window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan

Haris · Sep 5, 2021 11:59 AM

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 01

Honda City kekal sebagai salah satu sedan segmen B kegemaran rakyat Malaysia, menyumbang 35% kepada jumlah penjualan Honda Malaysia pada Ogos 2021. Honda Civic, Accord, HR-V dan CR-V telah meneruskan kedudukan masing-masing dengan 72%, 36%, 71% dan 24% di dalam segmen pasaran masing-masing.

Situasi ini berlaku ketika Honda Malaysia bersiap sedia untuk mendapatkan kembali momentum jualan untuk baki 4 bulan tahun 2021, dengan kilang pembuatan Honda Malaysia di Melaka dan bilik pameran sudah mula beroperasi.

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Cik Madoka Chujo berkata, "Kami sangat berterima kasih kepada semua petugas baris hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang ramai dan melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia."

Separuh pertama tahun 2021 adalah mencabar kerana perintah kawalan pergerakan yang berlanjutan setelah melihat peningkatan kes COVID-19. Kami sangat menghargai sokongan kerajaan dalam membuka kembali sektor automotif yang membolehkan rantaian perniagaan beroperasi di bawah pengawasan SOP yang ketat."

Baca: Honda HR-V Hibrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 01

Chujo menyambung, "Kami gembira kerana 80% rakan sekerja Honda telah divaksin sepenuhnya sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk membantu membendung penyebaran COVID-19. Kami mensasarkan untuk menyelesaikan vaksinasi sepenuhnya kepada semua rakan perniagaan kami pada Oktober 2021."

Dalam rancangan kami untuk mendapatkan kembali momentum dan menetapkan penanda aras baru di pasaran, Honda
Malaysia telah membariskan model baru yang menampilkan Next Generation Advanced Technology yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang."

Baca: Berbaloi 'trade-in' X50 anda? Ini panduan Honda HR-V 2021 serba baharu, mungkin tiba di Malaysia

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 02

Model baharu yang dimaksudkan adalah Honda HR-V?

Pelancaran ini akan memberikan rakyat Malaysia lebih banyak pilihan model baru dalam tempoh pengecualian cukai jualan semasa, yang telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021."

Sebagai tambahan kepada penurunan harga dengan insentif cukai, Honda Malaysia memperkenalkan promosi September Special Benefits dari 1 hingga 30 September 2021.

Baca: Honda Civic, HR-V terpaksa ditangguh, tapi City Hatchback sah masuk Malaysia tahun 2021!

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 03

Honda Civic generasi-11 juga dalam perancangan

Kempen bersempena Hari Malaysia ini menawarkan sehingga RM 6,000 nilai ganjaran untuk dinikmati oleh pelanggan. Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga telah memperkenalkan inisiatif kewangan - Special Financing Program yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2021.

Inisiatif ini membolehkan pelanggan yang membeli kereta baru membayar ansuran bulanan yang lebih rendah pada peringkat awal pemilikan kereta mereka.

Honda Malaysia menjadikannya lebih mudah dan senang bagi pelanggan untuk membuat tempahan awal model Honda pilihan anda melalui Platform Pra-Tempahan Dalam Talian.

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 04

Tersedia di laman web rasmi Honda Malaysia dan aplikasi HondaTouch, platform ini membolehkan pelanggan membuat tempahan model Honda pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan bayaran minimum serendah RM 99.

Aplikasi HondaTouch juga memberi manfaat kepada pelanggan Honda dengan proses janji temu perkhidmatan selepas jualan yang lebih cepat dan ringkas sebelum mengunjungi wakil jualan. Platform dan aplikasi ini membantu mengurangkan waktu menunggu yang lama.

Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan 05

Pelanggan boleh melayari prebook.honda.com.my untuk membuat tempahan model Honda atau mengunjungi Honda pengedar sah. Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Honda atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau muat turun aplikasi HondaTouch.

Baca: Tempah servis dan semak rekod servis guna HondaTouch je sekarang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda