
Sewaktu pameran Auto China 2020 berlangsung, Honda merasmikan Honda CR-V Sport Hybrid e+. Model ini merupakan kenderaan Honda pertama di China yang menggunakan tren kuasa plug-in hybrid (PHEV).

Penjualan akan berlangsung pada Januari 2021. Untuk maklumat anda, Honda CR-V Sport Hybrid e+ dikuasai oleh sistem i-MMD dengan dua motor yang dikatakan memberi pengalaman memandu seperti sebuah kenderaan elektrik.
![Honda CR-V PHEV dirasmikan: Tren kuasa i-MMD dengan 184 PS 01]()
Ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik. Tren kuasa ini mempunya 184 PS dan berupaya mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 4.9 liter/100 km.
![Honda CR-V PHEV dirasmikan: Tren kuasa i-MMD dengan 184 PS 02]()
Untuk pasaran China, Honda CR-V Sport Hybrid e+ didatangkan dengan enam varian yang bermula daripada CNY 209,800.
![Honda CR-V PHEV dirasmikan: Tren kuasa i-MMD dengan 184 PS 03]()
Pulang ke tanah air, Honda Malaysia telah membuat pra-tonton pada Honda City RS 2020 yang turut didatangkan dengan tren kuasa i-MMD dan kami telah memandunya secara ringkas. Adakah anda menjangkakan pelancaran Honda CR-V Sport Hybrid e+ di pasaran kita?
Komen