window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif?

Haris Ā· Jun 8, 2021 11:00 AM

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 01

Honda telah melancarkan Honda Jazz Modulo X yang lebih sporty di Jepun. Dijual sebagai Honda Fit di Jepun, ini adalah varian Honda Jazz termahal yang dijual di Jepun, dengan harga JPY 2,866,600 (~ RM 107,384).

Berbanding dengan varian bukan Modulo biasa, varian ini berharga JPY 440,000  atau dengan tambahan RM 16,478 lebih sahaja.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi apa penambahan RM 16k berikan kepada anda? Mari lihat dengan lebih dekat.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 01

Modulo mendakwa ciri aerodinamik Jazz Modulo X diwarisi dari Civic Type R Sports Modulo

Bermula dengan rupa luaran, Modulo mengatakan bahawa Jazz Modulo X mewarisi falsafah "aerodinamik efektif" dari "Civic Type R Sports Modulo".

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 02

Oleh itu, Modulo memberikan penekanan serius pada aspek aerodinamik Jazz kerana penampilan Honda Jazz Modulo X menerima pelbagai peningkatan aerodinamik, termasuk bumper depan dan sirip aero yang lebih agresif. Ia juga mendapat rekaan gril depan yang unik, berbeza dengan Honda Jazz biasa.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 03

Bergerak ke bahagian belakang, hatchback ini memperolehi bumper yang dikemaskini dan penambahan spoiler bonet. Terpampang tanda nama Modulo X yang diletakkan di pintu belakang sebagai peringatan bahawa ini bukan Honda Jazz biasa anda.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 04

Honda Jazz Modulo X juga menggunakan roda aloi 16-inci baru yang lebih ringan, dengan talaan pada sistem peredam yang unik.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 05

Modulo juga telah memberi nafas baharu kepada interior Honda Jazz ini, memberikan sentuhan yang lebih sporty kepada hatchback ini.

Perbezaan yang paling ketara ialah penambahan trim Bordeaux Red pada stereng, tombol gear, dan tempat duduk. Varian Jazz ini juga mendapat butang penghidup mula yang unik, lapik kaki, dan hiasan dalaman dengan jenama Modulo X.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 06

Sekiranya Bordeaux Red terasa kurang sesuai untuk jiwa anda, Modulo juga menawarkan kabin dalaman berwarna hitam yang lebih lembut untuk Honda Jazz Modulo X ini.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 07

Memacu Honda Jazz Modulo X adalah sistem hibrid petrol-elektrik e: HEV terbaru dari Honda. Ia terdiri daripada motor elektrik 109 PS / 253 Nm dan enjin petrol dengan tujahan 98 PS / 127 Nm.

Honda Jazz Modulo X adalah 'hothatch' berasaskan Civic Type R (FD), manja agresif? 08

Bagaimana dengan Malaysia?

Melihat situasi Honda Jazz generasi keempat yang telah dihentikan untuk pasaran Malaysia, mereka yang mencari hatchback dari Honda mempunyai pilihan Honda City Hatchback sebagai gantinya. Adakah kita akan melihat Honda Jazz generasi keempat dalam pasaran recond satu hari nanti?

Bacaan Lanjut:

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback?

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021!

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda