window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'!

Khairil ยท Nov 25, 2022 09:00 AM

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 01

Tidak seperti di Malaysia, penawaran motosikal dan skuter di Eropah disertai model bersesaran 125 cc (pengkelasan lesen A2) dan antara penawaran terbaharu dalam kelas itu adalah Honda Forza 125 (2023).

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 02

Di pasaran tempatan, pihak Boon Siew Honda (BSH) tidak mempunyai penawaran untuk skuter bersesaran 125 cc seperti Honda Forza 125 namun skuter dengan enjin bersesaran paling kecil di pasaran adalah Honda Beat (110 cc).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k!

Dan penawaran untuk Forza di Malaysia adalah bersesaran 250 cc namun ia masih belum mendapat kemas kini terbaharu sekalipun di pasaran utama global, Indonesia.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 01

Kembali kepada Honda Forza 125 (2023), sebagai permulaan, sekalipun rekaannya secara sekilas pandang tidak mengalami perubahan yang begitu ketara, ia sebenarnya agak komprehensif.

Ia mengikuti perubahan terhadap model 'abangnya' Honda Forza 350 (2022) yang sudah pun tiba di Thailand, bulan lalu menerusi rekaan lampu depan yang kini datang dengan rekaan terpisah. Selain itu, bahagian panel sisi turut mengalami perubahan namun secara asasnya, ia kekal moden dan futuristik.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 02

Sekalipun disasarkan untuk penunggang baharu dengan kelas lesen paling rendah, Honda Forza 125 (2023) tampil dengan ciri yang boleh dikatakan agak premium.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 03

Seperti Honda Forza 350, ciri-ciri yang dipadankan kepada Forza 125 (2023) antaranya adalah visor angin boleh laras elektrik, HSTC (Honda Selectable Torque System) dan Sistem Kunci Pintar, ciri yang tidak dimiki ramai pencabar dalam segmen sama.

Sistem lampu juga menggunakan LED penuh dengan lampu signal disepadukan dengan cermin sisi.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 04

Ciri lain adalah seperti pengecas USB Type C, sistem, Emergency Stop Signal (ESS) dan panel meter gabungan analog dan digital yang nampak kurang canggih. Dan kerana itu, ia masih tidak memiliki ciri mewah sambungan ke telefon pintar.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 05

Selain di bahagian kluster meter, satu lagi kekurangan Honda Forza 125 (2023) adalah beratnya iaitu 164 kg.

Angka itu cukup tinggi jika dibandingkan dengan adiknya Honda Vario 125 (pasaran Indonesia) iaitu 112 kg berikutan genrenya sebagai skuter maxi dan platformnya diambil daripada Forza 350.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 06

Tetapi antara kelebihan sebagai skuter maxi adalah ia memiliki kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu 11.7 liter dan ruang simpanan bawah pelana yang besar.

Juga baca: Honda Forza 250 kini di Malaysia, tiga pilihan warna, harga RM 25.3k

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 07

Mengulas spesifikasi trenkuasa, skuter ini dipadankan dengan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi yang dgandingkan dengan transmisi Automatik CVT V-belt.

Kuasa yang dihamburkan adalah pasa angka 14.3 Hp pada 8,750 rpm dan tork 12,5 Nm pada 6,500 rpm.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 08

Beralih ke bahagian suspensi, ia menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak berkembar (belakang) bersama brek cakera depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Set roda pula ialah 120/70-R15 (depan) dan 140/70-R14 (belakang).

Sejak diperkenalkan, Honda Forza 125 menurut Honda sudah terjual lebih daripada 98k unit dan menjadi salah satu model terlaris di benua berkenaan.

Honda Forza 125 (2023) debut di Eropah, rekaan dikemaskini, skuter aras mula tapi ciri 'boleh tahan'! 09

Sebagai penutup, Honda Motor Eropah belum mengumumkan harga rasmi bagi Forza 125 (2023) tetapi ia dijadualkan memasuki pasaran pada depan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda