window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k

Zamil Syaheer Ā· May 7, 2022 12:00 PM

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 01

  • Berdasarkan HR-V serba baru
  • Model pertama daripada 10 model elektrik e:N baharu yang akan dilancarkan di China
  • Pilihan 2 motor dengan jarak 420 km dan 510 km

Honda merancang untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya di China menjelang 2030 dan itu memerlukan rombakan lengkap portfolionya di sana. Langkah itu memerlukan 10 model elektrik baru di bawah lencana e:N dengan yang pertama ialah e:NS1 dan kembarnya e:NP1. Duo yang mengambil asas HR-V baru ini akan dijual di sana pada musim bunga 2022.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 02

Jika anda fikir e:NS1 dan e:NP1 kelihatan seperti Honda HR-V baru dalam pakaian yang lebih menarik dan lebih suka dirujuk oleh nama android Star Wars mereka, anda tidak salah. Ia sememangnya versi elektrik HR-V dan kedua-duanya adalah sama. Bezanya, setiap model akan dijual oleh dua rakan usaha sama Honda di China; Dongfeng Honda dan GAC Honda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 01

Model ini dipratonton buat pertama kali di Auto Shanghai 2021. Honda e:NS1 menggunakan platform e:N Architecture F dan dengan lebih banyak gizmo daripada HR-V biasa.

Dari segi luaran, e:NS1 kelihatan sama seperti HR-V tetapi dengan gril tertutup yang biasa dilihat pada semua EV. Tiada perubahan ketara di bahagian belakang, melainkan skrip Honda yang dilencanakan sepenuhnya.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 02

Ia mempunya ukuran 4,390 mm panjang, 1,790 mm lebar dan 1,560 mm tinggi dengan jarak roda 2,610 mm.

Honda juga telah menggunakan font gaya retro yang kononnya mengingatkan kita bahawa ia masih sama cantik dengan model enjin pembakaran dalaman.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 03

Jika anda fikir bahagian dalam adalah kerja salin dan tampal seperti HR-V, di situlah anda silap. Interiornya nampak lebih futuristik dengan tombol fizikal dan pengawal digantikan dengan skrin infotainmen gaya potret 15.1 inci besar dengan sistem pengendalian (OS) Honda e:N.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 04

Sudah tentu terdapat juga kluster instrumen digital 10.25 inci kerana ini adalah EV moden, apa barang pakai meter analog kan?

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 05

Kebanyakan kawalan yang biasanya ditemui kini telah disepadukan ke dalam paparan. Perisian baharu ini mengandungi sistem Sensing 360 dan Connect 3.0. Malah, sistem ini membolehkan anda menyambung ke peranti pintar di rumah.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 06

Salah satu daripada beberapa butang fizikal yang masih tinggal di dalam kabin ialah suis lampu kecemasan tetapi kemungkinan besar itu disebabkan oleh peraturan industri automotif.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 07

Malah tuil gear fizikal telah hilang, digantikan dengan pemilih butang tekan tetapi ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri, tetapi ia sangat membantu dalam mendorong nuansa futuristik EV.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 08

Bagi rangkaian kuasa, butiran masih tidak ditetapkan tetapi laporan menunjukkan model aras mula e:NS1 akan mempunyai motor elektrik 182 PS dan 310 Nm pada gandar hadapan dengan kuasa daripada bateri litium-ion 53.6 kWh. Itu menjadikannya bagus untuk jarak 420 km.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 09

Varian yang lebih premium menawarkan jarak pemanduan 510 km daripada motor 204 PS dan 310 Nm yang disalurkan oleh pek bateri 68.8 kWj.

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 10

Kadar pengecasan menyaksikan kuasa meningkat daripada 30 peratus kepada 80 peratus dalam masa 40 minit sahaja, manakala pengecasan yang lebih perlahan akan mengambil masa 9 jam daripada 5 peratus kepada 100 peratus.

Harga untuk e:NS1 adalah sekitar 175,000 Yuan (RM 115,660) hingga 218,000 Yuan (RM 143,080).

Honda HR-V EV yang menggunakan nama e:NS1 kini dijual di China, dari RM 116k 11

Walaupun e:NS1 dan kembarnya adalah khusus untuk China, jangan terkejut melihat ia diperkenalkan di pasaran luar negara di masa hadapan.

Baca juga: Honda HR-V 2022 akan dilancar ke Malaysia selepas Jun – ada bau hibrid e:HEV & VTEC Turbo!

Seperti yang telah dijelaskan oleh Honda, negara China akan menjadi hab bagi model Siri e:N baharunya dengan kedua-dua rakan kongsi JV; Dongfeng Honda dan GAC Honda, bersetuju untuk membina kilang EV khusus menjelang 2024.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda