window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross?

Haris Ā· Apr 15, 2022 06:00 PM

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 01

  • Honda Malaysia dijangka akan melancarkan Honda HR-V 2022 serba baharu pada Julai
  • Harga dijangka naik sekurang-kurangnya 7 hingga 15 peratus, sebelum SST
  • Mungkin ditawarkan dengan 3 pilihan enjin, termasuk e:HEV hibrid dan VTEC Turbo

Honda HR-V 2022 serba baharu kini sudah pun dijual di Thailand, Indonesia dan Singapura. Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Honda Malaysia dijangka melancarkan Honda HR-V generasi akan datang pada separuh kedua 2022.

Perkembangan terbaru yang telah disalurkan kepada kami adalah Honda Malaysia akan melancarkan Honda HR-V 2022 serba baharu pada bulan Julai, menurut satu sumber yang arif mengenai perkara tersebut.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bulan Julai juga bermakna ia akan kehilangan insentif pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD). Namun, segala-galanya mungkin di Malaysia.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 01

Honda HR-V generasi sekarang masih dijual pada harga tanpa SST seperti berikut, sehingga 30-Jun 2022:

  • HR-V 1.8E: RM 104,000 (harga termasuk SST - RM 108,800)
  • HR-V 1.8 SE: RM 105,363
  • HR-V 1.8V: RM 113,421 (harga termasuk SST - RM 118,800)
  • HR-V 1.5 i-DCD Sport Hybrid: RM 113,954
  • HR-V 1.8 RS: RM 118,581 (harga termasuk SST - RM 124,800)

Berapakah anggaran harga untuk 2022 Honda HR-V serba baharu?

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 02

Subjek ini agak sukar untuk dianggarkan kerana struktur cukai Malaysia berdasarkan kapasiti enjin manakala negara jiran kita, termasuk Indonesia, telah beralih kepada cukai berasaskan pelepasan CO2.

Baca: Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin!

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 03

Honda HR-V serba baharu boleh didapati dalam 3 pilihan enjin, kesemuanya 1.5 liter – dalam pilihan i-VTEC aspirasi semula jadi, hibrid e:HEV dan VTEC Turbo. Daripada apa yang kami kumpulkan, kesemua 3 pilihan enjin akan ditawarkan di Malaysia.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 04

HR-V generasi sekarang menggunakan enjin 1.8 liter yang lebih besar, berada dalam kurungan cukai eksais yang lebih tinggi. Secara teorinya, harga untuk HR-V 1.5 liter baharu sepatutnya lebih murah tetapi jangkaan ini tidak tepat jika enjin 1.5 liter adalah unit hibrid atau pengecas turbo yang lebih kompleks – seperti yang berlaku untuk Honda HR-V 2022.

Selain itu, HR-V generasi baharu adalah produk yang jauh lebih premium, dengan bahan kabin yang jelas lebih mewah daripada model sekarang, lengkap dengan corong udara sisi yang berfungsi sebagai 'tirai udara' untuk tingkap sisi hadapan untuk memastikan kabin lebih sejuk, lagi-lagi dengan iklim tropika kita.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 05

Pembeli juga tidak boleh membandingkan dengan harga HR-V di Thailand, di mana kereta dikenakan cukai berdasarkan pelepasan CO2 dan hibrid dikenakan cukai lebih rendah. Di Thailand, HR-V hanya tersedia sebagai hibrid.

BacaHonda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 06

Tirai udara, fungsi atau gimik?

Di Indonesia pula, terdapat kenaikan besar dalam harga, naik sebanyak 24 peratus secara besar-besaran walaupun untuk varian S 1.5 liter i-VTEC aspirasi semulajadi  yang paling murah. Untuk varian RS berkuasa 1.5 liter VTEC Turbo yang paling mahal, ia kini 28 peratus lebih mahal daripada varian spesifikasi tertinggi sebelum ini.

Walau bagaimanapun peningkatan itu kebanyakannya disebabkan oleh pelarasan cukai di Indonesia, yang meningkat daripada 10 peratus kepada 11 peratus pada 2021, serta kenaikan cukai mewah untuk kereta, yang kini dikira berdasarkan pelepasan CO2, dan telah mengakibatkan kenaikan harga untuk banyak model kenderaan.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 07

Walau apa pun, kenaikan harga untuk Honda HR-V 2022 memang akan terjadi di tambah pula dengan kenaikan harga bahan mentah semasa, adalah munasabah untuk menjangkakan kenaikan sekitar 7 hingga 15 peratus, tidak termasuk SST.

BacaHarga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun?

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 08

Namun, sumber memberitahu kami bahawa anggaran harga untuk Honda HR-V 2022 akan cukup kompetitif berbanding Toyota Corolla Cross, yang berharga dari RM 123,000 hingga RM 136,500 tidak termasuk SST. Sama ada ini akan dicapai dengan mengorbankan spesifikasi yang lebih tinggi masih perlu tunggu dan lihat.

Hakikatnya, semua model HR-V yang dijual di rantau blok perdagangan ASEAN menerima unit infotainment yang lebih murah, mirip dengan skrin seperti TV cathode ray tube (CRT) lama seperti Toyota Corolla Cross.

Bagi model HR-V pasaran Jepun dan Eropah pula, ia dilengkapi dengan skrin infotainment jenis terapung.

Baca: Honda HR-V 2022 Malaysia mungkin mendapat infotainmen CRT TV ala Corolla Cross? Inilah sebabnya

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 09

Perhatikan skrin infotainmen yang berbeza daripada model pasaran Jepun / Eropah

Apa yang jelas, Honda HR-V tidak boleh melebihi harga Honda CR-V, antara RM 151,000 hingga RM 176,300 semasa tempoh pengecualian SST. Honda CR-V juga mengalami satu lagi pusingan pemotongan harga oleh Honda Malaysia apabila model facelift itu dilancarkan pada November 2020. Sejauh mana Honda Malaysia boleh meminimumkan kenaikan harga selepas penyambungan semula cukai SST masih belum dapat dianggarkan.

Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross? 10

Lampu ekor kini melintang di sepanjang badan

Honda HR-V juga telah membezakan antara pasaran global dengan pasaran Amerika Utara. Menurut Honda Amerika Utara, model Honda HR-V 2023 kelak adalah berdasarkan Honda Civic FE 2022 manakala HR-V yang dijual di tempat lain adalah berdasarkan versi platform Honda City yang dipanjangkan.

BacaBut Honda HR-V 2023 Amerika yang berasas Civic baharu ditunjuk dalam iklan, lagi besar!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda