window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo!

Faisal · Jan 31, 2022 09:00 AM

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 01

Model di pasaran Thailand.
  • Honda HR-V 2022 bakal dilancar ke Malaysia dalam separuh ke-2 2022
  • Pengedar diperlihatkan varian hibrid 1.5 e:HEV RS, VTEC Turbo tidak mustahil
  • Harga akan kompetitif dengan Toyota Corolla Cross

Honda HR-V generasi sedia ada telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2015. Pada tahun 2019 pula, ia beransur dengan model facelift. Tetapi dengan adanya Toyota Corolla Cross, Honda HR-V yang ada di pasaran kita sudah tidak mampu berlawan dengan crossover baharu itu.

Dalam rantau kita sendiri, Thailand dan Singapura telahpun melancarkan Honda HR-V serba baharu. Giliran yang seterusnya pula adalah Indonesia, diikuti dengan Malaysia.

Juga bacaSpyshot: Honda HR-V generasi baru dengan enjin VTEC turbocaj diintip di Indonesia, bakal ke sini?

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 02

Model di pasaran Thailand. Varian RS tampil dengan gril hitam unik. 

Menariknya, sumber yang boleh dipercayai baru sahaja mengesahkan bahawa Honda HR-V serba baharu akan dilancarkan ke Malaysia ‘tidak lama lagi’. Tidak cukup dengan itu, pengedar tersebut sudahkan diberi prebiu awal berkenaan Honda HR-V baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengedar Honda tersebut mengulas kepada Wapcar.my, “Produk yang hebat. Berbanding Toyota Corolla Cross, HR-V yang baru ini pasti lebih laris. Kami cuma berharap agar bekalannya mencukupi kerana inilah masalah terbesar kami pada tahun lepas.”

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 01

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan anggaran harga untuk Honda HR-V 2022 masih belum didedahkan tetapi prebiu tersebut memperlihatkan varian RS e:HEV. Jadi, hampir pasti bahawa varian ini akan tiba di pasaran Malaysia.

Juga bacaPanduan: Honda HR-V terpakai serendah RM 60k, SUV keluarga yang masih mantap?

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 02

Honda HR-V 2022 – 3 enjin, 1.5 VTEC Turbo tidak mustahil

Untuk Malaysia, Honda HR-V 2022 CKD akan ikut spesifikasi Thailand tetapi sumber kami memberitahu bahawa pilihan trenkuasa untuk pasaran kita nanti akan datang dengan varian lain bagi menyesuaikan dengan pelanggan kita yang lebih tradisional. Apapun, maklumat lanjut berkenaan hal ini masih belum dijelaskan.

Secara global, Honda HR-V 2022 buat masa sekarang hadir dengan pilihan enjin 1.5L i-VTEC dan 1.5L hibrid e:HEV.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 03

Honda e:NSI, HR-V elektrik sepenuhnya tetapi untuk pasaran China sahaja.

Spesifik untuk China pula, HR-V ditawarkan dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya iaitu e:NSI dan e:NPI.

Mengenai enjin 1.5L NA yang disebutkan, ia menghasilkan 118 PS dan 142 Nm tork. Berbanding enjin 1.8L (142 PS, 172 Nm) yang sedia ada, hembusan tenaga ini menyaksikan penurunan yang begitu ketara.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 04

Jadi, bagaimana hendak lawan dengan enjin 1.8L Dual VVT-i dari Toyota Corolla Cross?

Tetapi kalau varian pengenalan ini berharga cukup rendah, apa salahnya kan? Lagipun, struktur cukai kenderaan ‘lapuk’ yang negara kita gunakan masih berdasarkan kapasiti enjin. Kalau anda nak tahu, cukai eksais untuk varian 1.5L sebenarnya 5% lagi rendah daripada model 1.8L sekarang.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 05

Meningkat daripada penawaran enjin permulaan itu adalah trenkuasa lebih bagus iaitu enjin hibrid penuh 1.5L e:HEV dengan dua motor elektrik. Enjin berkitaran Atkinson ini menghembuskan 106 PS dan 127 Nm tork. Sistem e:HEV yang dilengkapkan pula menjana 131 PS dan 253 Nm tork.

Untuk pengetahuan anda, Honda tidak mendedahkan output gabungan untuk model e:HEV mereka dan anda tidak boleh campur kuasa enjin serta motor sekaligus kerana puncak tenaga mereka hadir pada putaran yang berbeza. Tetapi menurut mereka, pecutannya lebih kurang enjin 2.4L NA.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 06

Dalam masa yang sama, terdapat khabar angin yang cukup menyakinkan berkenaan pilihan enjin ketiga pada HR-V baharu iaitu 1.5L VTEC Turbo yang sama pada Civic, CR-V dan Accord. Menariknya, ia mungkin membuat debut global tidak lama lagi, sama ada di Malaysia atau Indonesia.

Apapun, jumlah kuasanya masih belum dapat dipastikan tetapi secara logiknya, Honda HR-V VTEC Turbo 2022 sepatutnya menerima talaan yang sederhana, iaitu yang mengutamakan kelancaran dan penjimatan minyak. Senang cerita, hembusan kuasanya dijangka kurang daripada Civic (182 PS, 240 Nm).

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 07

Anggaran harga untuk Malaysia

Selama ini, Honda HR-V 1.8L dijual pada harga RM 104,000 ke RM 118,581. Varian 1.5L Sport Hybrid pula ditawarkan pada RM 113,954.

Pesaing sengitnya, Toyota Corolla Cross hadir dengan harga RM 123,000 ke RM 129,000. Varian Hybrid pula dijual pada RM 136,550.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 08

Model di pasaran Thailand datang dengan infotainment berbeza dengan pasaran Jepun. Malaysia sepatutnya ikut jejak langkah yang sama.

Menariknya, sumber kami mengatakan bahawa harga Honda HR-V 2022 akan kompetitif dengan Toyota Corolla Cross. Varian hibrid juga tidak terkecuali. Dengan enjin permulaan yang lebih kecil, harga pengenalannya mungkin lebih rendah berbanding sekarang. Namun begitu, harga semikonduktor dan besi dunia telah naik.

Kami sendiri menganggarkan harga varian paling popular nanti (mungkin VTEC Turbo) berada dalam julat RM 125k – RM 135k.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 09

Honda Sensing pula pasti akan ditawarkan, sekurang-kurangnya untuk varian paling atas. Selain itu, Honda HR-V 2022 akan datang dengan electric parking brake (EPB) dan ini bermakna bahawa sistem kawalan pelayaran adaptifnya mempunyai kebolehan stop&go (Honda memanggilnya Low Speed Follow). Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Cross yang menggunakan sistem brek parkir mekanikal tidak dapat menghadirkan ciri sebegini.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 10

Bila tarikh pelancarannya?

Memandangkan bekalan peralatan Honda Malaysia sekarang masih tidak menentu (isu yang berlaku pada keseluruhan industri ini), pelancaran dalam separuh pertama 2022 tidak mustahil tetapi itupun agak optimistik.

Buat masa ini, Honda Malaysia mengutamakan kelancaran tempahan dan penyerahan hak milik Honda Civic FE 2022. Banjir yang berlaku di Shah Alam tempoh hari juga telah menjejaskan beberapa operasi pembekalnya.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 11

Tarikh pelancaran yang lebih realistik sepatutnya dalam separuh kedua 2022. Secara tidak langsungnya, Honda HR-V serba baharu tidak dapat memanfaatkan penawaran harga termasuk pengecualian cukai jualan SST kerana ia sudah melepasi luput yang kerajaan tetapkan, iaitu pada 30 Jun 2022.

Komen WapCar

Berbanding Toyota Corolla Cross, Honda HR-V 2022 adalah produk yang lebih istimewa. Ia juga nampak lebih mahal.

Walau bagaimanapun, saingan lambang T itu tidak boleh diambil mudah. Enjin 1.8L NA dan 1.8L hibrid yang ditawarkan betul-betul kena dengan crossover segmen ini.

Saiz badan, kapasiti enjin, output enjin dan harga yang ditawarkan juga sukar untuk dipertikaikan.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 12

Honda HR-V baharu pula akan membuatkan pembeli pilih antara enjin 1.5L i-VTEC dari Honda City (ramai pembeli akan rasa ia terlalu kecil untuk SUV saiz ini), atau bayar lebih untuk VTEC Turbo ataupun hibrid e:HEV. Untuk pembeli di kelas ini yang rata-ratanya agak konservatif, penawaran ini akan mencetuskan satu dilema.

Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo! 13

Namun demikian, sumber kami telahpun menjelaskan bahawa Honda Malaysia sebenarnya tidak kisah akan Toyota Corolla Cross kerana HR-V 2022 akan berharga sedang elok.

“Segala apa yang Corolla Cross tawarkan, Honda HR-V juga akan ada, malah lebih lagi.”

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda