window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia?

Zamil Syaheer Ā· Apr 16, 2022 04:00 PM

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 01

Sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang, kereta buatan Jepun yang akan dilancarkan di Malaysia ialah Honda HR-V 2022. Ini dijadual berlaku pada pertengahan tahun ini (H2 2022), dan kita mungkin akan mendapat sehingga tiga pilihan enjin - turbo, aspirasi natural (NA) dan hibrid (HEV).

Persoalannya, mana yang terbaik untuk Malaysia?

Turbo yang berkuasa

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia memperkenalkan versi SUV kompak paling berkuasa di rantau ASEAN - gelaran yang dipegang oleh HR-V RS mereka yang menggunakan enjin 1.5 liter 4-silinder, pengecas turbo yang menghasilkan 177 PS dan 240 Nm. Varian lain di bawah pula menggunakan enjin 1.5 liter, aspirasi natural (NA) yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm.

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 01

HR-V RS, pilihan pengecas turbo tunggal di Indonesia

Perkembangan ini memberikan kepercayaan lebih lanjut kepada skop kami terdahulu yang mengatakan bahawa HR-V pasaran Malaysia akan ditawarkan dengan pilihan enjin pengecas turbo (dikongsi dengan Civic, Accord, dan CR-V) di antara dua pilihan enjin lain.

Baca juga: Honda prebiu Honda HR-V dan Honda BR-V generasi baru untuk tahun 2022!

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 02

Walau bagaimanapun, jangkakan talaan kuasa yang lebih rendah daripada Civic dengan 182 PS dan 240 Nm (punyang paling berkuasa di rantau ini, lebih tinggi daripada angka 178 PS/240 Nm di Indonesia dan Thailand), demi penggunaan bahan api yang lebih rendah dan pemanduan lebih lancar.

Enjin 1.5L i-VTEC aspirasi natural yang lebih murah

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 03

HR-V SE Indonesia mendapat enjin NA

Menyertai barisan enjin pengecas turbo adalah enjin aspirasi natural yang sepatutnya menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan yang lebih mementingkan harga. Kaveatnya ialah ia mungkin sedikit rendah pada kuasa.

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 04

Di Indonesia, enjin NA di HR-V baru menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, lebih rendah daripada 142 PS/172 Nm daripada 1.8 lama. Enjin dengan kuuasa yang lebih rendah ini juga mungkin akan ditawarkan di Malaysia.

Baca juga: Honda HR-V 2022 berenjin VTEC Turbo debut dengan Sensing, 177 PS, harga naik 14%

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 05

Walau bagaimanapun, enjin berkapasiti lebih kecil bermakna cukai eksais 5 peratus lebih rendah di Malaysia berbanding enjin 1.8 liter semasa, yang boleh diterjemahkan kepada varian harga yang lebih kompetitif. Bukan itu saja, cukai jalan pun lebih murah.

Pilihan moden – hibrid i-MMD

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 06

HR-V RS untuk pasaran Thailand

Pada asasnya, trenkuasa ini memang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia walaupun beberapa pengedar Honda yang kami telah borak tidak mendedahkan begitu banyak butiran lanjut. Malah, ada yang mengatakan bahawa sesi pratonton pintu tertutup telah dilakukan dengan varian e:HEV RS.

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 07

Sistem hibrid penuh adalah satu-satunya rangkaian kuasa yang terdapat di Thailand

Enjin kitaran Atkinson menghasilkan 106 PS dan 127 Nm, manakala dua motor e:HEV menambah 131 PS / 253 Nm. Tiada output gabungan untuk model Honda e:HEV, dan anda juga tidak boleh merumuskan output enjin dan motor kerana ia memuncak pada kelajuan putaran yang berbeza, tetapi Honda mengatakan prestasinya setanding dengan enjin NA 2.4 liter.

Baca juga: 2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 08

Ruang enjin HR-V e:HEV spesifikasi Thailand

Mengambil kira pengalaman yang baik dengan City RS e:HEV, adalah wajar untuk kita jangkakan pemanduan yang diperhalusi sepenuhnya dalam HR-V e:HEV. Penjimatan minyak hanyalah bonus.

Baca juga: Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Konklusi – amacam, goyang ke, Corolla Cross?

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 09

Buat masa kini, UMWT menawarkan tiga varian Toyota Corolla Cross, dua dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-i 1.8 liter aspirasi natural dan hibrid 1.8 liter, berharga dari RM 123,000 hingga RM 136,650.

Sebagai produk terbaharu di pasaran (dan juga produk yang sangat kompetitif, jika kami boleh menambah), ia kini merupakan SUV yang paling mudah untuk kami rekomen.

Baca juga: UMWT: ‘Resale value’ Toyota Corolla Cross Hybrid akan tinggi, 40% pembeli pilih hibrid

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia? 10

Mempunyai tiga pilihan trenkuasa untuk HR-V akan memberikan sesuatu untuk semua orang. Enjin pengecas turbo akan menarik minat mereka yang lebih ‘gila kuasa’, manakala pilihan hibrid mungkin memanggil mereka yang mengutamakan penjimatan bahan api. Enjin aspirasi natural yang lebih mampu milik mungkin akan menjadi yang paling laku.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda