window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023!

Khairil · Nov 10, 2022 10:00 AM

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 01

Salah satu segmen yang kian diminati di pasaran ketika ini adalah motosikal 'Naked' bergaya retro dan untuk itu, Honda memperkenalkan penawaran baharunya dalam segmen berkenaan dikenali Honda CL500 (2023).

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 02

Seperti model-model yang dijangka akan 'hit', Honda turut menjadikan pameran berprestij, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 sebagai debut Honda CL500 (2023).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Honda Rebel 1100 - Gaya retro dengan 3 mod pemanduan, DCT dan Cruise Control!

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 01

Dijangka akan mula berada di bilik pameran Honda di Eropah pada tahun 2023, sebagai permulaan Honda CL500 (2023) sepertinya dinyatakan tampil dengan rekaan retro namun diberi 'sentuhan' moden.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 02

Begitupun, ia bukanlan moden yang keterlaluan seperti Honda CB650R namun lebih kepada klasik malah cukup mirip seperti model 'srambler' menerusi rekaan ekzos unik serta penggunaan tayar jenis 'all-terrain'.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 03

Sebagai info, nama CL sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada peminat Honda dan ia pernah menjadi model handalan jenama itu satu ketika dulu.

Juga baca: Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand!

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 04

Mengulas trenkuasa, enjin Honda CL500 ini bukanlah baru namun diambil daripada model Honda CMX 500 Rebel iaitu enjin bersesaran 471 cc, 2 Silinder Parallel twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual yang lengkap sistem 'Assist & Slipper'.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 05

Begitupun, Honda melakukan talaan berbeza  terhadap trenkuasa CL500 dengan mengemaskini tetapan suntikan bahan api serta penggunaan ‘final drive’ yang lebih pendek supaya memperoleh daya pecutan lebih mantap berbanding Rebel.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 06

Angka kuasa yang diumumkan adalah 45.9 Hp dan tork  43.4 Nm.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 07

Di bahagian suspensi, Honda CL500 ini menggunakan fork jenis terbalik 41 mm bersama jarak 'travel' 140 mm (depan) dengan penyerap hentak berkembar dengan ciri pelarasan preload (belakang).

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 08

Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 310 mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal bersaiz 240 mm dengan kaliper 1 piston (belakang) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Set roda pula adalah bersaiz 110/80-R19 (depan) dan 150/70-R17 (belakang).

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 09

Bahagian kokpit dilengkapi panel meter LCD berbentuk bulat yang memaparkan pelbagai informasi termasuk kedudukan gear, indikator bahan bakar dan pelbagai lagi.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 10

Informasi penting lain untuk motosikal ini adalah seperti tangki bahan api sebesar 12 liter, ketinggian pelana 790 mm dengan dengan berat 'kerb' 192 kg.

Honda CL500 (2023) buat kemunculan di Itali, gaya retro-moden-klasik, pelancaran 2023! 11

Menurut media Eropah, Honda CL500 ini akan mula tiba di bilik pameran pada musim bunga tahun depan. Jadi tiada tanda harga diumumkan setakat ini.

Juga baca: Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda