window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in?

Faisal Β· Dec 5, 2022 02:00 PM

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in? 01

Setelah setahun Honda menghentikan pengeluaran model EV sel bahan api hidrogen (FCEV) iaitu FCX Clarity, Amerikan Honda Motor kini mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan model FCEV baharu yang berasaskan Honda CR-V 2023.

Produksinya akan bermula pada tahun 2024 di Performance Manufacturing Center (PMC) yang terletak di Ohio, iaitu kilang sama yang menghasilkan Honda NSX (unit terakhir dikeluarkan pada 16 November 2022). Bagi anda yang belum tahu, PMC Ohio meletakkan fokus pada kereta istimewa yang bervolum rendah.

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in? 02

Honda FCX Clarity dihentikan pada tahun 2021. Varian PHEV yang tidak menggunakan hidrogen pun ada.

Menariknya, FCEV yang Honda maksudkan ini berfungsi sama macam EV. Menurut Honda, model yang berasaskan CR-V ini akan menggabungkan teknologi FCEV bersama dengan pengecasan plug-in, sekaligus membolehkan ia diguna macam EV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teori, pemandu boleh mengisi hidrogen dalam masa beberapa minit sahaja. Kalau EV, pengecasan pantas DC pun mengambil masa 30 minit. Itu belum lagi kalau kena beratur. Di tempat yang tiada infrastruktur untuk mengisi hidrogen, Honda yang sedang dibangunkan ini kiranya boleh dicas macam EV.

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in? 01

Pusat mengisi Honda Smart Hydrogen Station yang cukup kompak.

Teknologi ini agak lain daripada FCEV konvensional yang mana walaupun sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya, ia tidak boleh dicas menggunakan soket kuasa. Memandangkan FCEV menjana kuasa dengan cara menggunakan timbunan sel bahan api bagi menggabungkan hidrogen dari tangki dengan oksigen dari udara untuk menjana elektrik, bateri besar kiranya tidak diperlukan.

Sebaliknya, ia hanya perlu bateri kecil macam kereta hibrid untuk mengisi tenaga yang terhasil dari melahu atau brek. Untuk makluman anda, FCEV macam Toyota Mirai hanya menggunakan bateri kecil 1 kWj.

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in? 02

Satu-satunya gambar CR-V FCEV yang Honda telah dedahkan.

Persoalannya, seberapa beratkah FCEV Honda yang baru ini? Kalau diikutkan, kereta itu bukan setakat perlu bawa tangka hidrogen, malah pek bateri EV yang disebutkan pun sekurang-kurangnya dah 300 kg – 500 kg. Kalau bateri itu ringan, jarak pandu EVnya semestinya akan rendah iaitu bawah 50 km macam PHEV. Jadi dengan tangki hidrogen dan bateri besar yang memakan ruang, adakah ruang di dalam akan cukup untuk memanggilnya sebagai SUV praktikal?

Apapun, model yang terhad ini mungkin hanya untuk sewa, bukannya jual.

Honda CR-V berkuasa hidrogen dengan gabungan pengecas EV disahkan untuk 2024, FCEV plug-in? 03

Menurut Honda, kenderaan berpelepasan sifar ini akan menyumbang dalam matlamat mereka untuk menjadikan EV dan FCEV sebagai peneraju pasaran dalam jualan automotif global menjelang tahun 2040.

Juga baca2023 Honda CR-V generasi baharu didedah - 1.5 Turbo dan 2.0 Hybrid, dilengkapi 10 beg udara!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia