window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun

Haris Ā· Jun 6, 2022 04:00 PM

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 01

Pembeli di Jepun mempunyai citarasa yang berbeza apabila melihat kepada trend pembelian kenderaan di sana. Oleh itu, jangan terkejut jika model-model yang dilihat cantik tidak menduduki carta jualan tertinggi, sebaliknya rekaan yang praktikal lebih menjadi idaman.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 02

Menariknya, setahun selepas Honda HR-V generasi ketiga (Honda Vezel di Jepun) dilancarkan di pasaran, penasihat jualan Honda kini merasakan bahawa model baharu tersebut agak sukar disyorkan. Mengapa boleh jadi begini sedangkan baru sahaja setahun lepas ia dilaporkan mempunyai tempoh menunggu yang mencecah setahun?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pilihan varian, perincian dan aksesori tak banyak

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 01

Honda HR-V generasi ketiga ini hadir dengan 4 varian di Jepun iaitu varian 1.5 G, e:HEV X, e:HEV Z dan e:HEV Play. Hanya enjin NA dan hybrid e:HEV sahaja yang ditawarkan, di mana enjin turbocaj tersedia untuk beberapa pasaran ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Baca: Gambaran dekat: Honda HR-V RS 2022 yang berkuasa enjin VTEC Turbo, pertama di dunia!

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 02

Namun begitu, tempahan untuk varian e:HEV Play yang teratas kini dihentikan buat sementara waktu. Hal ini berkait rapat dengan masalah gangguan bekalan cip semikonduktor serta barisan pengeluaran yang lebih kompleks kerana ia mempunyai ciri unik bumbung suria panoramik dan warna badan 2 tona.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 03

Hal ini ditambah pula dengan varian e:HEV X dan e:HEV Z yang tidak jauh berbeza dari segi ciri keselamatan, pilihan bahan kabin dan warna badan satu tona. Varian bawah pula G menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi semulajadi bukan hibrid justeru ia mempunyai pelanggan yang berbeza.

Oleh itu, agak sukar untuk menawarkan nilai tambah kepada pengguna jika dilihat dari sudut pembelian yang berbaloi.

Honda Freed dan N-Box pula jadi pilihan

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 04

Sebelum ini, tinjauan mendapati bahawa pembeli prospek Honda Freed, N-Box dan Jazz (menggunakan nama Honda Fit, generasi keempat, tidak dijual di sini) sedang berkira-kira untuk melihat Honda HR-V dengan lebih dekat sebelum membuat pembelian.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 05

Honda Jazz juga ada hadir dengan modifikasi praktikal

Mengapakah pembeli membandingkan SUV dengan hatchback, MPV dan kei-car? Kerana tingkah laku pembelian kenderaan kini sudah berubah. Fungsi dan kemudahan umum bagi penggunaan model crossover / SUV dilihat saling berkongsi dengan hatchback, kei-car dan MPV justeru menyebabkan pengguna tidak lagi mengehadkan pembelian mengikut gaya badan.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 06

Apa yang HR-V boleh buat, Freed pun boleh

Selain itu, Jepun menjual varian 5 penumpang bagi Honda Freed, yang dikenali sebagai Freed+. Varian pula sampai 11 varian. Honda Jazz pun cecah 15 varian. Segmen pembeli ini juga merupakan prospek kepada Honda HR-V.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 07

Antara kereta kei terlaris Jepun

Honda Jazz adalah model terlaris ke-4 manakala Freed berada di tempat ke-7 di Jepun pada tahun 2020. Untuk tahun 2021, Honda Freed masih di 10 tangga teratas dalam kelasnya.

Untuk Honda N-Box pula, ia dilihat sebagai kenderaan serba guna dan mampu memenuhi citarasa pembeli umum justeru ia merupakan model yang paling digemari oleh penasihat jualan Honda Jepun.

Baca: Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit!

Kesimpulan

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 08

Bagi kebanyakan pembeli di Jepun, Honda HR-V serba baharu berada dalam julat kemampuan mereka dan mampu melakukan perkara yang sama seperti Jazz dan Freed+, justeru ia tampil mempengaruhi pembeli pada awalnya.

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 09

Seorang penasihat jualan Honda memberitahu penerbitan Jepun, "Sejak Vezel (HR-V) mula-mula muncul pada 2013, ramai pelanggan telah tertarik dengan ruang dalaman dan bagasinya yang luas. Jadi apabila Vezel baharu dilancarkan, ramai yang berminat. Tidak kira dalam segmen jenis badan kereta yang mereka beli-belah, pelanggan mahu melihat kenderaan sebenar."

Honda Freed dan N-Box lebih mudah dijual berbanding Honda HR-V - 'salesman' Honda Jepun 10

Walaubagaimanapun, selepas melihat kesukaran untuk mendapatkan varian teratas di samping ruang pada Honda HR-V serba baharu ini yang lebih premium berbanding praktikal, akhirnya model praktikal yang lebih mudah disyorkan kepada pembeli. - Autofun.id

Baca: Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda