window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini!

Faisal · Apr 24, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Umumnya, kit aksesori ini sesuai untuk pemilik Honda HR-V baharu yang rasakan bahawa aksesori rasmi Honda sendiri tidak cukup cun.

Juga bacaHonda HR-V 2021 nampak ‘kureng’? Ini aksesori rasmi yang boleh buat anda angau!

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 01

Pertamanya, pembeli ditawarkan dengan set gaya yang diperlihatkan oleh tambahan skirting depan dan sisi yang lebih unik. Malah di belakang, kit Mugen ini tampil dengan spoiler kedua di bahagian yang lebih rendah.

Antara perkakas tambahan yang boleh dipilih oleh pembeli adalah seperti:

  • Spoiler yang lebih besar ataupun kecil
  • Sisik di cermin sisi
  • Kemasan trim di gril depan
  • Lencana Mugen di belakang
  • Lencana Mugen di sisi
  • Corong ekzos kembar jenis stainless steel dengan bahan titanium

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 02

Melengkapi aksesori Mugen ini adalah pilihan rim aluminium CU10 dan MDW yang bersaiz 18 inci, nat roda pelbagai pilihan, dan door visor.

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 03

Dari segi trenkuasa, Mugen tidak memberikan sebarang pengubahsuaian. Namun demikian, Mugen tetap menawarkan komponen alat ganti yang berpestasi tinggi. Antaranya seperti penapis udara dari teknologi kereta lumba Super GT dan Super Formula yang menjanjikan 10% aliran yang lebih baik. Pada masa yang sama, mereka turut menjual minyak pelincir dan penapis minyak Mugen yang berprestasi tinggi.

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 04

Untuk bahagian dalam pula, Mugen mendatangkan Honda HR-V dengan kombinasi karpet merah dan hitam ataupun merah penuh, sekali dengan bahagian lantai but belakang. Di samping itu, mereka turut menawarkan aksesori seperti pelindung bukaan pintu dan pelindung tempat masuk.

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 05

Tidak cukup dengan itu, pembeli boleh mendapatkan pelbagai lagi aksesori Mugen seperti:

  • Penutup corong mengisi minyak
  • Cermin sisi jenis hidrofilik
  • Bahagian plat nombor jenis karbon dengan skru unik
  • Pelindung pemegang pintu
  • Lencana Mugen dari bahan logam

Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini! 06

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada askesori Mugen ini bakal masuk Malaysia ataupun tidak. Untuk itu, ikuti kami untuk segala berita menarik mengenai Honda HR-V serba baru.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda