Dengan kehangatan perasmianHonda HR-V 2021 serba baru pada minggu lepas, pelbagai pendapat telah dihujah di ruang komen WapCar - BM. Rupa paras sememangnya sesuatu yang subjektif. Tetapi yang pastinya, penampilannya nampak jauh lebih besar. Betul ke?
Menurut laporan dari media Jepun, ia hanyalah ilusi permainan mata. Tetapi bagaimana mereka melakukannya?
Encik Kojiro Okabe, ketua pembangunan Honda HR-V 2021. (Kredit: Car Watch)
Berdasarkan temu ramah dengan pengurus pembangunan R&D, Honda HR-V baharu direka khusus untuk semua, tidak mengira peringkat umur.
Untuk maklumat anda, Honda HR-V baharu memperagakan elemen futuristik dan profil yang kompak. Pada masa yang sama, SUV segmen B ini juga mengutamakan unsur keselesaan untuk 4 orang dewasa.
Untuk itu, rupa paras yang diperlihatkan kali ini berkait rapat dengan kedua-dua aspek tersebut.
Walaupun sebarang dimensi belum dikeluarkan oleh Honda, perkataan “kompak” sebenarnya banyak kali diketengahkan ketika wawancara tersebut. Dengan itu, kami yakin bahawa dimensi buat Honda HR-V baru tidak akan terlalu berbeza dengan model sebelum ini.
Kabin Honda HR-V yang luar biasa praktikal
Apapun, Honda HR-V yang kita kenal selama ini sudah cukup mengagumkan dari segi praktikaliti. Nampaknya, Honda HR-V baru akan kekal dengan kekuatan ini.
Ciri bumbung suria panorama mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia
Secara global, Honda HR-V 2021 akan mula dijual di Jepun (Honda Vezel) bermula April ini. Perincian lanjut akan diumum sebaik sahaja penjualannya bermula. Di Malaysia, Honda HR-V serba baru dijangka tiba pada tahun 2022.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen