window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat!

Mersita Ā· Jul 8, 2022 03:00 PM

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 01

Kredit gambar: Rosmiliana Aminulah

Honda HR-V 2022 serba baharu pastinya akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, dan crossover segmen B ini dijangka akan mempunyai senarai menunggu yang panjang dengan tempahan terkumpul.

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 02

Kredit gambar: Rosmiliana Aminulah

Walaupun buku tempahan untuk HR-V baru ini sudah dibuka dan previu turut dijalankan di pusat pengedar terpilih, Honda Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi model generasi ketiga ini. Namun, gambar-gambar yang kami sertakan di sini menguatkan lagi kemungkinan yang pelancarannya akan berlangsung tidak lama lagi.

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 03

Kredit gambar: Terrance Chan

Beberapa unit Honda HR-V 2022 serba baru telah dikesan di atas treler di seluruh negara - barangkali dalam perjalanan ke pusat pengedar. Kebanyakan gambar-gambar ini yang tular di media sosial menunjukkan varian hybrid RS dengan kemasan warna cat Hero Red.

Juga baca: Gambaran dekat: Honda HR-V RS 2022 yang berkuasa enjin VTEC Turbo, pertama di dunia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 01

HR-V spesifikasi Thai ditunjukkan

RS e:HEV dikuasakan oleh enjin hybrid petrol-elektrik i-MMD 1.5 liter (131 PS/253 Nm) yang turut dipadatkan di dalam Honda City RS dan City Hatchback RS.

Juga baca: Tempahan Honda HR-V serba baru untuk Malaysia dibuka - Sensing, 1.5 e:HEV, pelancaran pada S3 2022!

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 02

HR-V Turbo spesifikasi Indonesia ditunjukkan

Selain daripada enjin petrol-hybrid ini, HR-V serba baru juga akan disertakan dengan pilihan antara dua enjin petrol 1.5 liter iaitu enjin ‘naturally-aspirated’ yang menjana 121 PS/145 Nm atau enjin berpengecas turbo yang menjana 177 PS/240 Nm.

Juga baca: Lebih ramai minat Honda HR-V baharu berbanding Civic, tempoh menunggu mungkin lebih lama?

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 03

Selain daripada rupa bentuk barunya yang lebih ‘sporty’, HR-V serba baru ini akan turut dilengkapi dengan suite ADAS Honda Sensing sebagai standard dalam semua varian.

Honda HR-V 2022 serba baru tiba di bilik pameran minggu ini, pelancaran makin dekat! 04

Dengan semua kelengkapan dan naiktaraf ini, tak hairanlah jika HR-V serba baru akan jadi lebih mahal berbanding model terkini. HR-V generasi terdahulu (RU) dijual pada harga antara RM 104,000 hingga RM 118,854. Oleh itu, kami jangkakan harga HR-V serba baru generasi RV ini akan naik sekitar 5 ke 10 peratus, bergantung kepada varian.

Juga baca: Honda HR-V 2022 serba baru untuk Malaysia - dulu RM 104k - RM 118k, yang baru berapa RM pula?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda