Honda CR-V 2023 serba baharu dilancarkan di Thailand, kini dengan 185 PS, 335 Nm e:HEV hibrid
Zamil Syaheer Β· Mar 20, 2023 03:00 PM
0
0
Hanya beberapa bulan selepas Honda CR-V 2023 serba baharu dikesan di Thailand, kini Honda baru sahaja mendedahkan SUV segmen C baharu di negara gajah perang.
Varian 1.5 liter pengecas turbo diberi nama kod RY, manakala varian hibrid mendapat nama kod RS.
Berbanding model generasi sebelumnya, harga permulaan telah meningkat kira-kira 4.4 peratus. Satu penjelasan mengenai kenaikan harga kereta berspesifikasi Thai itu ialah pemberhentian enjin 2.4 liter aspirasi semula jadi, digantikan dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo yang lebih canggih (dan lebih mahal). Penawaran enjin 2.4 liter aspirasi natural dan 1.6 liter turbodiesel telah dihentikan.
Enjin pertama adalah jenis petrol 1.5 liter 4-silinder pengecas turbo menghasilkan 192 PS dan 240 Nm, dipadankan dengan automatik jenis CVT. Walaupun enjin ini sudah biasa bagi kita di Malaysia, ini adalah kali pertama enjin ini dipasang pada CR-V berspesifikasi Thai.
Enjin kedua pula adalah jenis 2.0 liter dua motor i-MMD hibrid penuh Honda. Output sistem gabungan untuk enjin hibrid petrol-elektrik baharu ialah 185 PS dan 335 Nm.
Kelengkapan standard untuk Honda CR-V 2023 serba baharu spesifikasi Thai termasuk lampu hadapan LED penuh, lampu kabus hadapan LED, lampu isyarat LED, kemasukan tanpa kunci dengan butang push start, kawalan iklim automatik dwi-zon, cermin pandangan belakang pemalapan automatik, tempat duduk hadapan boleh laras berkuasa, sistem infotainment 9 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, dan sistem bunyi 8 pembesar suara.
CR-V 2.0 e:HEV RS berspesifikasi tinggi menambah lebih banyak kelengkapan seperti Active Cornering Lights (ACL), paparan heads-up, lampu kabus belakang, roda aloi 19 inci, kad Honda Smart Key, sistem bunyi Bose 12 pembesar suara, dan Adaptive Driving Beam (ADB).
Peralatan keselamatan untuk semua varian Honda CR-V 2023 termasuk Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW), Automatic High Beam (AHB), Adaptive Cruise Control with Low-speed Follow (ACC dengan LSF), dan Lead Car Departure Notification (LCDN). Kiraan beg udara untuk semua varian kini ialah 8, kerana CR-V serba baharu kini menambah dua beg udara di bahagian lutut.
Di Malaysia, Honda CR-V 2023 serba baharu bakal dilancarkan oleh Honda Malaysia hujung tahun ini. Ia dijangka menjadi salah satu daripada empat model pelancaran yang disediakan oleh HMSB untuk rakyat Malaysia, dengan 3 model lain iaitu Honda WR-V, Honda Cityfacelift, dan Honda Civic Type R FL5.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.