Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya

Zamil Syaheer · Jul 16, 2022 08:00 PM

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 01

Honda HR-V 2022 menawarkan tiga konfigurasi kabin untuk menampung semua kargo ini

Khamis lalu, pesaing kepada Toyota Corolla Cross dan Proton X50, Honda HR-V 2022 serba baru, telah dilancarkan secara rasmi di tanah air tercinta.

Ditawarkan dalam empat varian, harga bermula pada RM 114k dengan tiga pilihan enjin 1.5 liter – aspirasi natural 121 PS / 145 Nm, pengecas turbo 181 PS / 240 Nm, dan dua motor hibrid penuh 131 PS / 253 Nm (motor sahaja). Semuanya dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT, atau e-CVT dalam RS hibrid, memacu roda hadapan.

@wapcar_zamil Amacam, sanggup ke tunggu 12 bulan nak beli HR-V baru? 😁 #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #belajaronline #kelastiktok #honda #hondahrv ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Berikut adalah senarai harga Honda HR-V serba baru:

  • HR-V 1.5 S: RM 114,800
  • HR-V 1.5 E: RM 129,800
  • HR-V 1.5 V: RM 134,800
  • HR-V 1.5 RS: RM 140,800

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 02

Berdasarkan 20,000+ tempahan yang diterima Honda Malaysia, nampaknya ramai pembeli Malaysia sanggup menunggu sehingga 12 bulan untuk SUV ini. Kental!

Baca juga: Tempoh menunggu Honda HR-V 2022 di Malaysia cecah 12 bulan, 20% tempah hibrid, Turbo 75%!

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 01

Perbandingan harga dan spesifikasi.

Selain angka 181 PS dan 253 Nm dari enjin 1.5 liter pengecas turbo (Varian E dan V) yang paling berkuasa dalam segmen dan juga penggunaan petrol sebanyak 4.1 liter/100 km bagi varian hibrid e:HEV, HR-V terkenal kerana ia amat praktikal.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 02

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 03

HR-V 2022 menawarkan tambahan 35 mm untuk ruang kaki dan lutut

Setakat ini, tiada kereta yang menawarkan tahap kepraktisan, keselesaan dan daya tarikan yang menggoda pada julat harga tersebut. Koleksi gambar di bawah hanyalah contoh perkara yang sebenarnya boleh anda lakukan dengan Honda HR-V, dan ia merupakan bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah SUV keluarga yang terbaik dan serba lengkap yang anda boleh beli pada masa kini.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 04

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 05

Honda HR-V 2022 menawarkan peningkatan ruang dan keselesaan penghuni, terutamanya di bahagian belakang. Honda mendakwa HR-V 2022 serba boleh seperti pendahulunya.

Seperti sebelum ini, tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40 untuk meningkatkan ruang bagi memuatkan barangan yang lebih besar, panjang atau tinggi.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 06

Membalikkan bahagian bawah tempat duduk ke atas memberikan anda Tall Mode, berguna untuk membawa barang tinggi di ruang kaki belakang yang hampir rata seperti pasu atau almari. But boleh digunakan untuk barang yang lebih kecil dalam Tall Mode.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 07

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 08

Apabila anda menurunkan satu tempat duduk ke bawah, ia dikira sebagai Long Mode, berguna untuk membawa barang seperti tangga atau basikal (dengan roda hadapan ditanggalkan).

Akhirnya, meletakkan kedua-dua tempat duduk belakang mendedahkan Utility Mode, memberikan anda kapasiti kargo maksimum untuk HR-V 2022.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 09

Dalam Utility Mode, HR-V 2022 boleh membawa semua barangan di atas dengan mudah

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 10

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 11

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 12

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 13

Kepraktisan adalah asas kepada Honda HR-V, yang membawa kepada kejayaan jualannya selama ini. Walau bagaimanapun, menambah baik kepraktisan dan fungsi tidak bermakna Honda telah menjadikan segala-galanya lebih besar.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 14

Ia bermula dengan perkara yang selalunya kita ambil mudah, seperti lantai but yang lebih rendah untuk membantu pemuatan dan pemunggahan, serta ruang but yang bebas daripada sudut dan tonjolan yang janggal untuk memaksimumkan ruang yang tersedia.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 15

Selain itu, matlamat reka bentuk Honda sentiasa berkisar pada fungsi keseluruhan kenderaan.

Ambil contoh pintu belakang berkuasa HR-V 2022 dengan fungsi Walk Away Close (tersedia dalam varian RS). Apabila diaktifkan, ia menutup pintu belakang sebaik sahaja anda menjauhi diri daripada kenderaan.

Satu lagi reka bentuk yang bijak ialah penutup tonneau Honda HR-V 2022. Kini, ia disepadukan ke dalam pintu belakang, jadi anda tidak perlu membolak-balik atau menanggalkan penutup tonneau bagi mendapatkan akses yang lebih baik.

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 16

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 17

Terdapat batang pemegang kecil di sisi cermin belakang, dan apabila but dibuka, penutup tonneau terangkat sekali dengan pintu belakang. Ia juga menghalang anda daripada terkena sinaran cahaya matahari berlebihan. Kreatif kan?

Honda HR-V 2022 amat praktikal, ruang dalam sebesar SUV segmen C? 20 foto ini adalah buktinya 18

Di dunia nyata, banyak SUV yang lebih besar tidak akan mengatasi kepraktisan keseluruhan HR-V 2022

Walaupun kami masih tidak mempunyai nilai kapasiti but rasmi bagi HR-V 2022, foto ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Honda HR-V mempunyai ruang yang luas dan mampu menabar beberapa SUV segmen C yang lebih besar. Kalau nak lagi besar daripada ini, mungkin Honda CR-V adalah jawapannya.

Baca juga: 2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru