Honda Insight seterusnya akan gabung sebagai Civic, mungkin sebuah hatchback?
Faisal · Jul 14, 2021 10:00 AM
0
0
Menurut BestCarWeb, Honda kini sedang pertimbangkan untuk menggambungkan Civic dan Insight menjadi satu model yang sama menjelang pertengahan tahun 2022.
Bagi anda yang belum tahu, Honda Insight generasi sekarang adalah sebuah Civic versi hibrid tetapi dengan nama yang berbeza. Jadi, platform dan komponen yang digunakan juga adalah sama. Cumanya, Honda Insight didatangkan khas dengan enjin 1.5L hibrid manakala Civic pula menggunakan enjin 1.5L turbo.
Ia hanya dijual di pasaran Amerika Utara dan Jepun tetapi disebabkan oleh sambutan yang tidak begitu menggalakkan, ia mungkin digabungkan dengan Civic sebagai satu model sekaligus.
Berdasarkan media Jepun itu, Honda Insight generasi seterusnya mungkin hadir dengan badan jenis hatchback. Malah, mereka turut menyatakan bahawa ia akan beransur dengan enjin 1.5L hibrid (151 PS, 267 Nm tork) yang sama dengan model sekarang.
Sebelum ini, Honda pernah mengumumkan bahawa mereka akan bertukar ke trenkuasa elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2040 demi menepati piawaian persekitaran yang semakin ketat.
Ditambah pula dengan jualan Honda Insight yang tidak membanggakan, wajarlah sekiranya ia diberikan nama yang lebih terkenal supaya pembeli lebih tertarik dengan gerakan ke arah elektrifikasi.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.