window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar?

Mersita · Jan 21, 2022 09:00 PM

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 01

1.5 HX e:HEV di hadapan; 1.5 DX di belakang

Honda HR-V 2022 serba baru kini telah rasmi dilancarkan di Singapura – pasaran ASEAN kedua yang menerima model ini selepas Thailand.

Pelanggan boleh memilih antara varian petrol (1.5 DX) atau varian tertinggi yang datang dalam bentuk hybrid (1.5 HX e:HEV), dengan harga bermula dari SGD 123,999 (~RM 385k) sehingga SGD 154,999 (~RM 482k).

HR-V spesifikasi Singapura diimport (CBU) dari Jepun.

Maklumat HR-V spesifikasi Singapura

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 02

1.5 HX

Varian asas DX dikuasakan enjin 1.5 liter 'naturally aspirated' dan dipadankan dengan kotak gear CVT, dengan janaan kuasa  118 PS dengan tork 142 Nm. Kedua-duanya memacu roda hadapan (FWD).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 01

Bagaimana sistem e:HEV berfungsi

Varian tertinggi yang boleh didapati ialah 1.5 e:HEV. Ia dikuasakan dengan sistem dwi-motor Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) Honda, yang memadankan enjin 1.5 liter berkitaran Atkinson ‘naturally aspirated’ (106 PS/127 Nm) dengan satu motor elektrik (131 PS/253 Nm) – sama seperti Honda City RS kita.

Menurut Honda, penjimatan minyak bagi 1.5 DX ialah 5.8 liter/100 km, dan 4.3 liter/100 km bagi HX.

Baca juga: Rebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 02

Kelengkapan standard pada HR-V ini ialah ‘daytime running lights’ (DRL) LED dan lampu brek LED berkombinasi.

Perincian yang membezakan kedua varian ini ialah rimnya (16 inci pada DX, 18 inci pada HX), dan varian hybrid juga diberi lampu kabus LED.

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 03

Semua varian diberi kelengkapan ‘keyless entry’ dan sistem infotaimen berskrin sentuh 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Namun, varian lebih mahal diberi sistem audio 8 speaker, berbanding hanya 4 di dalam DX.

Baca juga: Air Diffusion System pada Honda HR-V 2022, bakal merubah sistem A/C untuk kereta di masa depan?

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 04

Salur penghawa dingin di tempat duduk belakang ialah standard bagi semua varian. Memandangkan ia model serba baru, HR-V 2022 ini diberi sistem penghawa dingin menarik yang berfungsi seperti langsir udara, dan pada masa sama model ini dilengkapi tempat duduk ULTRA seperti model terdahulu.

Baca juga: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 05

Lebih menarik, pembeli HR-V HX akan memperoleh lebih perincian iaitu cermin pandang belakang 'auto-dimming', tingkap automatik, 'wiper' pengesan hujan automatik, dan pintu but belakang elektronik. Semua ini tiada di dalam varian DX yang lebih murah.

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 06

Pemilih 'Drive mode' ialah kelengkapan standard

Dan seperti Honda Civic FE juga iaitu pelancaran terkini dari Honda Singapura, HR-V didatangkan dengan suite ADAS Honda Sensing. Ini merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow (ACC with LSF)

Honda HR-V 2022 di Malaysia

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 07

Memandangkan jiran kita di seberang Causeway kini sudah dapat merasa HR-V baru generasi ketiga ini, tidak lama lagi kita juga akan menerima sambutan yang sama. Disebabkan Covid-19, pelancaran di Malaysia tertangguh namun usah risau, ia akan mendarat juga dalam tahun ini.

Baca juga: Pelancaran Honda HR-V generasi baru di Malaysia pada awal tahun 2022 terpaksa ditunda!

Honda HR-V 2022 serba baru dilancarkan di Singapura, harga dari RM 385k. Malaysia nak kejar? 08

Apabila Honda HR-V 2022 serba baru ini dilancarkan di Malaysia kelak, ia akan membawa saingan kepada Toyota Corolla Cross. Oleh itu, tak wajar untuk kita jangkakan harga HR-V sedia ada (RM 104k to RM 118k) akan kekal sama. Yang pasti, ia akan dijual pada harga lebih mahal.

Baca juga: Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda