window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana?

Haris Ā· Sep 25, 2021 11:59 AM

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 01

Proton X50 adalah sebuah SUV yang selalu digembar-gemburkan sebagai 'penggegar' pasaran SUV segmen B di Malaysia. Malah, jauh sebelum pelancarannya pun, ramai yang tergila-gilakan SUV ini. Tidak dinafikan, rekaan Proton X50 sememangnya diidam-idamkan oleh ramai pihak dan sehingga ke hari ini masih ramai juga yang sedang menunggu Proton X50 dengan sabar.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 02

Enjin, trenkuasa dan segala aspek pada Proton X50 menggiurkan pengguna-pengguna jalan. Penasihat jualan memanggilnya sebagai 'Volvo XC40 bajet' untuk dihubungkait dengan jenama yang berprestij tersebut walaupun tidak wujud secara langsung, tetapi masih mampu meningkatkan tarikan jualan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 01

Kesemua strategi pemasaran ini menjadi. Menjelang Februari 2021, Proton berjaya menjual 3,345 unit Proton X50, meraih posisi sebagai rekod jualan bulanan tertinggi untuk mana-mana SUV dalam sejarah Malaysia ketika itu.

Baca: Proton X50 pecah rekod SUV paling laris Malaysia dalam sebulan, 3,345 unit terjual!

Situasi Proton X50 terbalik dengan Geely Binyue?

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 02

Secara ringkasnya, banyak perkara yang tepat telah dilakukan oleh pasukan Proton X50 ini. 3 teras utama adalah harga yang rendah, penampilan moden, dan banyak ciri kelengkapan. Pada harga bermula dari RM 79k sehingga RM 103k, Proton X50 berada di skala yang sangat berpatutan untuk sebuah crossover subkompak.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 03

Proton X50 adalah suatu kejayaan dari segi penjualan di Malaysia, tetapi bagaimana pula prestasi jualannya di pasaran asal China? Data penjualan Proton X50 yang dijual di China sebagai Geely Binyue tidak menunjukkan prestasi yang sama dengan Malaysia, jika dibandingkan dengan saingan utamanya iaitu Honda HR-V.

Baca: Tertiris: Geely Binyue Pro facelift 2021 – kembar X50 ada rupa baru, infotainment 12.3 inci!

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 04

Di China, Honda HR-V tampil dengan 2 versi. Hal ini disebabkan oleh Honda mempunyai 2 'isteri' (panggilan yang merujuk kepada rakan kongsi 'partner') di China iaitu Dongfeng Honda dan GAC Honda.

Secara mudahnya, model Honda HR-V dijual seperti berikut:

  • Dongfeng Honda menjual Honda XR-V
  • GAC Honda menjual Honda Vezel

Kedua-duanya masih lagi sebuah Honda HR-V dan hanya berbeza pada perincian kecil.

Jualan Honda Vezel, XR-V vs Geely Binyue di China, 2021
Bulan XR-V Vezel XR-V+Vezel Binyue
Jan 17,110 21,001 38,111 15,978
Feb 9,527 10,630 20,157 10,311
Mar 18,884 16,401 35,285 10,471
Apr 20,892 12,137 33,029 9,766
May 16,805 15,568 32,373 10,126
Jun 16,805 14,710 31,515 9,982
Jul 7,188 8,505 15,693 7,162
Jumlah 107,211 98,952 206,163 73,796

Dari Januari hingga Julai tahun 2021 ini, Geely hanya menjual sebanyak 73,796 unit Geely Binyue di China. Atau secara puratanya, sekitar 10,500 unit / bulan.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 05

Pada waktu yang sama, Dongfeng Honda berjaya menjual sehingga 107,211 unit Honda XR-V, sementara GAC Honda menjual 98,952 unit Honda Vezel. Secara keseluruhannya, ia adalah 3x ganda jualan Geely Binyue - suatu pencapaian mengagumkan apabila dikira betapa banyaknya jenama dan model SUV subkompak di sana.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 06

Kedua-dua model XR-V dan Vezel boleh dinobatkan sebagai SUV subkompak terlaris di China setakat ini. Pada dasarnya, kedua-dua SUV ini masih lagi sebuah Honda HR-V justeru itu bagaimana ia mampu memenangi hati rakyat China?

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 07

Jika harga menjadi alasan, ketahuilah bahawa Geely Binyue di China adalah jauh lebih murah (berharga dari CNY 75,800 hingga CNY 119,800) daripada duo Honda XR-V dan Honda Vezel (harga dari CNY 127,800 hingga CNY 176,800).

Bukan itu sahaja, Geely Binyue adalah model yang lebih terkini dan terbaru dalam pasaran, dilancarkan pada tahun 2018. Honda XR-V dan Honda Vezel pula masih berdasarkan generasi kedua yang dilancar pada tahun 2014.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 08

Kabin dalaman Honda Vezel

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi jualan Geely Binyue sedangkan ia menepati 2 resepi kejayaan di Malaysia? Harganya lebih murah dengan ciri-ciri yang lebih terkini. Penampilan mungkin sedikit subjektif tetapi tak dinafikan, Geely Binyue memang jauh lebih elegan daripada Honda HR-V.

Mengapa duo Honda lebih popular?

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 09

Di China, penerimaan untuk enjin tiga silinder didapati bercampur-baur. Beberapa pengeluar yang lebih baik tidak mempunyai sebarang masalah penerimaan menggunakan enjin 3-silinder ke model-modelnya.

Namun dalam konteks SUV subkompak, antara Geely Binyue 3-silinder spesifikasi atas (177 PS, 255 Nm) dengan XR-V / Vezel 4-silinder spesifikasi rendah (131 PS, 155 Nm), kebanyakan pembeli kereta di China cenderung ke arah duo Honda, walaupun harganya lebih tinggi.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 10

Enjin Honda menawarkan tenaga puncak yang lebih sedikit berbanding enjin Geely, hanya peningkatan yang ditawarkan adalah dari segi tambahan 1 silinder enjin.

GAC Honda dan Dongfeng Honda turut menawarkan 'HR-V' dengan enjin petrol 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang mampu menghamburkan 177 PS dan 220 Nm, dengan padanan transmisi automatik CVT. Masih rendah berbanding enjin Geely.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 11

Model Geely Binyue 4-silinder spesifikasi yang lebih rendah. Kredit gambar: Autohome

Jika sentimen silinder memainkan peranan, Geely turut menawarkan varian 4-silinder di China tetapi varian ini adalah varian berspesifikasi rendah. Ia tidak ditawarkan dengan kit bantuan pemandu ADAS dan beg udara tirai yang ditawarkan pada varian yang lebih atas.

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 12

Paling utama, Geely menghadapi masalah persepsi dan tanggapan yang berlainan di pasaran asal China. Di Malaysia, persepsi kita terhadap Geely dibentuk berdasarkan model generasi baru, yang dipanggil Geely sebagai "Refined Cars". Manakala di China, tanggapan pengguna China terhadap Geely telah dirosakkan oleh model generasi sebelum ini yang berkualiti rendah. Geely bermula dengan model-model ciplak sebelum melangkah ke model-model mercu seperti sedia ada.

Baca: 5 kereta ciplak 'copy ori' dari China untuk penggemar barang tiruan, ada Geely!

Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana? 13

Tambahan pula, Geely tidak mempunyai bilangan pengedar yang besar seperti Honda. Pusat pengedaran yang terletak di bandar-bandar yang lebih besar dan kaya mengukuhkan lagi sedikit sebanyak tanggapan terhadap Honda.

Tahukah anda, di China ada pepatah terkenal yang mengatakan bahawa "apabila anda membeli Honda, anda cuma membeli enjin, manakala keseluruhan keretanya adalah percuma,". Pepatah ini menangkap kepercayaan rakyat China kepada Honda.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Geely sanggup membeli saham jenama-jenama kereta yang kukuh, terkenal dan mempunyai tanggapan yang kuat untuk melebarkan sayapnya di seluruh dunia.

Baca: Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda