Honda Jazz (GK) terpakai kini serendah RM 40k - masih diidamkan, lebih mahal daripada City GM6 sedan!
Haris · Dec 8, 2022 01:00 PM
Honda Jazz merupakan model yang telah memulakan segala-galanya dalam pasaran hatchback. Ia begitu berpengaruh sehinggakan pada satu tahap, ia masih lebih baik dalam sesetengah aspek berbanding Honda City Hatchback yang lebih terkini.
Selain daripada penampilannya yang comel, Honda Jazz adalah juara dari segi ruang dan pakej, berjaya menyaingi praktikaliti dengan standard perincian kenderaan yang lebih besar. Ia juga menampilkan rangkaian kuasa yang mantap dan menyeronokkan untuk dipandu.
Honda Jazz kini hadir dalam pasaran recond sahaja
Kini boleh didapati dalam pasaran terpakai, Honda Jazz (GK) berada pada paras harga sebuah Perodua Myvi baharu. Oleh yang demikian, berikut adalah panduan untuk membeli Honda Jazz terpakai hanya di Wapcar.my.
Ketika ia dilancarkan pada tahun 2014, Honda Jazz GK hadir dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Perbezaan antara varian kebanyakannya adalah dari segi ciri kelengkapan tetapi hanya terdapat satu pilihan rangkaian kuasa - enjin 4-silinder 1.5 liter yang menghamburkan 120 PS dan 145 Nm melalui transmisi automatik jenis CVT.
Pada tahun 2017, Honda Jazz facelift menerima peningkatan dari segi kosmetik dan kelengkapan biasa serta menambah varian Sport Hybrid i-DCD.
Honda Jazz hibrid didatangkan dengan enjin petrol 1.5 liter, transmisi klac berkembar 7-kelajuan dengan motor elektrik bersepadu dan bateri litium-ion yang menghasilkan output gabungan 137 PS dan 170 Nm.
Varian Honda Jazz GK facelift mengekalkan varian S, E, dengan Sport Hybrid berada di bawah varian V teratas.
Spesifikasi Honda Jazz GK
Enjin
Output
Transmisi
1.5-liter i-VTEC
120 PS, 145 Nm
CVT
1.5-liter i-DCD
137 PS, 170 Nm (gabungan)
7DCT
Varian Honda Jazz yang disyorkan dengan kos asas
Honda Jazz GK terpakai berharga antara RM 40k untuk unit awal 2014 dan 2015 dan meningkat kepada sekitar RM 80k untuk unit 2019 – 2020 yang lebih terkini.
Oleh itu, terdapat banyak pilihan dalam julat harga yang meluas. Varian 1.5 Hibrid biasanya berharga antara RM 50k - RM 70k.
Bagi mereka yang lebih sensitif dengan harga, unit terpakai Honda Jazz GK sebenarnya dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi daripada Honda City GM6 yang dijual pada tahun sama.
Memilih varian Honda Jazz yang sesuai untuk anda memerlukan penelitian di antara enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi atau hibrid.
Model Sport Hybrid yang lebih kompleks menawarkan penjimatan bahan api, kuasa dan prestasi pemanduan yang lebih baik, tetapi seperti mana-mana hibrid, terdapat kos yang perlu dipertimbangkan jika penggantian bateri atau inverter diperlukan.
Seperti Honda City GM6, model dengan jarak perbatuan yang tinggi tidak sepatutnya menjadi faktor penghalang – kerana alat ganti mudah dicari. Oleh itu, kami sarankan untuk meluangkan masa untuk mendapatkan kenderaan yang diselenggara dengan baik dengan rekod servis yang komprehensif.
Sebagai alternatif, lihat beberapa Honda Jazz terpakai di laman Carsome. Kesemua model Carsome ditawarkan dengan jaminan lanjutan dan diskaun tunai untuk waktu terhad.
Kos asas Honda Jazz GK
Varian
Jazz S, E, dan V
Sport Hybrid
Cukai Jalan (RM)
90
Saiz Tayar
175/65R15 / 185/55R16
175/65R15
Tayar/unit (RM)
145 - 250 / 170 - 280
145 - 250
Bateri - NS40 (RM)
200 - 260
Kos selenggara dan masalah biasa Honda Jazz?
Dengan spesifikasi yang mantap dan kualiti binaan yang kukuh, Honda Jazz memegang reputasi baik yang terbukti untuk kebolehpercayaan, justeru dengan servis yang betul dan berkala, hatchback ini mampu mengekalkan prestasi selama bertahun-tahun.
Berikut ialah jadual ringkas jadual penyelenggaraan asas Honda Jazz GK:
Kos servis asas Honda Jazz GK
Servis / Sela
Alat Ganti
Kos (RM)
Tukar minyak hitam / 10k km
Minyak enjin, palam buang minyak, penapis minyak enjin
280
Penapis udara / 20k km (NA/Hybrid)
Penapis udara enjin
95/170
Penapis kabin (40k km NA / 30k km Hybrid)
Penapis habuk dan debu
105 / 140
Penapis minyak / 110k km
Penapis minyak dan pemegang
280
Servis brek / 60k km
Minyak pelincir brek
80
Servis kotak gear / 40k km (CVT)
Minyak pelincir ATF dan penapis
150
Transmission service / 160k km (7DCT)
ATF oil and filter
80
Servis penyejuk / 200k km (NA/Hybrid)
Coolant
150 / 130
Palam pencucuh / 100k km (NA/Hybrid)
Tukar palam pencucuh
390 / 440
Kos servis untuk Honda Jazz GK kelihatan munasabah, dengan satu-satunya perbezaan antara varian biasa denganhibrid ialah servis kotak gear. Transmisi DCT 7-kelajuan sebenarnya memerlukan kurang penyelenggaraan dengan selang servis empat kali lebih lama.
Komponen pemanduan dan suspensi cenderung menunjukkan petanda haus pada sekitar 120k km. Berikut adalah beberapa isu yang perlu diambil perhatian:
Masalah biasa Honda Jazz GK
Lower arm hadapan
Gegaran terasa lebih kuat
RM 750 (Ori)
Penyerap hentak hadapan
Gegaran terasa lebih kuat
RM 580 (Ori)
Penyerap hentak belakang
Bunyi suspensi
RM 480 (Ori)
Ignition coil
Enjin melahu kasar, kurang kuasa
RM 200 / unit
Kebocoran enjin
Minyak meleleh di kawasan enjin
RM 1,000
Masalah kebocoran minyak enjin pada enjin jarang berlaku namun simptom boleh diperhatikan di bahagian takungan minyak enjin dan transmisi, atau gasket penutup injap. Sekiranya ia berlaku, selalunya ini disebabkan oleh rekod servis yang kurang bagus.
Walau bagaimanapun, bakal pembeli dinasihatkan untuk membuka enjin dan penutup bawah badan transmisi (yang mampu menyembunyikan isu ini) dan memeriksa kawasan tersebut dengan betul.
Bagi Honda Jazz Hybrid, bateri ditawarkan dengan waranti 8 tahun dengan kos sekitar RM 5,500 untuk diganti. Walau bagaimanapun, semua Honda Jazz Hibrid baru berumur hampir 5 tahun justeru masih mendapat manfaat daripada jaminan pengeluar.
Konklusi
Ultra Seats masih tiada tandingan
Masih terdapat rakyat Malaysia yang mementingkan aspek praktikaliti, kebolehpercayaan dan kecekapan, jadi tentunya Honda Jazz memenuhi kesemua ciri ini dengan keupayaannya menawarkan semua kualiti tersebut.
Honda Jazz ialah hatchback yang menawarkan ruang dalaman yang luas, penjimatan bahan api yang baik, dan pemanduan yang lancar dan selesa. Ia juga mempunyai reputasi yang baik sekiranya dibandingkan dengan Proton Iriz baharu apatah lagi dengan Toyota Yaris terpakai.
Seperti biasa, adalah lebih mudah untuk melihat Honda Jazz terpakai yang sudah dinilai pakar-pakar di Carsome, menjimatkan masa anda dan memudahkan urusan jual beli.
Tiada caj tersembunyi, tiada kereta banjir, kesemua kenderaan yang disenaraikan melalui pemeriksaan dan baik pulih komprehensif - kesemuanya untuk anda.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen