window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau!

Faisal Ā· Jul 23, 2022 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi untuk mereka yang masih belum terpukau, inilah 3 ciri utama yang boleh menghasut anda untuk membeli sebiji.

1. Nyalaan lampu belakang jenis bar

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 01

Kalau anda tengok depan-depan, nyalaan bar yang melintang di antara kedua lampu belakang ini nampak macam pecahan kristal. Dari jauh kalau dilihat pada waktu gelap, memang anda akan ingat bahawa ini adalah Porsche Macan.

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 02

Lagi satu, dalam segmennya, Honda HR-V 2022 adalah antara yang terawal untuk menerapkan sentuhan elemen ini. Setakat ini juga, inilah kereta termurah di Malaysia yang ada nyalaan bar sebegini.

2. Lampu isyarat jenis 'sequential'

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 03

Lampu isyarat jenis sequential datang eksklusif pada varian V & RS. Imej sekadar ilustrasi.

Ini satu lagi ciri keemasan yang ada pada Honda HR-V 2022 yang mana lampu isyarat di depan menyala dengan cara 'sequential' iaitu nyalaannya bermula dari dalam dan akan menghala ke bahagian yang hendak anda pergi.

Kalau bahasa pasar, ia dipangil lampu isyarat bergerak kerana ada animasi. Apapun, ciri ini hanya ada pada varian V dan RS.

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 04

Kalau anda nak tahu, sentuhan ini bukan setakat yang pertama untuk kereta penumpang Honda, malah ia model pertama Honda Malaysia yang ada ciri sebegini.

3. Penyaman udara jenis Air Diffusion System

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 05

Ciri kali ini pula cukup unik dan belum pernah ada pada mana-mana kereta. Secara teknikalnya, corong penyaman udara pada bahagian tepi mempunyai 2 mod iaitu hembusan terus atau hembusan secara pembiasan yang mana ia menggunakan siling untuk membiaskan udara kepada semua penumpang.

Juga bacaAir Diffusion System pada Honda HR-V 2022, bakal merubah sistem A/C untuk kereta di masa depan?

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 06

Untuk mereka yang ada alahan, teknologi sebegini cukup membantu kerana penumpang akan rasa lebih nyaman dan udara sejuk yang dikeluarkan tidak akan rasa mencucuk.

4. Mod memandu macam suis kapal terbang

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 07

Mod memandu memang dah biasa kita dengar tetapi untuk HR-V 2022, kawalan ini datang dengan tombol mekanikal yang seolah-olah macam suis dalam kapal terbang. Kalau dilaras, mesti pemandu akan rasa puas hati dan ketagih. Kalau dalam segmen B, sentuhan sebegini memang tiada pada pesaing.

5. Trenkuasa paling padu dalam kelasnya

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 08

Enjin hibrid.

Seperti yang anda tahu, varian teratas buat Honda HR-V 2022 iaitu RS hadir dengan trenkuasa 1.5L hibrid i-MMD yang menghembuskan 131 PS & 253 Nm tork. Yang hebatnya, dalam sesi uji pandu kami di Thailand tempoh hari, penghantaran kuasanya rasa amat lancar dan pandu secara belasah pun senang-senang dapat penggunaan minyak serendah 17 km/l (5.8 liter/100 km, dakwaan Honda adalah 4.1 liter/100 km).

Juga bacaRebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 09

Enjin turbo.

Lagi satu, enjin 1.5L turbo yang diguna pada varian pertengahan iaitu E & V pun tidak kurang hebatnya. Dengan output 181 PS dan 240 Nm tork, sesiapa yang membeli varian ini pasti teruja kerana kereta mereka adalah antara paling berkuasa dalam kelas ini. Enjin pula 1.5L sahaja. Best kan kalau harga cukai jalan jadi murah?

Honda HR-V 2022 di Malaysia luar biasa premium, ini 5 ciri yang boleh buat anda terpukau! 10

Jadi, inilah 5 ciri paling memukau tentang Honda HR-V 2022. Nak tahu lebih mendalam? Tunggu rebiu penuh kami tidak lama lagi.

Juga baca2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

@wapcar_adrian Win liao lor #HondaHRV2022 ini šŸ˜ #WapCar #ReviewKereta ā™¬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz
@wapcar_adrian #HondaHRV2022 bakal masuk Malaysia, hot seller la ini #ReviewKereta #WapCar ā™¬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda