window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global?

Haris ยท Apr 30, 2021 10:00 AM

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 01

PT Honda Prospect Motor, pengedar Honda di Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan pelancaran model baru secara maya pada 3-Mei 2021.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 02

Selain daripada sekeping gambar acah, Honda tidak memberikan sebarang maklumat mengenai model baru itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekiranya gambar tersebut dicerahkan, lebih banyak perincian yang dapat dilihat. Berdasarkan pandangan awal, lampu hadapan kelihatan seperti lampu LED jenis reflektor. Selain itu, bahagian fender sisi, gril, hud depan dan bumper yang kelihatan agak besar memberi bayangan bahawa ia adalah sebuah kenderaan seperti SUV.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 01

Berikut adalah beberapa model yang sudah tiba masanya untuk dikemaskini. Model yang dimaksudkan adalah Honda Brio, Honda Mobilio, Honda BR-V dan Honda HR-V.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 02

Honda HR-V baharu sahaja dilancarkan di Jepun

Honda HR-V baru sahaja membuat debut pertama di Jepun pada bulan lalu. Justeru, model ini hampir pasti tidak akan membuat penampilannya di Indonesia buat masa ini. Malah, giliran menunggu model ini mencecah 6 bulan ke atas.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 03

Honda Brio yang bersaing dalam segman A baru sahaja menerima kemas kini kecil pada bulan lalu. Ia ditambah dengan 1 varian iaitu Honda Brio RS Urbanite Edition.

Ini bermakna, hanya Honda Mobilio dan Honda BR-V sahaja yang tinggal. Kedua-duanya adalah model yang bersangkut paut. Honda Mobilio adalah MPV tradisional sementara itu Honda BR-V adakah sebuah SUV 7-tempat duduk yang dibangunkan berdasarkan Honda Mobilio.

Beberapa sumber di Indonesia telah mengesyorkan bahawa kedua-dua model ini mungkin akan digabungkan menjadi satu.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 04

Generasi Honda BR-V kedua membuat kemunculan pertama dunia di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia pada bukan Ogos 2015 di Jakarta, sebelum dijual secara rasmi pada Januari 2016.

Disebabkan BR-V pernah membuat debut dunia di Jakarta, maka tidak keterlalun untuk menjangkakan bahawa Honda BR-V generasi seterusnya akan turut dipertontonkan buat pertama kalinya di Indonesia.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 05

Model prototaip

Untuk pengetahuan anda, Honda BR-V adalah model ketiga yang dibangunkan oleh pasukan R&D Honda di Asia Tenggara, selepas Honda Brio Amaze dan Honda Mobilio.

Projek-projek ini merupakan usahasama oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd yang berpusat di Bangkok dan PT Honda R&D Indonesia yang berpengkalan di Jakarta.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 06

Untuk pasaran Malaysia, Honda BR-V dikemas kini pada bulan April 2019. Model facelift dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2020, selepas penangguhan yang panjang berkaitan dengan persetujuan harga yang diperlukan dari kerajaan, serta masalah yang timbul selepas PKP 1.0.

Ketika ini, Honda BR-V berharga RM 86,726 untuk varian E dan RM 93,420 untuk varian V (harga sah sehingga 30 Jun 2021).

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 07

Model pasaran Thailand

Di Malaysia, jualan BR-V terjejas akibat daripada pelancaran Perodua Aruz pada Januari 2019. Menggunakan status kereta nasional, Perodua Aruz yang mempunyai kelebihan cukai berharga jauh lebih rendah (RM 68,526 hingga RM 73,226) berbandung Honda BR -V, walaupun kedua-duanya dipasang secara tempatan.

Honda Indonesia acah model baru, Honda BR-V generasi ketiga bakal debut global? 08

Mitsubishi Xpander Cross

Bukan sekadar Malaysia, bahkan di Indonesia juga - pasaran utama untuk Honda BR-V - memerlukan pengganti kerana Mitsubishi Xpander dan Xpander Cross telah mendominasi pasaran. Adakah ini waktu yang tepat untuk pelancaran Honda BR-V?

Bacaan Lanjut:

Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Kebaikan & Keburukan: Honda BR-V, lebih baik dari Mitsubishi Xpander?

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda