window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k!

Khairil · Sep 16, 2021 03:00 PM

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 01

Skuter Maxi yang dikatakan antara paling 'laku keras' di pasaran Thailand, Honda Forza 350 mendapat kemaskini baharu bagi versi 2021 di negara berkenaan. 

Bagi meningkatkan daya tarik skuter berkenaan, ia kini dilengkapi dengan sistem canggih iaitu HSVCs (Honda Smartphone Voice Control System). Kehadiran teknologi berkenaan dikatakan cukup dinanti-nantikan terutama buat pengguna generasi baharu.

Juga baca: Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 01

Dengan HSVCs, pemilik Honda Forza 350 2021 kini boleh menjawab panggilan telefon, membuat panggilan, mengaktifkan navigasi, mendengar muzik tanpa melepaskan tangan daripada pendikit. Ini bermakna penunggang dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada jalan raya.

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 02

Antara perubahan lain untuk skuter yang hadir dengan rekaan menarik ini adalah penggunaan panel meter baharu yang lebih premium serta lengkap dengan informasi bersama sambungan Bluetooth. 

Sistem canggih lain yang dipadankan kepada motosikal ini adalah seperti HSTC (Honda Selectable Torque Control), Sistem Kawalan Stabiliti.

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 03

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti visor boleh laras secara elektrik, Sistem Lampu Kecemasan (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan dan belakang, Honda Smart Key System dan soket pengecas USB.

Juga baca: Honda Motor Thailand sumbang 15 skuter Honda PCX Electric bagi kegunaan polis Phuket!

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 04

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa kepada Honda Forza 350 2021 dengan ia masing dipadankan dengan enjin eSP+ bersesaran 330 cc, 4 Injap, Suntikan Bahan Api PGM-FI, Penyejuk Cecair dan digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah 27.8 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 27.2 Nm pada 5,750 rpm.

Apa yang menarik, skuter ini didakwa Honda seronok untuk ditunggang dengan penggunaan minyak yang menjimatkan.

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 05

Honda Forza 350 Roadsync Type 2021 - Gray Black

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 06

Honda Forza 350 Roadsync Type 2021 - Black 

Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut:

Honda Forza 350 Roadsync Type 2021 ( HSVCs) - 177,500 baht (RM 22,424)

  • Pilihan warna - Gray Black, Black

Honda Forza 350 Standard 2021 - 175,500 baht (RM 22,173)

  • Pilihan warna - Blue Black, Red Black, Gray Black, Black

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 07

Honda Forza 350 Standard 2021 - Blue Black

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 08

Honda Forza 350 Standard 2021 - Gray Black

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 09

Honda Forza 350 Standard 2021 - Red Black

Honda Forza 350 2021 jengah pasaran Thailand, ada sistem kawalan suara, harga bermula RM 22k! 10

Honda Forza 350 Standard 2021 - Black

Berpandukan pasaran di Thailand, Honda Forza 350 ini disasarkan kepada pengguna muda dan ia sememangnya sesuai untuk penggunaan harian mahupun kepada yang ingin mengharungi perjalanan panjang bersama rakan.

Di Malaysia, Boon Siew Honda baru saja melancarkan Honda Forza 250 pada Mac lalu dengan penawaran harga RM RM 25,388.

Juga baca: Honda Forza 250 kini di Malaysia, tiga pilihan warna, harga RM 25,388

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda