window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V akan dilancarkan minggu ini, kesabaran pembeli dan peminat bakal terubat!

Haris Ā· Jul 12, 2022 08:00 PM

Honda HR-V akan dilancarkan minggu ini, kesabaran pembeli dan peminat bakal terubat! 01

Honda Malaysia memang bijak melayari gelora keterujaan pembeli di Malaysia dengan membanjiri media sosial dan hantaran di portal mengenai kehadiran Honda HR-V 2022 serba baharu. Bagi mereka yang menunggu, telah tiba masanya untuk pelancaran rasmi Honda HR-V yang bakal berlangsung minggu ini.

Tidak banyak yang dapat diperincikan selain daripada harga kerana tempahan telah lama dibuka. Malah, beberapa prebiu telah pun dibuat di pengedar terpilih yang menyaksikan pelanggan prospek beratur di mengelilingi bilik pameran untuk mengintip SUV kompak itu.

Honda HR-V akan dilancarkan minggu ini, kesabaran pembeli dan peminat bakal terubat! 02

Kredit gambar: Rosmiliana Aminulah

Bukan itu sahaja, beberapa unit Honda HR-V telah diintip pada trelar pengangkut kereta di seluruh negara ketika dalam perjalanan ke bilik pameran pengedar hasil ketangkasan pengguna media sosial yang menangkap foto HR-V dan mengedarkan imej tersebut dalam talian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unit intipan ini kemungkinan besar adalah kereta demo untuk bilik pameran kerana kebanyakannya terdiri daripada varian HR-V RS hibrid (dalam palet warna merah mercu) yang tentunya menarik mata memandang.

Honda HR-V akan dilancarkan minggu ini, kesabaran pembeli dan peminat bakal terubat! 01

Tambahan pula, beberapa maklumat telah disampaikan ke meja pengarang Wapcar.my bahawa latihan produk dan jualan untuk HR-V baharu telah selesai, turut menandakan pelancaran yang akan dilakukan minggu ini.

Sebagai rujukan, Honda HR-V RS e:HEV varian teratas dikuasakan oleh enjin hibrid petrol-elektrik 1.5 liter i-MMD (131 PS / 253 Nm) yang turut ditawarkan pada Honda City RS dan Honda City Hatchback RS.

Honda HR-V akan dilancarkan minggu ini, kesabaran pembeli dan peminat bakal terubat! 02

Di bawah varian hibrid ini akan ditawarkan 2 lagi pilihan enjin 1.5 liter petrol; unit aspirasi semula jadi yang menghasilkan 121 PS / 145 Nm atau pengecas turbo yang menghasilkan 177 PS / 240 Nm.

Baca:  Rebiu: Honda HR-V RS 2022 - dah tempah Corolla Cross? Mungkin anda patut fikir balik

Sudah semestinya dengan semua ciri baharu dan rangkaian kuasa yang dipertingkatkan, Honda HR-V 2022 generasi baharu dijangka akan berharga lebih mahal. Model terdahulu ditawarkan pada harga antara RM 104,000 hingga RM 118,854 dan secara konsensus ialah model versi baharu ini akan menyaksikan harganya meningkat sekitar 5 - 10 peratus.

Dengan senarai harga bakal diumumkan Honda Malaysia semasa pelancaran hujung minggu ini, adakah anda sanggup beratur untuk mendapatkan SUV penggegar segmen ini?

Baca: Lebih ramai minat Honda HR-V baharu berbanding Civic, tempoh menunggu mungkin lebih lama?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda