Untuk maklumat anda, pelanggan di Jepun lebih tertarik dengan varian lebih atas yang mana ia hadir dengan enjin hibrid e:HEV. Berdasarkan tempahan yang diterima, 81% daripadanya adalah berpacuan roda depan. 19% yang selebihnya pula berspesifikasi pacuan semua roda.
Menariknya, varian teratas iaitu Play bukanlah kegemaran rakyat Jepun. 76% daripada pembeli sebenarnya menempah varian Z, iaitu satu spesifikasi yang lebih rendah.
Varian ini datang dengan ciri SUV keluarga yang cukup lengkap. Antaranya seperti Honda Sensing, but belakang berkuasa, kerusi kulit, dan roda 18 inci.
Untuk pengetahuan anda, varian Play menambahkan ciri seperti bumbung berwarna hitam, cermin bumbung panoramik, sistem infotainment Honda Connect, pengecas tanpa wayar, dan interior dwi-tona.
Pilihan warna badan yang paling digemari pula ialah Platinum White Pearl, diikuti dengan Crystal Black Pearl.
Di Jepun, Honda HR-V 2021 hadir dengan pilihan enjin petrol 1.5L NA 4 silinder (118 PS, 142 Nm tork) dan enjin 1.5L hibrid e:HEV (131 PS, 253 Nm tork).
Di sana, harga Honda HR-V yang baru ini bermula dari JPY 2,279,200 – JPY 3,298,900 (RM 86k – RM 125k). Kalau anda nak tahu, julat harga ini lebih mahal daripada HR-V yang terdahulu.
Buat masa ini, Honda HR-V baru sudahpun dikesan sekitar Thailand tetapi belum ada kepastian samada ia akan masuk ke Malaysia atau diganti dengan Honda WR-V yang berharga lebih rendah.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.