window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga?

Haris Ā· May 28, 2022 08:00 PM

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 01

  • Malaysia akan melancarkan Honda HR-V 2022 serba baharu tidak lama lagi
  • Pesaing terdekat Corolla Cross Hybrid
  • HR-V baru adalah produk separa premium

Honda HR-V terus menerus menjadi antara model terlaris Honda justeru itu, apabila Honda HR-V 2022 serba baharu tiba di Malaysia pada penghujung tahun ini, ia berkemungkinan membawa bersamanya bukan satu, bukan dua, tetapi tiga pilihan trenkuasa.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 02

Model pasaran Thailand

Salah satunya ialah enjin 1.5 liter i-MMD hibrid petrol-elektrik, yang membuat penampilan sulungnya di ASEAN melalui Honda City RS e:HEV yang dilancarkan di Malaysia.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 03

Model pasaran Thailand

Memandangkan Honda Malaysia masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai Honda HR-V baharu 2022 ini, kita melihat model Honda HR-V e:HEV pasaran Thailand dengan pesaing terdekat, Toyota Corolla Cross Hybrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 01

Hanya HR-V hibrid sahaja dijual di Thailand

Untuk memastikan perbandingan ini adil dan konsisten, kedua-dua varian spesifikasi teratas akan menjadi rujukan. Dalam kes ini, Toyota Corolla Cross HEV Premium Safety akan bersaing dengan Honda HR-V e:HEV RS.

Trenkuasa - Teknologi hampir sama, apa perbezaannya?

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 02

Walaupun kedua-dua HR-V e:HEV dan Corolla Cross Hybrid adalah model hibrid petrol-elektrik, Honda dan Toyota mengambil pendekatan yang berbeza dengan pelaksanaan hibrid masing-masing.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 03

Foto trenkuasa HR-V e:HEV's i-MMD

Honda HR-V e:HEV menggunakan sistem hibrid dua motor i-MMD Honda, yang berfungsi bersama dengan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson petrol. Enjin ini menghamburkan 106 PS dan 127 Nm, manakala sistem hibrid pula mencatatkan 131 PS dan 253 Nm.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 04

Thailand menjadi tuan rumah debut HR-V e:HEV RS yang sporty

Tiada gabungan kuasa untuk model Honda e:HEV, dan anda juga tidak boleh menambah kuasa enjin dan motor kerana ia memuncak pada kelajuan putaran berbeza. Namun Honda secara ringkas menjelaskan bahawa prestasinya setanding dengan enjin 2.4 liter aspirasi semula jadi.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 05

Corolla Cross Hybrid tiba di Thailand lebih awal daripada HR-V

Sebaliknya, Toyota Corolla Cross Hybrid pasaran Thailand menggabungkan enjin petrol 1.8 liter dengan 98 PS dan 142 Nm kepada motor elektrik. Ia mempunyai output sistem gabungan, di mana menurut Toyota ialah 122 PS.

Feature set – Feature-laden for top-spec models

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 06

Kedua-dua varian spesifikasi teratas HR-V e:HEV dan Corolla Cross Hybrid menerima ciri kelengkapan seperti lampu depan LED automatik, lampu belakang LED, rim aloi 18-inci, pintu belakang kuasa, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, kawalan iklim automatik , corong pendingin hawa belakang, serta sistem infotainment yang menyokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 07

Brek parkir kaki pada Corolla Cross

Satu perbezaan terbesar adalah Corolla Cross Hybrid menawarkan brek letak kereta yag dikendalikan dengan kaki, manakala HR-V e:HEV menawarkan brek letak kereta elektronik (EPB) yang lebih moden.

Ciri keselamatan – Honda Sensing atau Toyota Safety Sense?

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 08

Honda HR-V pasaran Thailand menawarkan suite ADAS Honda Sensing pada semua varian, yang meliputi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM + LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow (ACC + LSF)

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 09

Toyota Corolla Cross Hybrid pasaran Thailand sebaliknya, hanya menawarkan suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS) pada varian spesifikasi teratas.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 10

HR-V RS e:HEV

Corolla Cross Hybrid juga mengalahkan Honda HR-V e:HEV dari segi kiraan beg udara, kerana Toyota menawarkan sehingga 7 beg udara, berbanding dengan 6 beg udara yang terdapat pada Honda

Harga – Bagaimana pasaran Malaysia akan memposisikannya?

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 11

Di Thailand, Honda HR-V e:HEV RS 2022 adalah lebih murah daripada Toyota Corolla Cross Hybrid Premium Safety.

Berharga THB 1,179,000 (~RM 150k), HR-V e:HEV RS ialah THB 20,000 lebih murah daripada Corolla Cross Hybrid spesifikasi tinggi yang berharga THB 1,199,000 (~RM 152k).

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 12

Corolla Cross Hybrid Malaysia berharga dari RM 136,550

Untuk pasaran Malaysia, Toyota Corolla Cross Hybrid berharga dari RM 136,550 (harga atas jalan, tanpa insurans, sah sehingga 30-Jun 2022). Jangkaan awal harga Honda HR-V mungkin sedikit lebih tinggi kerana diposisikan lebih premium?

Hasil risikan awal mendapati bahawa Honda HR-V 2022 serba baharu akan berharga sekitar Toyota Corolla Cross. Lebih mahal atau kurang masih belum dapat dipastikan namun mungkin kita boleh merujuk kepada perbandingan harga model segmen-B lain.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 13

Honda HR-V generasi RU

HR-V generasi RU sekarang menggunakan enjin 1.8 liter yang lebih besar, berada dalam julat harga cukai eksais yang lebih tinggi. Secara teorinya, harga untuk HR-V 1.5 liter baharu sepatutnya lebih murah tetapi ini mungkin berbeza dengan enjin 1.5 liter unit hibrid atau turbocaj yang lebih kompleks – seperti yang berlaku untuk Honda HR-V generasi baharu 2022.

Honda HR-V e:HEV akan diposisikan 'kompetitif' dengan Corolla Cross Hybrid, ini jangkaan harga? 14

Pada masa ini, Honda HR-V generasi RU berharga antara RM 104,000 hingga RM 118,581, manakala Toyota Corolla Cross berharga antara RM 123,000 hingga RM 136,550. Jangkakan harga HR-V serba baharu meningkat sedikit berbanding sebelumnya tetapi masih dalam julat harga Corolla Cross.

Baca juga:

Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia?

Kebaikan & Keburukan: 2022 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) adalah SUV terbaik untuk keluarga?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda