila dasawarsa ini permintaan untuk sedan segmen C telah merudum dengan ketara. Dalam segmen di mana Toyota Corolla Altis dan Honda Civic mendominasi, mereka kini bertempur dengan pesaing baru iaitu SUV namun kedua-duanya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengalah.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 02

Hari ini, kami membandingkan Toyota Corolla Altis 1.8G (RM 134,505) dengan Honda Civic 1.5 TC-P (RM 134,661), kedua-duanya varian paling atas. 2 sedan ini menarik minat personaliti berbeza dan 2 sedan ini nampaknya membangkitkan persoalan, siapa patut beli yang mana?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Luaran - Menarik personaliti berbeza

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 01

Bermula dengan fasia depan Corolla Altis, ia kelihatan moden, dengan perincian jalur krom dan lampu LED yang kelihatan mengalir di keseluruhan bahagian. Rekaan ini tidak radikal seperti Honda Civic tetapi secara keseluruhannya ia adalah tafsiran halus tentang sedan 4 pintu moden.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 02

Bahagian hadapan Civic juga agak menarik dan unik, suatu rekaan yang boleh dikatakan malar segar seperti mana rekaan Civic generasi lain. Rekaan belakang pula mampu memecahbelahkan pendapat - sama ada anda suka atau tidak suka rekaan ini. Tiada pendapat pertengahan untuk ini.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 03

Anda bagaimana?

Dan ini berbalik kepada personaliti pembeli. Interpretasi sedan moden, 4 pintu, 3 kotak menjadi tarikan Toyota Corolla Altis manakala rekaan Honda Civic ala-ala model fastback, coupe 4 pintu menjadi taruhan Honda Civic. Sekali lagi, siapa yang membeli lebih utama berbanding tujuan membeli sedan ini.

Rekaan dalaman - Civic praktial, Altis tahan lama

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 01

Formula yang berjaya

Toyota terkenal dengan sistem pengilangan yang sangat efisien dan ini jelas kelihatan dalam kabin Toyota Corolla Altis ini. Selain itu, rekaan kabin yang sama ini turut dikongsi dengan Toyota Corolla Cross (saudara SUV) dan terdapat 2 sudut pandang untuk hal ini.

  1. Rekaan ini begitu cantik dan berkesan untuk 2 model

  2. Rekaan ini bosan kerana digunakan dengan terlalu kerap

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 02

Secara praktikal, rekaan Toyota Corolla Altis masih memuaskan. Terdapat ruang yang cukup untuk memuatkan 4 orang penumpang dewasa yang selesa. Kekurangan lebih terasa dalam aspek ruang penyimpanan tetapi ruang but seluas 470 liter dan tempat duduk belakang lipat 60:40 memastikan tahap praktikaliti masih memuaskan.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 03

Ruang yang bijak lebih sesuai

Beralih ke Honda Civic, rekaan dan susun atur papan pemuka Civic terasa lebih futuristik walaupun kualiti binaan kurang bermutu berbanding Toyota. Dengan rekaan sporty di luar, Honda tetap membawakan tahap praktikaliti yang lebih baik pada bahagian kabin. Dari segi ergonomik, Honda Civic juga terasa lebih baik.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 04

Masih selesa untuk penumpang

Rekaan fastback pada Honda Civic juga memberi kelebihan kepada but belakang. Dengan kapasiti seluas 519 liter, Honda Civic adalah sedan segmen C dengan ruang but terbesar dalam kelasnya. Hal ini penting kerana sasaran pembeli antaranya golongan dewasa yang belum habis muda walaupun sudah berkeluarga.

Dinamik pemanduan - Altis selesa, Civic biasa?

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 01

Hanya untuk dewasa matang

Dinamik pemanduan dan pengendalian Toyota Corolla Altis sangat hebat. Sistem suspensi terasa sangat nyaman dan empuk. Halus, dinamik dan terbaik dalam kelasnya, Toyota Corolla Altis mengajak pembeli untuk mengenal isi hatinya, karakter pemanduannya, sebelum melamar kereta ini.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 02

Baik tapi bukan yang terbaik

Adakah ia dinamik pemanduan ini penting? Keselesaan, ya. Kendalian? Mungkin. Hal ini tidak bermaksud Honda Civic mempunyai dinamik pemanduan yang teruk, cuma tidak setaraf keselesaan yang ditawarkan Corolla Altis. Kendalian Honda Civic juga baik, seperti yang dijangkakan dan stabil. Kebanyakan pembeli sedan segmen C cukup dengan dinamik pemanduan sebegini.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 03

Lancar tak laju

Situasi berubah jika melihat aspek teknikal atas kertas dan angka prestasi. Honda Civic dengan enjin 1.5 liter turbo VTEC (173 PS, 220 Nm) meninggalkan Toyota Corolla Altis dengan 1.8 liter NA Dual VVT-i (139 PS, 172 Nm). Honda Civic menyajikan tork sedap yang menjadikan pemanduan harian lebih dinikmati. Toyota Corolla Altis pula seperti biasa terasa sedikit lengah. Nak lagi best? Cukai jalan Honda Civic RM 90 sahaja berbanding Toyota Corolla Altis yang berharga RM 279.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 04

Kedua-duanya menggunakan transmisi CVT namun yang menjadikan karakter pemanduan lebih penting kepada bahagian enjin. Pengeluar CVT mungkin berbeza tetapi perbezaan tersebut tidak terasa begitu signifikan.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 05

Kedua-dua sedan ini turut dilengkapi dengan sistem ADAS yang lengkap. Berikut adalah antara perbandingannya:

Ciri keselamatan & ADAS
  Toyota Corolla Altis Honda Civic
Beg udara 7 6
ABS, TCS, ESC
Adaptive Cruise Control
Autonomous Emergency Braking
Lane Departure Warning
Lane Keep Assist
Blind Spot Monitor

Konklusi

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 06

Sesetengah pembeli mahu menunjukkan kereta terbaru mereka, sesetengah pembeli mahu bersederhana dengan pembelian kereta terbaru mereka. Masing-masing mempunyai personaliti yang tersendiri justeru situasi pembelian Civic-Corolla Altis ini memang menarik.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 07

Kedua-duanya mampu memenuhi keperluan pembeli namun karakter pembeli yang memainkan peranan besar dalam pemilihan sedan ini. Lebih menarik lagi, ini satu-satunya segmen pasaran yang unik - siapa yang membeli lebih penting daripada kenapa.

Honda Civic vs Toyota Corolla Altis - Jenis pembeli lebih penting daripada alasan membeli? 08

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda