window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k!

Khairil ยท Mar 28, 2023 09:00 AM

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 01

Honda Motor Thailand, baru-baru ini membawa masuk penawaran terbaharu ke negara itu menerusi pelancaran Honda CL300 dan CL500 (2023), motosikal bergaya 'scrambler' yang katakan bakal menjadi 'trend'.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 02

Sedikit info mengenai Honda CL300 (2023), ia tidak membuat debut premiere di Thailand namun turut dilancarkan di China penghujung tahun lalu. Honda CL500 (2023) pula diperkenalkan ketika acara EICMA 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 01

Seperti pasaran Malaysia, Honda CL300, CL500 (2023) sekalipun 'bersaudara' berada dalam katalog berbeza di Thailand.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 02

Honda CL300 (2023) 

Dilihat sebagai model penting, perincian mengenai kedua-dua model termasuk mengenai varian dan harga adalah seperti berikut:

Honda CL300 (2023) 

  • Pilihan warna: Candy Energy Orange, Pearl Grey, Pearl White 
  • Harga: 149,900 baht (RM 19,260)

Selain varian Standard, Honda CL300 (2023) turut ditawarkan dengan varian Special Edition yang dijual pada harga 171,100 baht (RM 21,984).

Honda CL500 (2023) 

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 03

Honda CL500 (2023) 
  • Pilihan warna: Mat Laurel Green, Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Energy Orange
  • Harga: 226,800 baht (RM 29,140)

Selain varian Standard, Honda CL500 (2023) juga dijual dalam dua varian istimewa iaitu Special Edition pada 250,700 baht (RM 32,184) dan Honda CL500 (2023) Cafe Edition yang dijual pada harga 251,200 baht (RM 32,275).

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 04

Seperti biasa, varian istimewa datang dengan pelbagai ciri dan aksesori tambahan.

Mengulas ringkas lenggok rekaan kedua-dua model, ia tampil dengan gaya ganas dan ranggi 'scrambler' dengan kedudukan ekzos diposisikan lebih tinggi, tangki melengkung, pelana rata dan lampu depan berbentuk bulat yang ikonik.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 05

Set roda juga menggunakan rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) bersama tayar jenis 'dual purpose'.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 06

Di bahagian trenkuasa, Honda CL300 (2023) dijana enjin 286 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac 'Slip & assist' dengan kuasa sekitar 25.7 Hp.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 07

Honda CL500 (2023) pula dijana enjin 471 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac 'Slip & assist' dengan kuasa sekitar 46 Hp.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 08

Sistem suspensi kedua-dua model menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) bersama set brek cakera depan dan belakang tunggal yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dengan saiz cakera berbeza.

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 09

Ciri-ciri lain yang dikongsi adalah sistem lampu LED, tangki bahan api 12 liter, panel instrumen digital LCD berbentuk bulan dan sistem lampu Emergency Stop Signal (ESS).

Honda CL300, CL500 (2023) kini di pasaran Thailand, gaya 'Scrambler', harga mula RM 19.2k! 10

Kedua-dua model sudah pun boleh ditempah di Pameran Motosikal Antarabangsa Bangkok 2023 yang sedang berlangsung.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda