window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'?

Faisal ยท Jan 18, 2021 08:00 PM

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 01

Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2011, Honda CR-Z telah mendapat sambutan yang cukup hangat. Kereta sport ini mempunyai penampilan yang unik dimana ia dihasilkan untuk mengembalikan semangat yang dimiliki oleh legenda Honda yang cukup terkenal di era 90-an.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 02

Disebabkan oleh perubahan teknologi yang pesat ketika ia dibangunkan, Honda bercadang untuk menggunakan tren kuasa hibrid 1.5L IMA dengan transmisi CVT. Maka itu, ia dianggap sebagai kereta sport pertama di dunia yang menggunakan enjin hibrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 01

Untuk pengalaman pemanduan yang lebih seronok, ia turut hadir dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan. 

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 02

Ditambah pula dengan kebolehpercayaan jenama Jepun yang sinonim dengan sifat praktikal dan jangka hayat yang lama, Honda CR-Z telah terjual dengan cukup laris walaupun ia hanya berada di pasaran Malaysia selama 3 tahun sahaja.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 03

Dengan harga kini yang serendah RM 43k, adakah kereta sport Honda ini berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 04

G Tuned Motorsport

Sebagai kereta buatan Jepun, Honda CR-Z mempunyai jangka hayat yang baik. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu. Kami telah merujuk G Tuned Motorsport di Petaling Jaya untuk mengetahui isu umum mengenai Honda CR-Z.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 05

Imej: CR-Zforum

Antara masalah yang sering dialami oleh pemilik ialah pada sistem Electric Power Steering (EPS) dimana stereng boleh terasa berat ataupun berbunyi. Untuk alat ganti original, anggaran kos untuk menggantikan komponen ini adalah sekitar RM 5,500. Sebagai alternatif, anda juga boleh guna alat ganti terpakai yang masih berfungsi dengan baik dimana kosnya hanyalah sekitar RM 1,500 sahaja.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 06

Imej: CR-Zforum

Honda CR-Z juga terkenal dengan isu kegagalan kipas penyejuk untuk bateri hibrid. Kos untuk menukar komponen ini berada dalam lingkungan RM 500 โ€“ RM 700.

Pada masa yang sama, beberapa pemilik Honda CR-Z berhadapan dengan isu pada inverter dimana fungsi hibrid boleh terhenti. Malah ia boleh mematikan enjin secara tiba-tiba. Anggaran kos untuk menukar inverter ini berada dalam lingkungan RM 3,000 - RM 7,000 (bergantung pada alat ganti terpakai ataupun baru).

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 07

Imej: Tee & Tee Auto

Walaupun bateri hibrid Honda jarang bermasalah, ia perlu ditukar apabila jangka hayatnya sudah tamat. Kos untuk menukar ke bateri yang baru adalah sekitar RM 5,500 - RM 6,500. Walaupun dengan beberapa isu pada komponen sistem hibrid, jangka hayat keseluruhan buat Honda CR-Z masih dianggap baik.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 08

Seperti kereta lain, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai kereta buatan Jepun, kos servis dan penyelenggaraannya cukup rendah. Mengenai enjin hibrid, pemilik digalakkan guna minyak pelincir jenis sintetik penuh 0W-20 kerana ia boleh mengawal suhu sistem hibrid dengan lebih baik.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 09

KC Auto Workshop

Untuk varian yang menggunakan transmisi manual 6 kelajuan, kos penukaran klac yang haus untuk satu set berada dalam lingkungan RM 2,500 โ€“ RM 3,000.

Model tahun manakah paling baik?

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 10

Secara keseluruhan, Honda CR-Z facelift yang dikeluarkan dari tahun 2013 sehingga 2014 agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen. Hal ini lebih ketara buat kereta sport seperti Honda CR-Z kerana kebanyakannya telah diubah suai.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 11

Untuk model facelift, Honda CR-Z hadir dengan lampu depan jenis HID serta kuasa gabungan sehingga 136 PS dan 190 Nm tork (meningkat daripada 124 PS dan 174 Nm tork).

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 12

Pada masa yang sama, Honda CR-Z facelift hadir dengan Plus Sport System dimana ia mempunyai butang S+ di stereng. Sistem ini boleh diaktifkan apabila cas bateri mempunyai sekurang-kurangnya 4 bar.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 13

Sistem ini dikatakan memberi pecutan seperti enjin 3.0L V6 aspirasi natural.

Tinjauan pasaran terpakai

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 14

Berdasarkan pasaran terkini, Honda CR-Z facelift tahun 2013 dengan transmisi CVT boleh dibeli dengan harga serendah RM 43,000.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 15

Untuk anda yang berminat dengan transmisi manual 6 kelajuan pula, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM 52,000.

Model Harga Baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
Facelift CVT (2013) RM 119,000 ~RM 43,000 ~8%
Facelift manual (2013) RM 123,000 ~RM 52,000 ~7.2%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 16

Team Honda CR-Z Malaysia

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 17

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji-pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli 'second hand'? 18

Walaupun produksinya sudah dihentikan, Honda CR-Z terpakai cukup sesuai untuk anda yang mahukan pemanduan yang seronok. Reka bentuknya yang cukup unik pula mampu menyerlahkan anda di khalayak ramai. Ditambah dengan buatan Jepun yang mempunyai jangka hayat yang baik, Honda CR-Z adalah antara kereta sport yang paling berbaloi untuk dibeli sekarang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda