Honda CR-V – laku keras di Thailand pada Januari 2021, tapau SUV Mazda dan Subaru

Zamil Syaheer · Mar 22, 2021 02:00 PM

Honda CR-V – laku keras di Thailand pada Januari 2021, tapau SUV Mazda dan Subaru 01

Tahun 2020 berakhir dengan amat baik untuk MG HS, merebut gelaran SUV segmen C terlaris Thailand jauh kehadapan daripada Honda CR-V. Namun begitu, CR-V mengambil semula takhta No. 1 pada bulan Januari 2021.

Honda CR-V – laku keras di Thailand pada Januari 2021, tapau SUV Mazda dan Subaru 02

Sumber daripada Headlight Mag.

Tetapi hanya sipi-sipi sahaja, dengan jurang 20 unit diantara CR-V dan MG HS. Honda berjaya menjual 458 unit CR-V pada bulan Januari, manakala MG HS sedikit dibelakang dengan 438 unit.

Ini memberikan CR-V bahagian pasaran sebanyak 30%, sementara itu HS pula memegang 28.7%.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Honda CR-V – laku keras di Thailand pada Januari 2021, tapau SUV Mazda dan Subaru 01

Tahun lepas, CR-V memotong HS dari segi penjualan selama 4 bulan berturut-turut daripada Ogos sehingga November. Mungkinkah tahun 2021 bakal menjadi milik Honda untuk juara SUV segmen C di Thailand?

Juga baca: Honda CR-V 2020: Mampukah ia mengungguli Proton X70?

Pada 2019, CR-V mendominasi pasaran SUV segmen C dengan terjualnya 10,993 unit, 50% bahagian pasaran.

Honda CR-V – laku keras di Thailand pada Januari 2021, tapau SUV Mazda dan Subaru 02

Tetapi, pertarungan diantara Honda dan MG mungkin akan terganggu oleh pencabar baru daripada Great Wall Motors Thailand (GWM) dengan model Haval H6 Hybrid pada Pameran Motor Bangkok 2021 akan datang. Pengeluaran untuk SUV baru akan bermula tidak lama dengan penghantaran seawal bulan Jun.

Juga baca: Haval H6 2021 – SUV no.1 di China sudah jejak Thailand, Malaysia seterusnya?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Honda CR-V 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru