window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru

Mersita Β· Oct 17, 2022 12:00 PM

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 01

Masih ingat akan Honda Freed? Model generasi sekarang bukannya sekadar Jazz panjang dengan pintu β€˜sliding’ – Honda Japan mengumumkan yang ia adalah minivan paling laris di negara itu pada separuh pertama 2022!

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 02

Freed Black Style ditunjukkan

Tempoh separuh pertama tahunan di Jepun direkodkan bermula dari April hingga September dan sepanjang tempoh enam bulan itu, Honda telah berjaya menjual sebanyak 37,475 unit Freed.

Minivan kompak ini dipertingkatkan sedikit pada Jun; menampilkan kelengkapan standard baharu termasuklah tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas, seiring dengan varian Black Style baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 01

Freed generasi kedua pada mulanya diperkenalkan di Jepun pada 2016. Walaupun sudah berusia, ia masih menyumbang kepada jualan Honda Japan yang sebahagian besarnya terdiri daripada kereta kei seperti N-Box. Di samping itu, N-Box merupakan kereta kei paling laris di Jepun pada separuh pertama 2022 yang juga dijangka boleh memenuhi permintaan orang ramai dalam pasaran kereta recond di Malaysia.

Juga baca: Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama!

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 02

Menurut data jualan Japan Automobile Dealers Association (JADA), kereta paling laris di Jepun pada separuh pertama 2022 adalah Toyota Yaris (yang menggunakan TNGA, bukannya yang dijual di sini) dimana 84,251 unit terjual. Angka ini juga termasuk jualan Yaris Cross.

Juga baca: Jualan Honda Jazz di Jepun dipotong kereta kei N-BOX, punca merosot sebab Toyota Yaris?

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 03

Secara keseluruhan, Freed ialah kereta ke-5 paling laris yang dijual secara rasmi di Jepun berdasarkan data JADA. Di samping itu, pesaing paling ketatnya iaitu Toyota Sienta berada di tempat ke-13 dengan 25,381 unit terjual – hampir 1.5 kali lebih rendah berbanding angka jualan Freed.

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 04

Apa-apa pun, Sienta baru saja dikeluarkan dalam generasi baharu yang dilancarkan pada Ogos lalu. Berdasarkan data jualan JADA pada September, inilah minivan Toyota yang mengalahkan Honda. 7,785 unit Sienta serba baru berjaya terjual berbanding 7,763 unit Freed – membuktikan saingan sengit masih ada untuk kedua-dua model ini.

Juga baca: 2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang!

Honda Freed dinobat minivan No.1 Jepun pada H1 2022, Toyota Sienta perkenal model baru 05

Bolehkah Honda Freed mengekalkan posisinya di hadapan Toyota Sienta sepanjang baki tahun ini, ataupun adakah Sienta bakal mencantas Freed nanti? Freed juga berkemungkinan untuk digantikan nanti memandangkan generasi terkini sudah berada di pasaran sejak 6 tahun lalu.

Ya, mungkin kita tak akan dapat generasi baru Sienta. Tapi, jika anda berminat untuk dapatkan Sienta generasi pertama, pautan di bawah ialah panduan kami untuk anda.

Juga baca: Panduan: Honda Freed terpakai dari RM 50k, lebih baik dari Alza?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda